Wak Doyok

Usahawan, pengacara dan personaliti media sosial Malaysia

Mohd Azwan bin Md Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok (lahir 22 November 1979)[1] merupakan seorang usahawan, personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia, terkenal dengan fesyen misai dan janggut yang unik.[2][3] Beliau merupakan pengasas bersama jenama pakaian The Garment dan cerut WD Cigar.[4]

Wak Doyok
Kelahiran
Mohd Azwan bin Md Nor

(1979-11-22) 22 November 1979 (umur 44)
Pusat pendidikanKolej Vokasional Shah Alam
PekerjaanUsahawan, personaliti televisyen, ikon fesyen, pelakon
Terkenal keranaFesyen misai dan janggut yang unik

Asal-usul "Wak Doyok" sunting

Dalam satu temuaramah pada tahun 2016, Wak Doyok ditanya mengenai asal usul nama samaran beliau: "Ini panggilan dari kawan-kawan saya, Wak adalah nama lelaki di Malaysia, sedangkan Doyok adalah kerana saya berketurunan Jawa, dan ketika saya kecil Doyok dan Kadir sangat popular di Malaysia, jadi saya dipanggil Wak Doyok,".[5]

Ikon fesyen sunting

Sebagai ikon fesyen Malaysia, Wak Doyok dikenali dengan penampilan beliau yang berbeza dan juga pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish). Beliau juga menjadi antara ikon muda yang berani tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal persis bab jejaka maskulin era Inggeris 60-an. Pada 2012, beliau mengusahakan jenama pakaiannya iaitu The Garment, bersama dua rakan kongsinya, Fairuz Ramdan dan Mal Zahari yang bukan sahaja imejnya yang menjadi ikutan, malah menjadi sebutan kerana penampilannya kini menjadi ikutan kebanyakan kebanyakan pencinta fesyen pada hari ini.[6][7]

Selain berkhidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai, Wak Doyok turut mempunyai rangkaian perniagaan produk seperti krim jambang, Kopi Wak Doyok dan minyak rambut Pomade. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer dari kumpulan Forteen, Karl Shafek dan beberapa nama lagi. Terbaharu, beliau melancarkan jenama pakaian lelaki terbaru, MEGWAK.[8]

Kehidupan peribadi sunting

Wak Doyok lahir di Klang dan membesar di Kajang, Selangor. Beliau sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, namun berpisah kerana tiada persefahaman.[9][10] Beliau mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pada April 2017, namun hubungan mereka berakhir dengan perpisahan dan beliau enggan mendedahkan identiti wanita yang sepatutnya dikahwini itu.[11]

Bapa beliau, Mohd Nor Abd Hamid meninggal dunia pada 25 Oktober 2018 akibat penyakit usus bengkak pada usia 86 tahun.[12][13] Selain bahasa Melayu dan Inggeris, Wak Doyok juga fasih berbahasa Jawa.[14][15] Wak Doyok telah menghadiahkan sebuah rumah dan kereta Toyota Vellfire kepada ibunya bagi membalas jasa ibunya dan berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan umrah.[16][17]

Televisyen dan filem sunting

Wak Doyok memulakan kerjaya televisyennya dengan bekerjasama bersama vokalis kumpulan Oh Chentaku, Myo mengacarakan rancangan travelog di TV9 bertajuk Ke Korea Ke Kita? yang disiarkan pada 2014, ia kemudian diikuti oleh siri Ke Indonesia Ke Kita?.[18][19] Beliau kemudian muncul dalam iklan Kurang Manis, Lebih Sihat terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya filemnya menerusi filem Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof lakonan Zizan Razak.[20][21] Di dalam filem ini, beliau memegang watak dirinya sendiri, anak kepada Taji Semprit lakonan A. Galak.[22][23][24]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Abang Long Fadil 2 Dirinya sendiri Filem pertama
2022 Nasi Lemak 1.0 Datuk Bendahara
Abang Long Fadil 3 Dirinya sendiri Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Permata Hatiku Dirinya sendiri Astro Citra Penampilan khas

Televisyen sunting

Tahun Program Peranan Saluran TV
2014 Ke Korea Ke Kita? Pengacara bersama Myo TV9
2015 Ke Indonesia Ke Kita?
2016 Ke Jepun Ke Kita?

