Cinta Tiada Ganti
Cinta Tiada Ganti merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Mohd Feroz Abd Kader,[1] yang diadaptasi daripada drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN, dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Ia diterajui oleh Nelydia Senrose sebagai Arabella, Aedy Ashraf sebagai Mukhriz dan ramai lagi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima dari 10 Julai 2018 hingga 26 November 2018, menggantikan Monalisa.[2]
Cinta Tiada Ganti | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta |
Berdasarkan daripada | Sana'y Wala Nang Wakas (2003) oleh ABS-CBN |
Ditulis oleh | The Playwrights |
Pengarah | Mohd Feroz Abd Kader |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Jodoh Ku" oleh Khai Bahar |
Lagu penutup | "Jodoh Ku" oleh Khai Bahar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris |
Bilangan episod | 100 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Adilla Dato' Ramly Zetty Alia Dato' Ramly |
Penerbit | Datin Zaiton Mohd Jiwa Natasha Razman Hashim Shahazlin Hamzah |
Penyunting | Yan, Romy, Amiruddin, Eddey, Azim, Huda, Azu, Saufi, Syila |
Lokasi | |
Tempoh siaran | 42–43 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn. Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima & Astro Maya HD |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 10 Julai 2018 – 26 November 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Monalisa |
Diikuti oleh | Selafaz Cinta |
Siri ini ditujukan khas kepada salah seorang pelakon pembantunya, Nor Amisah Abdullah yang meninggal dunia pada 12 Ogos 2018.[3]
Sinopsis
suntingMengisahkan percintaan Ara (Nelydia Senrose) dan Mukhriz (Addy Ashraf) yang penuh dengan emosi dan duga, bermusuhan seterusnya mereka jatuh cinta. Namun percintaan mereka terputus apabila satu rahsia terbongkar. Kesilapan masa silam kedua ibu bapa mereka dan kisah silam permusuhan keluarga Ara dan Mukhriz memaksa mereka mengubah haluan hati mereka masing-masing.
Setelah mengetahui kebenaran yang Mukhriz diselubungi dengan kemarahan, yang membuatkan Ara dan keluarganya memutuskan untuk melarikan diri dari dendam keluarga Mukhriz. Perjalanan tragis ini membawa Ara untuk bertemu seorang pelukis yang kaya-raya, Khai (Ben Amir). Dia belajar untuk melupakan segalanya. Dan cinta tanpa syarat Khai membantunya untuk membina kehidupan baru. Ara juga diminati oleh adik Khai,Reza (Nafiz Muaz). Mukhriz, sebaliknya, merasa selesa dengan Arianna (Atikah Suhaime) yang ramah hati, yang lucu dan secara perlahan-lahan memenangi kepercayaan dan kasih sayang Mukhriz.
Apabila percintaan seolah-olah sempurna untuk pencinta terasing, nasib melangkah masuk dan membawa Mukhriz kembali ke kehidupan Ara. Ara kini mesti menghadapi konfliknya yang belum selesai dengan Mukhriz.
Ketika terperangkap di tengah-tengah hutan, mereka ditawan oleh pemberontak dan Mukhriz diseksa oleh pemberontak. Mereka diselamatkan oleh Khai dan mereka melarikan diri dengan bantuan daripada pemberontak yang tidak puas hati. Mukhriz kemudian ditembak di kaki.Reza dan pihak polis tiba untuk menyelamatkan mereka. Ara kemudian ditembak di bahu oleh ketua pemberontak. Penjenayah tersebut berjaya ditumpaskan oleh polis.
Mukhriz dan Ara bertemu jodoh dan mereka kini hidup bahagia. Ariana kini berjaya sebagai penyanyi terkenal, Khai kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan keluarganya serta menerima cinta baru (Bahagian 1).
Khai dan Ara bertemu jodoh dan mereka kini hidup bahagia.Ariana kini berjaya sebagai penyanyi terkenal, manakala Mukhriz membawa diri ke luar negara (Bahagian 2).
