Pencuri Hati

"Pencuri Hati" ialah lagu oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat. Ia dikeluarkan sebagai single keduanya pada 30 Januari 2016 melalui Paranormal Talents dengan lagu dan lirik oleh Kevin Chin dan Ayda sendiri. Ia juga menjadi lagu tema drama Isteri vs Tunang.[1][2]

"Pencuri Hati"
Single oleh Ayda Jebat
Dikeluarkan pada30 Januari 2016
FormatMuat turun digital
Dirakam pada2015
GenreR&B, pop
Panjang3:38
SyarikatParanormal Talents
PenulisKevin Chin, Ayda Jebat
Kronologi single Ayda Jebat
"Siapa Diriku"
(2015)
"Pencuri Hati"
(2016)
"Nakal Nakal Nakal"
(2016)

Versi dangdut lagu ini dilancarkan pada Februari 2017 di Indonesia.[3][4]

KeluaranSunting

"Pencuri Hati" dikeluarkan pada 30 Januari 2016. Namun tidak lama selepas ia dikeluarkan, ia mengundang pelbagai reaksi pendengar dan paling mengesankan apabila ia dikatakan meniru muzik K-Pop. Ayda bagaimanapun menafikan perkara tersebut.[5][6] "Pencuri Hati" versi dangdut juga telah menduduki carta di empat stesen radio Indonesia.[7]

Muzik videoSunting

Muzik video untuk "Pencuri Hati" diterbitkan oleh The Malaya dan diarahkan oleh Zahilman Ismail. Penggambaran sebahagiannya dijalankan di KidZania Kuala Lumpur. Ia dimuat naik di saluran YouTube rasmi Ayda pada 25 Jun 2016, meraih jumlah tontonan hampir 200,000, manakala video liriknya telah ditonton 7.6 juta kali.[8]

Format dan senarai runutSunting

  • Muat turun digital[9]
  1. "Pencuri Hati" – 3:38
  2. "Pencuri Hati (Karaoke)" – 3:38
  3. "Pencuri Hati (Irwan Simanjuntak Dangdut)" – 3:49
  4. "Pencuri Hati (Irwan Simanjuntak Dangdut Karaoke)" – 3:50

CartaSunting

Carta (2016) Kedudukan
carta
Era FM 12
Hot FM 1
Muzik Muzik 1

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 30 Januari 2016 Muat turun digital[9]
Penstriman digital[10]
Paranormal Talents
Indonesia 1 Disember 2016

RujukanSunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (16 Januari 2016). "Pencuri Hati taruhan terbaharu Ayda Jebat". Berita Harian. Dicapai pada Januari 17, 2016.
  2. ^ Nina Sharom (9 Februari 2016). "Pencuri Hati: Taruhan kedua Ayda Jebat". Sinar Harian. Dicapai pada Februari 10, 2016.
  3. ^ Lancar Pencuri Hati di Indonesia, Ayda Jebat teruja sambutan peminat Astro Awani (2 Februari 2017). Dicapai pada 16 September 2017.
  4. ^ Zaidi Mohamad (26 April 2016). Ayda Jebat bawa "Pencuri Hati" ke Indonesia Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2016.
  5. ^ Fatin Farhana Ariffin (23 Februari 2016). Ayda Jebat nafi Pencuri Hati tiru lagu KPop Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2016.
  6. ^ Ayda Jebat‘s new single, “Pencuri Hati” is set to explode The Daily Seni (3 Mac 2016). Dicapai pada 3 Mac 2016.
  7. ^ Syafiqah Jalal (3 Mac 2017). Pencuri Hati Versi Dangdut Masuk Carta Indonesia, Ayda Jebat Ke Yogjakarta & Surabaya Astro Gempak. Dicapai pada 3 Mac 2017.
  8. ^ feride Hikmet Atak (27 Jun 2016). Klip video Ayda Jebat hampiri 200,000 tontonan Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2016.
  9. ^ a b "Pencuri Hati - Single - Ayda Jebat". iTunes Store (MY). Apple. 1 Oktober 2016. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  10. ^ "Pencuri Hati - Single by Ayda Jebat". Spotify. 1 Oktober 2016. Dicapai pada 14 Mei 2017.