Nur Qistina Raisah
Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri (lahir 1 Disember 2008)[1] merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Alisya di dalam drama Papa Ricky dan sebagai Tengku Aqilah kecil dalam Lafazkan Kalimah Cintamu.[2][3]
Nur Qistina Raisah | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri 1 Disember 2008 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2012–kini |
Kehidupan awalSunting
Nur Qistina Raisah dilahirkan pada 1 Disember 2008 di Sepang, Selangor, kepada pasangan Roszana Aminuddin dan Mohd Kamarol Azri.[1] Beliau merupakan anak bongsu dari lima beradik, tiga lelaki dan dua perempuan. Qistina dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan.
KerjayaSunting
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2012, pada usia 4 tahun.[3] Nur Qistina mula dikenali umum selepas membintangi drama Papa Ricky lakonan Fadlan Hazim dan Siti Elizad, Qistina memegang watak sebagai Alisya.
Nur Qistina membuat penampilan sulungnya dalam filem cereka selepas menerima tawaran Hashim Rejab bagi membintangi filem seram Kelibat terbitan Metrowealth Pictures. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aqilah kecil dalam drama adaptasi novel, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab.[4]
Beliau berlakon bersama Nur Risteena dan Aiman Hakim Ridza dalam drama Demi Cinta Ain, menjayakan watak Hanis.
Beliau muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam menerusi telefilem Baby Bro! arahan Ghaz Abu Bakar. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[5][6][7]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Kelibat | Filem pertama | |
2016 | Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | sebagai watak tambahan | |
2018 | Rise: Ini Kalilah | Aishah | |
2019 | Felina | Qistina | |
2023 | Rahsia |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Tanah Kubur (Musim 11) | Nor | Astro Oasis | Episod: "Harta Haram" |
Tuan Rumah Pembantu Rumah | Lia | TV3 | ||
Masihkah Ada Cinta | Dibah | |||
Kifarah | Anis | Episod: "Zuriat" | ||
Azam Ramadan Su | Qia | |||
2015 | 3 Campur 2 | Qaisara | Astro Ceria | |
Geng UPSR | Lulu | Astro Tutor TV | ||
HidayahMu Ramadan | Mimi | TV3 | ||
2016 | Demi Cinta Ain | Hanis | ||
Hantu Punya Bos | Nuha | |||
Dia Segalanya | TV1 | |||
2017 | Papa Ricky | Alisya | Astro Prima | |
Dia | Mimin | TV3 | ||
Syurga yang Kedua | Puteri | Astro Ria | ||
Alahai Cucu Atok | TV2 | |||
I-Kids | Astro Ceria | |||
2018 | Lafazkan Kalimah Cintamu | Tengku Aqilah kecil | Astro Ria | |
Ti Amo Sweetheart 100 Hari | Dina | |||
2019 | Dia Yang Ku Cinta | Chempaka Amna (Kecil) | TV3 | |
Iktibar | Diyana | |||
Cinta Tanpa Henti | Syifa | |||
Instagram Anak Jebat | TV2 | |||
2020 | Camelia | Marina kecil | TV3 | |
Isteri Misteri | Teratai | |||
2021 | Fam I Love You | Qalisha | Astro Ceria | |
Keluarga Instafamous | Nur | Awesome TV | ||
2023 | Sekali Aku Bahagia | Eli | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Jahil | ||
Aku Mahu Ke New York 2 | Qistina | Astro Ceria | |
Abang Beduk | Fifi | Astro Oasis | |
2016 | Salam Cinta Ustazah Husna | ||
Karlisa | Karlisa | ||
2017 | Jangan Sembelih Merah | Eira | TV3 |
Baby Bro! | Astro First Eksklusif | ||
2018 | Detektif Daniel | Mia | Astro Ceria |
Nadi Luna | TV3 | ||
Ketupat Untuk Ariana | Ariana | ||
Qalbu | Kasih | ||
2019 | Nana Dan Jam Atok | Nana | |
Remuk | |||
Raya Kali Ini | |||
2020 | Kembara Cinta | TV1 | |
2021 | Doa Terindah |
RujukanSunting
- ^ a b "Biodata Nur Qistina Raisah, pelakon kanak-kanak popular". Encik Shino. 27 November 2017. Dicapai pada 16 Januari 2018.
- ^ "Biodata Nur Qistina Raisah". Azhan.co. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 6 Mei 2018.
- ^ a b Mohammad Al Faizal Abdul Karim (8 April 2017). "Seronok beraksi di depan kamera". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Mei 2018.
- ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 6 Mei 2018.
- ^ Budiey (19 November 2017). "Filem BABY BRO Lakonan Zizan Razak & Shaheizy Sam Sebelum POLIS EVO 2 Keluar Panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Disember 2017.
- ^ Badrul Hisham (23 November 2017). "Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro". Rojak Daily. Dicapai pada 4 Disember 2017.
- ^ Ramlah Zainal (5 Disember 2017). "Komedi aksi bayi comel". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2017.