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Aedy Ashraf sebagai Mukhriz "Riz" Raimi — Menjadi anak yatim di usia muda, Mukhriz diberi tanggungjawab mengendalikan syarikat-syarikat keluarganya yang berkuasa dan berpengaruh. Dia jatuh cinta kepada Ara, tidak tahu bahawa dia juga mempunyai kisah lampau yang mungkin menghancurkan hubungan mereka.
- Nelydia Senrose sebagai Arabella "Ara" Abdullah — Anak perempuan Raihana yang membesar tanpa mengenali kasih sayang ibunya. Ara jatuh cinta dengan Mukhriz, tanpa mengetahui ia akan menghancurkan hidupnya.
- Ben Amir sebagai Khairil "Khai" Hussain — Cucu sulung Dato’ Azizan, seorang hartawan yang kaya-raya. Khai mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Reza. Mereka datang dari keluarga yang berpecah belah apabila ibu mereka meninggalkan mereka untuk berkahwin dengan seseorang di Amerika. Selepas ibu bapa mereka berpisah, dua beradik itu berada di bawah jagaan Dato’ Azizan. Khai juga merupakan seorang peukis yang lebih suka dengan seni dan muzik daripada menguruskan perniagaan keluarganya. Dia merupakan seorang cucu penyayang, dan cukup berani untuk berjuang untuk apa yang dia percayai atau untuk wanita yang akhirnya akan jatuh cinta dengannya.
- Atikah Suhaime sebagai Arianna "Yana" Natasya — Seorang yang ceria dan periang, Arianna bercita-cita ingin menjadi penyanyi rakaman. Dia mempunyai sejarah silam yang menghantui hidupnya, ibunya ialah seorang GRO, yang berkahwin dengan seorang lelaki yang akan melakukan apa sahaja untuk wang walaupun berniat untuk "menjual" anak tirinnya. Merupakan seorang yang cerdik dan berani, walaupun tidak dapat menamatkan persekolahannya, dia akan melakukan segalanya untuk mencapai matlamatnya dan untuk lelaki yang akhirnya dia akan jatuh cinta.
Pelakon pembantu
sunting- Dian P. Ramlee sebagai Puan Sri Vee
- Marissa Yasmin sebagai Eliza/Raihana
- Rusdi Ramli sebagai Nizman/Atan
- Fizz Fairuz sebagai Raizal Nazrudin
- Hafidz Roshdi sebagai Nazreem/Yem
- Syamim Farid sebagai Shanie
- Ku Faridah sebagai Nenek Combi
- Oktovia Manrose sebagai Fatin
- Ahmad Idham sebagai Borhan
- Sweet Qismina sebagai Rain Raimi
- Emelda Rosmila sebagai Datin Helena
- Shah Rezza sebagai Dato’ Azizan
- Nafiz Muaz sebagai Reza
Pelakon kanak-kanak
sunting- Nik Adam Mika sebagai Mukhriz kecil
- Tengku Zara Eryna sebagai Ara kecil
- Habiel Lutfillah sebagai Malik/Ucop
- Puteri Rayyana Rayqa sebagai Aina
Pelakon undangan
sunting- Wan Sharmila sebagai Betty
- Alex Yanz sebagai Kapten Raimi Nazrudin
- Bella Nazari sebagai Raudhah
- Mahmud Ali Bashah sebagai Tan Sri Nazrudin
- Ben Ryzlan sebagai Pak Latif
- Nor Amisah Abdullah1 sebagai Mak Cik Diba
- Rosnah Johari sebagai Puan Suri
- Zarynn Min sebagai Julia
- Husna Mustaffa sebagai Azura
- RJ Helmi sebagai Eizlan
- Qazem Nor sebagai Dr. Luqman
- Faez Nick sebagai Eddy
- Syazwana Jaafar sebagai Juwita
- CK Faizal sebagai pengacara
- Joey Chan sebagai Rosie
- Elanie Aidid sebagai Sofia
- Jay Iswazir sebagai jurulatih
- Khai Bahar sebagai dirinya sendiri
- Elya Miera sebagai Melissa (6 episod)
- Sunshine Aileen Devi sebagai perancang perkahwinan
- Catatan