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Personaliti Media Sosial Popular Tercalon
Pengacara TV Lelaki Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Wak Doyok perkenal kekasih model Indonesia The Malay Mail (23 November 2017). Dicapai pada 13 November 2017.
  2. ^ "Siapa Wak Doyok Sebenarnya Sebelum Jadi Terkenal". Oh Bulan!. 9 Ogos 2015. Dicapai pada 23 September 2017.
  3. ^ Aizyl Azlee (20 September 2015). "10 things about: Wak Doyok, fashion internet monster". The Malay Mail Online. Dicapai pada 23 September 2017. (Inggeris)
  4. ^ Grace Chen (19 September 2013). "Revival of the gentlemen – Features". The Star Online. Dicapai pada 29 September 2013. (Inggeris)
  5. ^ Angga Roni Priambodo (5 Februari 2016). "Siapa sangka, Wak Doyok sosok hits asal Malaysia ternyata turunan Jawa". Brilio.net. Dicapai pada 26 September 2017. (Indonesia)
  6. ^ "Ikon fesyen: Wak Doyok semakin dapat perhatian". Sinar Harian. 24 Mei 2015. Dicapai pada 26 September 2017.
  7. ^ Marina Shabudin (26 Ogos 2014). "Wak Doyok: Saya tak kisah apa orang kata". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2017.
  8. ^ "Wak Doyok, Ikon Fashion Baru Dunia Asal Malaysia, Lihat Gaya dan Aksinya". Tribun News. 17 Oktober 2016. Dicapai pada 26 September 2017. (Indonesia)
  9. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (10 Oktober 2016). "Wak Doyok berteka-teki, putus tunang dengan Azrinaz?". The Malay Mail Online. Dicapai pada 26 September 2017.
  10. ^ "Hubungan Wak Doyok, Azrinaz sudah berakhir". Sinar Harian. 10 Oktober 2016. Dicapai pada 26 September 2017.
  11. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (13 September 2017). "Wak Doyok Sepatutnya Dah Nikah Tapi..." mSTAR Online. Dicapai pada 26 September 2017.
  12. ^ Hanisah Selamat (25 Oktober 2018). "Bapa Wak Doyok meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2018 – melalui BH Online.
  13. ^ Ruhaya Ab. Hamid (25 Oktober 2018). "Bapa Wak Doyok meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Oktober 2018 – melalui Utusan Online.
  14. ^ Feride Hikmet Atak (10 Mac 2019). "Kisah hidup Wak Doyok tewaskan Siti, Amy". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2019 – melalui BH Online.
  15. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (11 Mac 2019). "Kisah hidup Wak Doyok jadi pilihan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mei 2019 – melalui Utusan Online.
  16. ^ Melanie Chalil (13 Mei 2019). "Klang-born fashion icon Wak Doyok buys mum luxury car for Mother's Day". The Malay Mail. Dicapai pada 10 Julai 2019. (Inggeris)
  17. ^ "Wak Doyok buys home for mum". The Star Online. 15 Oktober 2018. Dicapai pada 10 Julai 2019. (Inggeris)
  18. ^ "Ke Korea Ke Kita?". 26 Januari 2014. Dicapai pada 27 September 2017.
  19. ^ Arina Azlan (11 Ogos 2015). "Wak Doyok diganggu, cabaran menyelam Myo". Kosmo!. Dicapai pada 27 September 2017.
  20. ^ Angelin Yeoh (29 Ogos 2017). "Wak Doyok suits up for role in Abang Long Fadil 2". Star2. Dicapai pada 27 September 2017. (Inggeris)
  21. ^ Dennis Chua (2 Mei 2017). "Wak Doyok, the next big movie star". New Straits Times. Dicapai pada 27 September 2017. (Inggeris)
  22. ^ Rowena Ang, Ng Si Hooi and R. Aravinthan (14 August 2017). "I'm not giving up on love, says actor Wak Doyok". The Star. Dicapai pada 29 September 2017. (Inggeris)
  23. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (14 August 2017). "Wak Doyok bitten by acting bug". New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2017. (Inggeris)
  24. ^ "Wak Doyok Terus Berlakon Jika 'Abang Long Fadil 2' Box Office". mstar.com. 11 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 2018-05-25.

Pautan luar sunting