Sari Maya 2
Sari Maya 2 merupakan drama dari kesinambungan kisah daripada musim pertama. Drama ini ditayangkan melalui Slot Mahsuri di TV9 dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 9:30 malam.
Sari Maya 2 | |
---|---|
Genre | Keluarga Cinta Konflik |
Dibintangi oleh | Diana Amir Nabila Huda Fauzi Nawawi Zizie Ezette Danny X-Factor Syed Ali Noniswara |
Lagu pembukaan | "Jadikan Aku Bintang" nyanyian Nurul |
Lagu penutup | "Jadikan Aku Bintang" nyanyian Nurul |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 (Musim 2) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
SinopsisSunting
Mengisahkan Maya yang kini menjadi seorang pelakon yang berjaya. Namun kejayaan Maya itu tidak disenangi adiknya, Sari. Sari mencuba untuk memperdaya Maya dengan berpura-pura kononnya dia sudah berubah. Rancangan Sari itu merupakan idea licik daripada ibunya Rubiah yang masih berdendam dengan Maya dan Dali. Dendam Rubiah semakin bertambah apabila dia mengetahui Dali kini rapat dan menjalinkan hubungan dengan Maziah. Sari juga mencuba untuk merosakkan hubungan Maya dengan Daniel. Bagaimanapun segalanya terbongkar bahawa selama ini penderitaan Maya adalah angkara Sari dan Rubiah. Sari kemudian membunuh Rubiah akibat tertekan dengan sikap ibunya selama ini.
PelakonSunting
- Diana Amir sebagai Maya
- Nabila Huda sebagai Sari
- Fauzi Nawawi sebagai Dali
- Zizie Ezette sebagai Rubiah
- Danny X-Factor sebagai Daniel
- Anne Ngasri sebagai Saidah
- Haeriyanto Hassan sebagai Zainal
- Nor Albaniah sebagai Aidah
- Noniswara sebagai Maziah
- Syed Ali sebagai Zaquan
- Kazar Saisi sebagai Chik Mat
- Puteri Sarah Liyana sebagai Sally
- Tania Zara sebagai Dina
- Hafiz Nafiah sebagai Idzham