1 menunjukkan telah meninggal dunia
Penerbitan
suntingSana'y Wala Nang Wakas ialah sebuah telenovela Filipina yang diterbitkan dan disiarkan di ABS-CBN dari 2003 hingga 2004, dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Siri ini pertama kali disiarkan di Malaysia pada 2005 menerusi TV2 dan kemudiannya di Astro Prima dan juga pernah diulang siar di Astro Bella pada 2013.[4]
Menurut Pengarah Urusan Global Station Sdn. Bhd., Datin Zaiton Mohd Jiwa, Cinta Tiada Ganti ialah produk kelima terbitan Global Station dan dimampatkan menjadi 100 episod kerana versi asal Filipina mengandungi sebanyak 300 episod. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Lembah Kelang dan Putrajaya. Skrip dan beberapa watak di dalam Sana'y Wala Nang Wakas juga telah disesuaikan untuk Cinta Tiada Ganti. Drama ini menggabungkan barisan pelakon lama dan baharu, Addy Ashraf dan Nelydia Senrose dipilih menjayakan watak utama.[5] Ben Amir dan Atikah Suhaime menyertai barisan pelakon drama ini. Penyanyi Khai Bahar membuat penampilan khas dalam Cinta Tiada Ganti, sekaligus menjadi lakonan pertamanya.[6]
Drama ini ditujukan khas dalam ingatan kepada Nor Amisah Abdullah yang memegang watak Mak Cik Diba kembali ke Rahmatullah pada 12 Ogos 2018 akibat penyakit sesak nafas, iaitu sebulan selepas tayangan perdana drama ini.[7]
Perbezaan dari versi asal Filipina
suntingSana'y Wala Nang Wakas | Cinta Tiada Ganti |
---|---|
Permulaan cerita mempunyai suara latar | Permulaan cerita tiada suara latar |
Emilio Soriano dan Richard Valencia ialah sepupu | Raimi Nazrudin dan Raizal Nazrudin ialah adik-beradik |
Ara (kecil) memecahkan cawan | Ara (kecil) memecahkan pasu |
Richard dan Anton bergaduh ketika hujan | Raizal dan Atan bergaduh ketika hari tidak hujan |
Christian dan Ara berjumpa dalam bot | Mukhriz dan Ara berjumpa di jeti |
Anton dipukul dari arah depan | Atan dipukul dari arah belakang |
Ara berjumpa dengan bapanya di kantin penjara | Ara berjumpa dengan bapanya di bilik telefon penjara |
Christian (kecil) membaling kereta mainan di luar rumah | Mukhriz (kecil) membaling kereta mainan di dalam rumah |
Ara selamatkan seorang bayi lelaki dari bas yang meletup | Ara selamatkan seorang bayi lelaki dari penjenayah |
Rain dikejar oleh sekumpulan kanak-kanak di tepi jalan | Rain tidak dikejar oleh sekumpulan kanak-kanak di tepi jalan |
Kereta Elizabeth pancit sebelum meninggalkan kawasan perumahan Ara | Kereta Raihana tidak pancit sebelum meninggalkan kawasan perumahan Ara |
Richard berjumpa dengan Anton di kantin penjara | Raizal berjumpa dengan Atan di pejabat penjara |
Christian berjumpa dengan Anton di kantin penjara | Mukhriz berjumpa dengan Ara dan Atan di bilik telefon penjara |
Ara berjumpa dengan Christian di dermaga | Ara berjumpa dengan Mukhriz di taman |
Richard terlibat dalam kemalangan pesawat | Raizal terlibat dalam kemalangan jalan raya |
Elizabeth berjumpa dengan Ara di dalam rumah | Raihana berjumpa dengan Ara di luar rumah |
Christian membaling telefon | Mukhriz tidak membaling telefon |
Newton bertumbuk dengan Christian di tempat letak kereta | Nazreem bertumbuk dengan Mukhriz di luar kawasan perumahan |
