Gaya Zakry merupakan seorang pelakon dan penyanyi lagu Melayu yang aktif sekitar 1980-an.

Gaya Zakry
GayaZakry.jpg
Album Gaya Zakry.
Latar belakang
Kelahiran1956 (umur 63–64)
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1980–an

BiografiSunting

Lahir dalam keluarga seni, anak kepada seorang ahli muzik dan juga ibunya seorang penyanyi 40an Gaya Zakry bukan asing lagi dengan kegiatan seni dari sejak kecil, seperti menyanyi dan bermain muzik.

Titik mulanya dalam bidang seni suara apabila beliau menjadi penyanyi utama dalam sebuah band di LLN (Lembaga Letrik Negara) yang diberi nama 'Band Kilat' dan sering diundang ke radio (RTM) untuk membuat persembahan. Dari situ beliau mula bertapak ke bidang senisuara. Dan pada 1979 beliau hadir pada ujibakat suara di syarikat EMI dan beberapa bulan kemudian beliau dilamar mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI (Malaysia) untuk selama 3 tahun dan berjaya merakamkan 3 album. [1]

Beliau juga melebarkan sayap ke layar perak apabila allahyarham M. Amin (Sabah Filem) melamarnya untuk belakon didalam filem arahannya Kisah Seorang Biduan 1979, dan allahyarham Ed Osmera didalam filem Ribut Di Hujung Senja pada tahun 1982. Sebelum berlakon filem, beliau juga sering diundang berlakon drama TV.

Bagaimanapun sewaktu kemuncak kepopularitinya beliau menimbulkan kejutan kepada para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk mengundur diri dari industri hiburan tanah air dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Kini Gaya Zakry adalah seorang usahawan wanita yang berjaya. Namun sebagai insan seni beliau masih merindui dunia seni dan juga sering membuat persembahan undangan.


DiskografiSunting

1980 (EMI) - Gubahan Muzik/Penerbit: S.AtanSunting

  • Jangan Salahkan Orang Lain
  • Derita Hati KuTanggung Sendiri [2]
  • Jika Kau Belum Berteman
  • Tiada Guna Berjauh Hati
  • Kesedaran
  • Di Samping Dia
  • Aku Tak Dapat Melupakan Mu
  • Bunga Mawar
  • Joget Merindu Kasih
  • Rintihan


1981 (EMI) - Gubahan Muzik/Penerbit: S.AtanSunting

  • Masih Ragukah Sayang
  • Kabut Senja
  • Biarkan Aku Bahgia
  • Aku Terpedaya
  • Teruna Pilihanku
  • Kisahku Sebagai Penyanyi
  • Kindahan (Dalam Kenangan)
  • Tali Cinta
  • Sebuah Impian
  • Tari Bunga Rampai


1982 (EMI) - Gubahan Muzik/Penerbit: Omar TaibSunting

  • Terkenang Terbayang
  • Asmara
  • Bila Jauh DariMu
  • Ke Pantai Bahagia
  • Sebuah Harapan
  • Kasih Sayang
  • Bila Mata Bertentangan
  • Seloka Asmara
  • Suatu Kerelaan
  • Apakah Yang Kau Cari

FilemografiSunting

Filem
Tahun Judul Peranan
1979 Kisah Seorang Biduan Watak Utama
1982 Ribut Di Hujung Senja Watak Utama


RujukanSunting


Pautan luarSunting