Semerah Padi (teater)

Teater Smerah Padi akan dipersembahkan pada 22-31 Disember 2011 di Panggung Sari, Istana Budaya. Teater terbitan Keno Production ini diadaptasi daripada filem arahan Allahyarham P. Ramlee dengan tajuk yang sama.

Sinopsis sunting

Inilah ceritera tentang keteguhan seorang wakil sultan yang acap dipanggil Penghulu atau 'Merah' menegakkan undang-undang Islam, adab dan budaya di sebuah 'mukim padi' (mukim kecil). Se-Merah Padi itu sebuah mukim yang terletak di sebuah negeri dalam gugusan pulau-pulau Melayu pada zaman awal kedatangan Islam ke Nusantara.

Tok Penghulu (atau Dato' Merah) sentiasa tekal berpegang kepada ajaran Islam. Dua pendekarnya, Aduka dan Taruna bersahabat baik. Kedua-dua pemuda yang menjadi pengapit kanan dan kiri itu ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang dan peraturan mengikut hukum hakam Islam. Tanpa diketahui Tok Penghulu, anak gadisnya Dara, diam-diam mencintai Aduka. Sudah menjadi tradisi, Tok Penghulu mengikat Dara dengan Taruna dalam ikatan pertunangan. Lantaran Dara tidak sanggup menderhaka kepada ayahnya dan Aduka yang enggan melukakan hati Taruna, percintaan sepasang remaja itu putus.

Pada suatu ketika, tatkala negara mereka diserang lanun, Taruna dihantar oleh Tok Penghulu untuk berkhidmat kepada baginda sultan yang memerintah negara. Sepeninggalan Taruna, Kampung Se-Merah Padi diserang Borek dan gengnya. Dara diculik Borek. Aduka diperintahkan oleh Tok Penghulu untuk memburu Borek dan menyelamatkan Dara. Dalam usaha untuk menyelamatkan Dara, pasangan yang pernah bercinta ini menghadapi kemelut jiwa yang hebat lantaran mendapati perasaan cinta mereka masih membara lalu terjadilah kejadian yang tidak disangka-sangka.

Aduka ditunggangi rasa bersalah kerana terperangkap di antara 'kesucian dan dosa'. Konflik memuncak sesudah Taruna pulang dari medan perang. Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Apakah Tok Penghulu sanggup melaksanakan hukum Islam kepada keluarganya sendiri? Apakah pergolakan Se-Merah Padi seterusnya? Mampukah Tok Penghulu, Aduka dan Taruna berpegang teguh kepada hukum daripada kitabullah? Saksikanlah...

Pelakon sunting

Pembikinan sunting

Cetusan sunting

Idea pementasan ini dicetuskan oleh Megat Mohd Noor Salleh atau lebih dikenali sebagai Keno atas kejayaan produksi beliau mementaskan teater Sri Mersing. Beliau memilih filem Semerah Padi untuk diangkat ke pentas teater kerana beliau mengangap filem ini mempunyai nilai kemelayuan dan menghargai hasil seni Seniman Agung negara, Allahyarham P. Ramlee[1].

Tenaga Produksi sunting

Sebagai penerbit, Keno memilih dengan tenaga kerja yang telah bersama-sama dengan beliau semasa pementasan Sri Mersing mengekalkan Rosdeen Suboh sebagai pengarah dan Hairul Anura Harun sebagai pemuzik.

Cerita dan Pelakon sunting

 
Fauzi Nawawi(kiri) memegang watak Aduka manakala Jue Aziz(tengah) sebagai Dara dan Khir Rahman(kanan) sebagai Aduka

Menggunakan filem sebagai rujukan, beliau bersam pengarah dan tenaga kerja yang lain akan menggunakan 80% daripada jalan cerita filem berkenaan. Menurutnya, beliau tidak mahu penonton kehilangan aura filem tersebut serta tidak mahu lari daripada garis cerita terebut[2].

Lagu - lagu yang digunakan dalam filem turut digunakan dalam teater tersebut. Selain itu, lagu - tersebut akan disesuaikan dan ditambah dengan beberapa lagu baru bawah susunan pemuzik Irama Malaysia terkenal, Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Dari segi pemilihan pelakon, watak Teruna diserahkan kepada Fauzi Nawawi, manakala watak Dara dibawa oleh Jue Aziz[3]. Tetapi bagi watak Aduka, peranan ini diserahkan kepada Zul Huzaimy. Tetapi atas pertindihan jadual[4], watak itu beralih tangan kepada Khir Rahman[5].

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/_Keno_mahu_pentaskan_Semerah_Padi_3794
  2. ^ http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=10756&c=1&s=1
  3. ^ http://www.hmetro.com.my/articles/2011080722562020110807225620/Article/
  4. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jawablah__AdukamilikKhir/Article
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-07. Dicapai pada 2011-12-06.

Pautan Luar sunting