Mawar Murni ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 yang dibintangi oleh Mimi Lana, Fasha Sandha dan Saharul Ridzwan.[2] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 8 Oktober hingga 13 November 2018 menggantikan Bahagia Bukan Bidaan dan digantikan oleh Terbaik Dariku.

Mawar Murni
Genre
PenciptaSyed Mohd Taufik Syed Abd Jalil
Ditulis oleh
  • Dr Mohd Shahremy Ikmal
  • Syed Mohd Taufik Syed Abd Jalil
PengarahHashim Rejab
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kepuraanmu" oleh Luqman Faiz
Lagu penutup"Cinta Abadi" oleh XPDC
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifWan Ashadee Shahar Shawaludin
PenerbitShariffa Zainad Syed Wadzid Ali[1]
Penyunting
  • Fazilah Aziz
  • Jehuty EX
  • Sham & Hafiz
Lokasi
Tempoh siaran43–44 minit
Syarikat penerbitan
Sha's Media
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal8 Oktober 2018 – 13 November 2018
Kronologi
MengikutiBahagia Bukan Bidaan
Diikuti olehTerbaik Dariku

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

SinopsisSunting

Mengisahkan Aziz (Ridzuan Hashim), seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai dua orang isteri, iaitu Ramona (Wan Nor Azlin) dan Mahani (Watie Sadali). Aziz mempunyai dua orang anak dengan Ramona, iaitu, Qalif (Amar Asyraf) dan Keisya (Wanna Ali).

Murni (Fasha Sandha) merasakan dirinya dipergunakan oleh Ramona, dan merasakan dirinya seperti orang suruhan yang disuruh membuat pelbagai kerja. Murni sebenarnya sudah berkahwin dengan Aziz secara rahsia. Namun, sepanjang perkahwinan mereka Murni terpaksa ‘berlakon’ dengan Aziz yang kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Ramona dan Mahani, pula langsung tidak mengetahui yang sebenarnya Aziz mempunyai isteri yang ketiga. Kemuncaknya, Aziz ditemui meninggal dunia di rumah banglo istirahatnya dan kematiannya misteri kerana hasil pemeriksaan dia dipercayai diracun oleh seseorang. Murni kemudian bertemu dengan Mawar (Mimi Lana) kerana satu insiden. Murni kemudian mengajak Mawar untuk tinggal bersamanya serta menjadi adik angkatnya. Namun Murni mula membenci Mawar setelah mendapati Mawar telah mengkhianati dirinya serta mengetahui rahsia kisah silam hidup Mawar dan mengkhianatinya? Apakah rahsia tersebut?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

  • Wanna Ali sebagai Keisha
  • Kazar Saisi sebagai Halim
  • Adam Shah sebagai Eddy
  • Carolina Binur sebagai Dahlia
  • Izzy Reef sebagai Haziq
  • Puteri Raysha sebagai Maryam
  • Saphira Eva Jane Robert sebagai Aisya

Runut bunyiSunting

  • "Kepuraanmu" - Luqman Faiz
  • "Pencinta Setia" - Asfan Shah
  • "Cinta Abadi" - XPDC
  • "Sudahlah Sayang" - Azam Smile
  • "Tapi Sayang" - Rina Lee
  • "Cinta Pura-Pura" - Aman Nassim
  • "Kau Berubah" - Fatin Husna
  • "Doa" - XPDC

RujukanSunting

  1. ^ Cabaran Mawar Murni Harian Metro (18 Oktober 2018). Dicapai pada 22 Oktober 2018.
  2. ^ Drama Mawar Murni (TV3) My Infotaip (7 Oktober 2018). Dicapai pada 8 Oktober 2018.
  3. ^ Mawar Murni (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (24 September 2018). Fasha cari kualiti Berita Harian. Dicapai pada 8 Oktober 2018.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Rabu, 10:00 malam
Sebelumnya Mawar Murni Berikutnya
Bahagia Bukan Bidaan Terbaik Dariku