Elya Miera
Hilyah Amirah Ismail atau lebih terkenal sebagai Elya Miera (lahir 14 Januari 1988) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.[1]
Elya Miera | |
---|---|
Kelahiran | Hilyah Amirah binti Ismail 14 Januari 1988 |
Pendidikan | Jurusan Perakaunan |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2011–kini |
KerjayaSunting
Meskipun berkelulusan dalam bidang Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Elya Miera memutuskan untuk mengejar impiannya sebagai pelakon. Beliau diperkenalkan oleh Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen sebagai salah seorang pelakon filem Ratu The Movie yang turut dibintangi oleh Tasha Shilla dan Eina Azman.
Beliau mendapat peranan lakonan TV pertamanya menerusi drama Friday I'm In Love (2012), di mana beliau ialah salah seorang pelakon undangannya, memegang watak sebagai Laila Majnun. Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak Zara dalam drama adaptasi novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2017), yang dibintangi oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Beliau kemudiannya membintangi filem keduanya, Hijabsta Ballet (2017) yang dibintangi oleh Puteh Maimun, seterusnya muncul dalam enam episod drama Cinta Tiada Ganti (2018) sebagai Melissa.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Ratu The Movie | ||
2017 | Hijabsta Ballet |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Friday I'm In Love | Laila Majnun | |
2013 | Sebenarnya, Saya Isteri Dia! | Zara | |
2015 | Gerak Khas (Musim 15) | Salmah/Sally | Pelakon undangan, episod: "Misteri GRO" |
Hello, Mr. Perfect! | Penampilan khas | ||
2016 | Gondola Cinta Di Venice[2] | Tina | |
Dawai Asmara | |||
Lara Aishah | Thalia | ||
2017 | Gerak Khas (Musim 17) | Episod: "Desperado" | |
2018 | Jangan Benci Cintaku | Auni | |
Cinta Tiada Ganti | Melissa | 6 episod | |
Vila Ghazara | Mabel | ||
Kan Kukejar Cinta Kamu | Dilaila | ||
2019 | Gerak Khas (Musim 19) | Shila | Episod: "Jerat Anita", pelakon undangan |
Pesan Pada Hati | Mariam | TV3 | |
2021 | Sabarlah Duhai Hati | Suraya | |
2022 | Ada Apa Dengan Saka | Suraya |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Jongkong | Sal |
RujukanSunting
- ^ Biodata Elya Miera, pelakon tinggi lampai Azhan.co. Dicapai pada 17 Mac 2019.
- ^ "Elya belajar menangis". Harian Metro. 8 September 2015. Dicapai pada 8 September 2015.