Rosnah binti Mohd Noor (8 Mei 1959 – 4 Ogos 2013) merupakan seorang pelakon filem Melayu era-1980-an. Beliau mula menceburi bidang lakonan pada awal tahun 1982 ketika dia membintangi Ribut Di Hujung Senja bersama Allahyarham Ed Osmera, Ismail Mahmud dan Gaya Zakry.[1] Meskipun dalam filem sulung lakonannya itu, Rosnah memegang watak pembantu namun popularitinya melonjak dalam sekelip mata, kerana ramai peminat yang menyangka dia sebagai Rosnah Abdul Rahman, seorang lagi pelakon yang popular menerusi Kisah Seorang Biduan pada tahun yang sama.

Rosnah Mohd Noor
Kelahiran(1959-05-08)8 Mei 1959
Meninggal dunia4 Ogos 2013(2013-08-04) (umur 54)
Sebab kematiankanser payudara
DikebumikanTanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1979–2013
Terkenal keranaKisah Seorang Biduan
PasanganIwan Syahman (k. 1987; c. 1995)
Anak-anakWan Ramada Agus Putra
Wan Syamira Putri Octovia
Wan Syahera Putri Aprena
SaudaraRosmizai Mohd Noor (adik)
KeluargaNik Zaris Nelissa (Anak Saudara)
Nik Zaris Uqasha (Anak Saudara)
Nik Zaris Nelydia (Anak Saudara)
Farza Naquraisha (Anak Saudara)
Farza Danitra (Anak Saudara)
Farza Qirana (Anak Saudara)
Farza Arjuna (Anak Saudara)

Menurut Rosnah sungguhpun filem Ribut Di Hujung Senja telah memperkenalkan Rosnah dalam gelanggang perfileman, namun lakonannya dalam Di Ambang Kasih paling diingati ramai. Dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1985 itu, lakonannya sebagai Ayu, isteri muda kepada Yusof Haslam, benar-benar meruntun hari dan jiwa seorang wanita bergelar isteri. Ayu yang berkahwin dengan abang iparnya (Yusof Haslam) sehingga mempunyai anak, setelah kakaknya (Rubiah Suparman) hilang ingatan terpaksa membuat pilihan antara kasih suami dan kasih seorang adik terhadap kakaknya.

Hasil lakonan beliau dalam filem tersebut telah meletakkan nama Rosnah di bibir para peminat sehingga memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-6 pada tahun 1986. Filem itu bukan sahaja menjadi titik tolak nama Rosnah terus kukuh di persada seni tanah air malah ia juga menjadi rebutan penerbit filem dan drama.

Kerjaya lakonan sunting

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya ialah Kisah Seorang Biduan (1979), Ribut Di Hujung Senja (1982), Esok Untuk Siapa (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Di Ambang Kasih (1984), Hantu Siang (1986).

Sementara Sentuhan Kasih dan Jauh Dikenang, Dekat Disayang merupakan antara dua drama RTM arahan Allahyarham Roslee Jalil yang membuatkan Rosnah mendapat perhatian daripada para peminatnya.

Rosnah yang memang meminati bidang terbitan kemudiannya telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri RMN Production Sdn. Bhd., pada tahun 1988 apabila menyedari peluang menerbitkan drama untuk TV semakin terbuka. Racun Bulan Madu untuk slot Cerekarama TV3 arahan Datuk Aziz Sattar bukan sahaja menjadi drama pertama terbitan syarikatnya malah ia juga menjadi drama pertama lakonan Rosnah dan suaminya ketika itu, penyanyi Iwan.

"Setelah berkahwin pada Disember 1988, syarikat saya menerbitkan drama itu dan apabila menyedari Iwan minat berlakon, Aziz Sattar memberi ruang kepadanya berlakon. Itulah drama pertama dan terakhir kami berlakon berdua," cerita Rosnah sambil ketawa.

Keluarga sunting

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, (menamatkan pengajian di Australia), Wan Syamira Putri Octovia, dan Wan Syahera Putri Aprena. Sebaik menceburi bidang penerbitan, Rosnah mengambil keputusan berhenti berlakon kerana mahu memberi tumpuan pada RMN. Bagaimanapun apabila negara dilanda gawat pada tahun 1997, RMN terus menyerikan diri dan Rosnah menumpukan perhatian pada perniagaan lain.

Selepas berpisah dengan suami pertamanya, Iwan, Rosnah mendirikan perkahwinan keduanya pada tahun 1998 dengan Kazmin Kuzi.

Rosnah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini. Beliau sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu, sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 4 Ogos, pukul 2:55 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Rujukan sunting

Pautan luar sunting