Ara sekeluarga menuju ke stesen keretapi | Ara sekeluarga menuju ke stesen bas |
Christian mencari Ara di stesen keretapi | Mukhriz mencari Ara di stesen bas |
Elizabeth nyaris dibunuh di dalam keretapi | Raihana nyaris dibunuh di kawasan R&R |
Leo melukis karikatur Ara di dalam keretapi | Khairil melukis karikatur Ara di kedai makan R&R |
Ara terlibat dalam kemalangan keretapi | Ara terlibat dalam kemalangan jalan raya |
Mary Ann dan adiknya tinggal di rumah setinggan | Arianna dan adiknya tinggal di rumah teres |
Christian menerima nashat Denise secara dekat | Mukhriz menerima nasihat Azura melalui panggilan telefon |
Don Marcelo mengadakan jamuan makan malam untuk Leo dan Ara di luar kediaman | Dato’ Azizan mengadakan jamuan makan malam untuk Khairil dan Ara di dalam kediaman |
Leo dan Ramon bertumbuk di luar rumah | Khairil dan Reza bertumbuk di dalam rumah |
Christian terjatuh dalam sungai | Mukhriz terjatuh dalam gaung |
Leo, Ara dan Ramon keluar pada sebelah malam | Khairil, Ara dan Reza keluar pada sebelah petang |
Meloy dibuli di dalam perkarangan sekolah | Ucop dibuli di luar perkarangan sekolah |
Christian pulang ke pangkuan neneknya yang membuat persiapan Hari Krismas | Mukriz pulang ke pangkuan neneknya yang masih bersedih dengan kehilangannya |
Mary Ann dan Meloy lari dari bapa tiri mereka di kawasan setinggan | Ariana dan Ucop lari dari bapa tiri mereka di kawasan perumahan |
Roberto menemani Mary Ann dan Meloy makan di restoran | Borhan tidak menemani Arianna dan Ucop makan di restoran |
Leo membuang karikatur Ara di luar rumah | Khai membuang karikatur Ara di dalam laci meja |
Francine terjumpa karikatur Ara di luar rumah | Fatin terjumpa karikatur Ara di dalam laci meja |
Ramon ceritakan tentang rahsia Leo dan syarat datuknya kepada Ara dalam keadaan tidak waras | Reza ceritakan tentang rahsia Khai dan syarat datuknya kepada Ara dalam keadaan waras |
Ara menampar Leo buat kali kedua | Ara tidak menampar Khai buat kali kedua |
Don Marcelo menumbuk Leo di luar rumah | Dato' Azizan menumbuk Khai di dalam rumah |
Mary Ann nyaris diperkosa di kelab malam | Arianna nyaris diperkosa di lorong kaki lima |
Ara dan Leo bertemu di stesen keretapi | Ara dan Khai bertemu di stesen bas |
Leo dipukul oleh seorang | Khai dipukul oleh dua orang |
Ramon ditumbuk oleh datuknya | Reza ditampar oleh datuknya |
Ramon melepak di kedai farmasi | Reza melepak di rumah Dr. Luqman |
Francine cuba memasukkan ubat tidur dalam jus lemonad Christian | Fatin cuba memasukkan ubat tidur dalam jus oren Mukhriz |
Christian tidak meminum jus lemonad, sebaliknya mencurahkannya ke arah Francine | Mukhriz tidak meminum jus oren, sebaliknya mencurahkannya ke arah Fatin |
Ramon dilanggar lari oleh Francine pada siang hari | Reza dilanggar lari oleh Fatin pada waktu malam |
Christian menjerit memanggil Ara | Mukhriz tidak menjerit memanggil Ara |
Christian menghubungi peguam bagi menggugurkan dakwaan jenayah yang difailkan ke atas Elizabeth | Mukhriz tidak menghubungi peguam bagi menggugurkan dakwaan jenayah yang difailkan ke atas Raihana |
