Sari Maya merupakan sebuah drama lipur lara yang di siarkan di TV9 melalui Mahsuri setiap Isnin hingga Khamis jam 7:30 mlm. Drama ini mulai disiarkan pada 15 Julai 2008.

Sari Maya
GenreKeluarga
Cinta
Konflik
Dendam
PengarahHarris Fadzillah Abd Samad
Dibintangi oleh
Liyana Jasmay
Nabila Huda
Fauzi Nawawi
Zizie Ezette
Kuza
Lagu pembukaanSari Maya (To'ki)
Lagu penutupSari Maya (To'ki)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13 (Musim 1)
Penerbitan
PenerbitJalena Rejab
Ahmad Puad Onah
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9 (Slot Mahsuri)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Sari Maya 2

SinopsisSunting

Mengisahkan Dali yang telah memperisterikan Rubiah sebagai isteri keduanya tanpa persetujuan Aishah. Ini membuatkan Aishah berasa amat sedih dengan tindakan suaminya itu. Saban hari, Dali lebih meluangkan masa bersama Rubiah. Rubiah pula cuba mencari pelbagai helah agar Dali tetap tinggal bersamanya tanpa mempedulikan Aishah. Aishah dan Rubiah ditakdirkan mengandung pada waktu yang sama. Dali merasakan bahawa dia patut lebih memberikan perhatian pada Rubiah oleh kerana ibu Aishah boleh membantunya menjaga Aishah. Walaupun di desak oleh ibu Aishah untuk Dali menjenguk Aishah, Dali tetap berkeras. Rubiah mencari pelbagai alasan agar suaminya tidak pulang ke rumah Aishah. Sehingga Aishah terpaksa melahirkan bayinya tanpa Dali di sisinya. Akibat tertekan dengan perbuatan suami dan madu, Aishah menjadi kurang siuman. Ibu Aishah yang uzur terpaksa menjaga Aishah dan cucunya Maya tanpa bantuan Dali. Sementara itu, Rubiah juga melahirkan anak perempuan diberi nama Sari. Setelah 7 tahun berlalu, keadaan Aishah semakin teruk dan tidak dapat dibantu lagi. Pada suatu hari Aishah hilang dari rumah. Ibu Aishah dan Maya mencarinya dikeliling kampung dan terjumpa Aishah bermain di sungai. Ibu Aishah cuba menyelamatkan Aishah akan tetapi keduanya mati lemas. Dali berasa sedih dan menyesal dengan perbuatannya. Dali akhirnya membawa Maya tinggal bersama Rubiah dan anaknya Sari. Sejak Maya tinggal bersama ibu dan adik tirinya itulah bermula episod sedih yang menyentuh perasaan penonton. Kehadiran Maya tidak disenangi oleh Rubiah dan Rubiah juga sering menganiaya dan menyiksa Maya. Malah, Rubiah juga sering membezakan Maya dengan anaknya Sari.

PelakonSunting

RujukanSunting