Duri Di Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Michael Ang dengan skrip oleh Mazelan Manan dibintangi oleh Amar Asyraf, Hairi Safwan dan Marsha Londoh bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 14 Mac 2013 hingga 24 April 2013 menggantikan Kerana Sarah.[2][3]

Duri Di Hati
Genre
Ditulis olehMazelan Manan
Pengarah
Pengarah kreatif
Azmir Affandi
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Puteri Julia Megat Junid
  • Megat Jufri Megat Junid
PenerbitZiela Jalil
Penyunting
  • Azmir Affandi
  • Hamidon Sulaiman
  • Lan Bong
  • Izz Hafizi
Sinematografi
  • Mokhairul Syamnizar Mokhtar
  • Muhammas Khuzani Mohd Nor
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal14 Mac 2013 – 24 April 2013
Kronologi
MengikutiKerana Sarah
Diikuti olehKalau Bukan Aku

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Alif (Amar Asyraf) yang menjalani kehidupan yang daif di lorong yang terkenal dengan aktiviti tidak bermoral bersama ibu dan abangnya, Rizal (Hairi Safwan). Meskipun Alif dan Rizal sering dipandang hina oleh masyarakat, ibu mereka sering memberi didikan sempurna buat kedua-dua anaknya.

Alif dan Rizal sentiasa mengasihi ibu mereka dan berjanji akan menjaganya hingga ke akhir hayat. Namun kebahagian mereka bertiga tidak berpanjangan apabila hubungan di antara anak dan ibu itu dirampas oleh si hati yang penuh dengan hasad dendam. Rashid (Adam Shah) yang ingin melanggan ibu Alif telah membelasah Alif tanpa belas kasihan dan kemudian mencampaknya ke dalam sungai. Apakah yang telah berlaku sebenarnya hingga menyebabkan Rashid bertindak sebegitu terhadap Alif?

Ajal dan maut sememangnya di tangan Tuhan. Alif telah diselamatkan oleh seorang pemandu bernama Jalal. Setelah Alif sembuh, Jalal dan isterinya cuba mencari keluarga Alif namun dek kerana berasa malu dengan latar belakangnya, Alif hanya menyatakan bahawa dia telah ditinggalkan oleh keluarganya dan hidup sebagai anak jalanan.

Sementara itu, majikan Jalal iaitu Dato’ Hamid (Dato’ Jalaluddin Hassan) dan Datin Suraya (Kuna) berasa sunyi dengan ketiadaan anak mereka yang pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Akhirnya Jalal menyarankan majikannya mengambil Alif sebagai anak angkat. Dato’ Hamid dan Datin Suraya yang tertarik dengan personaliti Alif terus membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah mereka.

Ketika Alif memasuki rumah yang tersergam indah itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar Rashid. Rupa-rupanya Rashid adalah anak lelaki kepada ibu bapa angkatnya itu. Ingatan Alif kembali mengimbau terhadap perbuatan kejam Rashid. Dendam Alif mula menyala terhadap Rashid meskipun dia dilayan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa angkatnya.

Masa terus berputar dan setelah sepuluh tahun berhijrah di negara orang kini Rashid kembali ke tanah air. Jadi inilah kali pertama Rashid bertemu Alif selepas kejadian suatu ketika dahulu. Ternyata rupa paras Alif yang sudah meningkat dewasa membuatkan Rashid tidak mengenali siapakah Alif dan ini memudahkan Alif untuk membalas dendam terhadap Rashid.

Hubungan Alif dan Rashid semakin akrab sehinggakan Rashid tidak sangsi untuk berkongsi rahsia dengan adik angkatnya itu. Termasuklah kegiatan haram yang dilakukannya semasa di luar negara. Tanpa Rashid sedari, segala yang dikongsikan bersama Alif sebenarnya memerangkap dirinya sendiri. Alif menyusun strategi dengan begitu baik sehingga Rashid jatuh di tangan pihak berkuasa.

Setelah strategi Alif mengenakan Rashid berjaya, Alif diberi kuasa untuk mengedalikan syarikat milik bapa angkatnya. Oleh kerana Alif masih mentah untuk mengendalikan perniagaan bapa angkatnya itu, dia dibantu oleh Rizal, salah seorang pekerja yang dipercayai oleh Dato’ Hamid. Hakikatnya Rizal adalah abang kandung Alif yang pernah ditinggalnya suatu ketika dahulu. Namun, Alif tidak menyedarinya kerana raut wajah abangnya itu sudah berubah.

Sementara itu, kehidupan Alif kini bukan sahaja dihadiri oleh abang kandungnya malah bekas kekasihnya Ana (Marsha Londoh) turut kembali ke dalam kehidupannya apabila Ana bekerja di syarikat Alif sebagai akauntan syarikat.

Sikap dan tarikan yang ada pada Ana membuatkan Alif jatuh hati padanya sekali lagi. Manakala ianya berbeza buat Ana apabila dia berusaha memastikan dirinya tidak akan terperangkap dengan cinta Alif. Di sebalik pertolongan yang dihulurkan oleh Rizal dan Ana sebenarnya mereka berdua mempunyai komplot untuk menjatuhkan Alif. Mengapakah Rizal bertindak sedemikian sedangkan seorang abang seharusnya melindungi adiknya? Apakah yang telah Alif lakukan sebelum ini kepada Ana sehingga gadis itu menyimpan dendam terhadapnya? Adakah janji yang pernah dimungkiri oleh Alif terhadap ibu dan abangnya, Rizal kini memburunya untuk menuntut keadilan?

PelakonSunting

UtamaSunting

PembantuSunting

KameoSunting

Kanak-kanakSunting

  • Rieffqie Shah sebagai Aliff kecil
  • Raffief Shah sebagai Rizal kecil
  • Maisarra Syahira sebagai Ana kecil

Maklumat amSunting

Ini merupakan drama terakhir lakonan Salina Saibi bersama syarikat penerbitan lain sebelum mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Gerak Khas.

RujukanSunting

  1. ^ Feride Hikmet Atak (22 Mei 2018). "'Biar kurang popular, asal jangan tenggelam terus'". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^ Budiey (20 Mac 2013). "Sinopsis drama Duri Di Hati". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.
  3. ^ "(HIBURAN) Slot Azalea drama "Duri Di Hati" di TV3". Galaksi Media. 21 Mac 2013. Dicapai pada 18 April 2013.
  4. ^ Duri Di Hati (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Jun 2018.

Pautan luarSunting