KidZania Kuala Lumpur
KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Ia dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Februari 2012 lalu.[1] Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.
KidZania Kuala Lumpur | |
---|---|
Lokasi |
|
Dibuka | 28 Februari 2012 |
Pemilik | Themed Attractions & Resorts Sdn. Bhd. |
Pengurus besar | Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin |
Tema | Pusat hiburan keluarga |
Musim beroperasi | Sepanjang tahun |
Laman sesawang | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Tempat ini juga adalah yang ketiga di rantau Asia Tenggara dan kesebelas di dunia. Tempat ini juga mengalami perubahan dalam menyedikan fasiliti yang diperbaharui dan diperbaiki selain daripada aktiviti, operasi dan pengisiannya dari semasa ke semasa.[2]
Para pengunjung juga berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.
Mereka juga boleh memperolehi wang di dalam matawang KidZania yang digelar sebagai "kidZos" yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau mempelanjakannya di sekitar KidZania Kuala Lumpur.[3]
Selain itu, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin telah bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rakan Riang Sdn. Bhd. (RRSB). Taman tema ini juga dibangunkan oleh syarikat usaha sama antara Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd. (TAR) dan Boustead Curve Sdn. Bhd. untuk menjayakan projek ini.[4] Taman tema ini disasarkan untuk menerima kehadiran sehingga 500,000 pengunjung dalam setahun susulan daripada kedudukannya di lokasi yang strategik yang menjadi tumpuan ramai kerana dibina di pusat membeli-belah The Curve di Petaling Jaya. Taman tema ini dilihat sebagai satu-satunya taman tema yang berunsur pendidikan di Malaysia setakat ini. Pembinaan taman tema ini adalah bernilai RM 50 juta serta mewujudkan 400 peluang pekerjaan sebaik sahaja ia beroperasi.[5]
Bayaran Masuk
suntingKategori | Kewarganegaraan | Bayaran | Nota |
---|---|---|---|
Bayi | Warganegara | Percuma | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 0-1 tahun |
Bukan Warganegara | |||
Kanak-kanak | Warganegara | RM 35 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 2-3 tahun |
Bukan Warganegara | |||
Praremaja | Warganegara | RM 55 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 4-17 tahun |
Bukan Warganegara | RM 75 | ||
Dewasa | Warganegara | RM 35 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 18-59 tahun |
Bukan Warganegara | RM 50 | ||
Warga Emas | Warganegara | RM 30 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 60 dan ke atas |
Bukan Warganegara |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Sejarah Khazanah Nasional
- ^ "What's KidZania". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-30. Dicapai pada 8 Oktober 2012.
- ^ "KidZania Kuala Lumpur - Résumé". Facebook. Dicapai pada 8 Oktober 2012.
- ^ Khairunnisa Kamarudin (6 Jun 2011). "KidZania: Terap pendidikan dalam hiburan". Berita Harian. Dicapai pada 8 Oktober 2012.[pautan mati kekal]
- ^ Sophia Ahmad (1 Mac 2011). "KidZania taman tema pendidikan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-04. Dicapai pada 8 Oktober 2012.