Ara melawat ibunya di penjara | Ara tidak melawat ibunya di penjara |
Dona Valeria Valencia melawat Elizabeth di penjara | Puan Sri Vee tidak melawat Raihana di penjara |
Christian menghubungi peguam kenapa ibunya dipenjarakan | Mukhriz tidak menghubungi peguam kenapa ibunya dipenjarakan |
Rain berjumpa dengan Ara di penjara | Rain berjumpa dengan Ara di kafe |
Christian berjumpa dengan ibunya di penjara | Mukhriz tidak berjumpa dengan ibunya di penjara |
Mary Ann menghadiri ujibakat nyanyian | Arianna menghadiri ujibakat lakonan |
Christian bertutur bahasa Jerman ketika berurusan dengan klien Jerman | Mukhriz bertutur bahasa Jepun ketika berurusan dengan pelancong Jepun |
Christian dan Ara ditawan oleh lanun yang merampas kapal pelayaran | Mukhriz dan Ara diculik oleh penjenayah yang merancang menculik pasangan suami isteri kaya |
Christian dan Ara terkandas di pulau buat kali kedua | Mukhriz dan Ara terperangkap di tengah-tengah hutan |
Leo mencari Ara menaiki bot | Khai mencari Ara menaiki kereta |
Ara ditembak di dada | Ara ditembak di bahu |
Christian dan Ara berkahwin di gereja | Mukhriz dan Ara berkahwin di masjid |
Newton dan Shane melawat Ara di hospital | Nazreem dan Shanie tidak melawat Ara di hospital |
Newton dan Shane tidak menghadiri majlis perkahwinan Christian dan Ara | Nazreem dan Shanie menghadiri majlis perkahwinan Mukhriz dan Ara |
DVV meninggal akibat serangan jantung | Puan Sri Vee berkerusi roda akibat angin ahmar |
Muzik dan runut bunyi
suntingLagu tema Cinta Tiada Ganti ialah "Jodoh Ku" hasil nukilan Adi Priyo (6ixth Sense) dan lirik ditulis oleh Manusia Putih dan dipersembahkan oleh Khai Bahar.[8] Selain itu, terdapat juga enam lagu lain yang dimuatkan dalam drama ini:
- "Redhakanlah" - Syeera Aziz (4:12)
- "Kata Cinta" - Afif Sola (3:41)
- "Anugerah" - Akim & The Majistret (3:51)
- "Sampai Ke Hari Tua" - Aizat Amdan (3:22)
- "Hilang" - Irfan Haris (3:40)
- "Hatiku Milikmu" - Siti Nordiana (4:01)
Lihat juga
suntingPenerbitan
suntingRiza Baharudin tidak mengarah drama ini.
Rujukan
sunting- ^ Cinta Tiada Ganti Layan Drama Online (10 Julai 2018). Dicapai pada 15 Ogos 2018.
- ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (12 Ogos 2018). Pelakon siri Cinta Tiada Ganti meninggal dunia sesak nafas Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ Ardini Sophia Sina (2 Mac 2018). “Tak boleh 100 peratus” Harian Metro. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
- ^ Amri Hassan (10 Ogos 2018). Bergandingan dengan Aedy Ashraf? Seronok! - Nelydia Senrose Astro Gempak. Dicapai pada 11 Oktober 2018.
- ^ Aida Rismariza Kamarudin (14 November 2018). Rendah diri senjata Khai Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ Dramatis Cinta Tiada Ganti meninggal dunia Astro Awani (12 Ogos 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
- ^ Khadijah Ibrahim (11 Julai 2018). Jodohku, nyanyian Khai Bahar makin dapat sambutan Utusan Malaysia. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
Pautan luar
suntingAstro Prima: Slot Tiara, Isnin–Jumaat, 6:00 Petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Cinta Tiada Ganti | Berikutnya |
Monalisa | Selafaz Cinta |