Tisha Shamsir

Pelakon dan penyanyi Malaysia

Shanorbiah "Tisha" Shamsir Alam (lahir 20 Januari 1986) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Audition dan Mentor musim keenam. Beliau terkenal menerusi watak sebagai Huda dalam filem Villa Nabila (2015) dan sebagai Inspektor Tisha dalam Gerak Khas (2014-17).

Tisha Shamsir
Kelahiran
Shanorbiah binti Shamsir Alam

(1986-01-20) 20 Januari 1986 (umur 38)
Nama lain
  • Shanor
  • Latisha Shamsir Alam
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2004; 2011–kini
PasanganMohd Ady Hafize Hanaffiah (k. 2016)
BapaShamsir Alam Mohd Zainal

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan sebagai Shanorbiah binti Shamsir Alam pada 20 Januari 1986 di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan, Tisha merupakan anak kelima daripada tujuh beradik.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai penyanyi semasa menghadiri ujibakat pertandingan bakat baru nyanyian, Audition terbitan ntv7, ketika itu beliau menggunakan nama Shanor. Bapanya, Shamsir Alam Mohd Zainal merupakan seorang bekas penyanyi Kombo Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mana beliau mewarisi darah seni dari bapanya.[1] Namun, Tisha meninggalkan seketika kerjaya seninya kerana mahu menyambung pelajarannya di sebuah universiti tempatan.

Beliau kemudiannya diujibakat untuk menyertai rancangan realiti TV, Mentor musim keenam di TV3 yang mana beliau merupakan anak didik Ferhad,[2] di mana dalam pertandingan peringkat Separuh Akhir, beliau mendapat undian paling terendah iaitu sebanyak 86 markah.[2]

Bakatnya dalam bidang lakonan hadir pada 2011 apabila beliau menjayakan peranan kecil dalam filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof, seterusnya membintangi bersama Pekin Ibrahim dalam filem sulungnya, iaitu sebuah filem dokumentari seram bertajuk Villa Nabila arahan Syafiq Yusof, yang mana beliau memegang watak sebagai Huda, isteri kepada Asyraf lakonan Pekin.[3][4] Selepas Villa Nabila, Tisha membintangi drama kepolisan paling lama bertahan, Gerak Khas di mana beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Tisha selama 4 musim, dari 2014 hingga 2017.[5][6]

Tisha dan suami, Ady Hafize menubuhkan syarikat penerbitan Adtisha Productions. Kerusi Kecil, telefilem yang dibintangi oleh Zizan Razak dan Bella Astillah, merupakan keluaran sulung Adtisha.[7]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ady Hafize Hanaffiah yang merupakan pengurus produksi di Skop Productions.[8] Mereka mula berkenalan sebagai rakan sekerja pada 2012 dan dua tahun kemudian mula rapat. Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, iaitu tempat lahir Tisha.[8]

Beliau mengalami keguguran kembar tiga selepas kandungan kehamilannya tidak dapat diselamatkan akibat hamil di luar rahim pada Ramadan 2019. "Saya dapat tahu mengandung luar rahim apabila dua kandungan berusia dua bulan ini pecah dan terpaksa menjalani pembedahan pada penghujung Ramadan lalu. Kami berusaha untuk menyelamatkan satu lagi kandungan dalam rahim tetapi gagal,".[9][10]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Aku Bukan Tomboy Pengkid #2 Filem pertama, tidak dikreditkan
2015 Villa Nabila Huda
Polis EVO Sarjan Rosalinda

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Metro Skuad (Musim 2) Zakiah TV2 Episod: "Kemelut"
2013 Episod: "Cinta Awang Hitam"
2014 Jalan Kembali Pelakon tambahan, dikreditkan sebagai Tisha Mentor
Pulangnya Tok Misai Mastura Hypp Sensasi
2014–2017 Gerak Khas Inspektor Tisha TV2
2016 Bodyguard TV3
2017 Dia Bidadariku Qaseh Astro Ria
Titian Cinta Sofia TV3
Bahagia Kasihmu Needa
2017–2018 Bilo Nogori Jupo Kelate Rara
2019 Dia Pengantinku Maya TV1

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Mek Kelate Mek Yea TV3
2017 Ke Pintu Kaabah Fadilah TV1
2021 Mr Drift Astro Citra
2022 Aku Ingin Ke Syurga Tini TV2
Pulau Tengkorak Dek Ros TV2
Kerusi Kecil TV1

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2004 Audition Peserta (sebagai Shanor) ntv7
2012 Mentor (musim 6) Peserta, anak didik Ferhad TV3

Rujukan sunting

  1. ^ "Bersedia dengan segala kemungkinan". Kosmo!. 25 April 2012. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  2. ^ a b Feride Hikmet Atak (5 Jun 2012). Tisha (Mentor 6) Tinggalkan Kelantan Untuk Jadi Penyanyi mSTAR Online. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  3. ^ Nina Farzuin Mohd Sharom (11 Januari 2015). Demi Villa Nabila, Pekin, Tisha gagahkan diri Sinar Harian. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  4. ^ Rudy Imran Shamsuddin (21 Disember 2014). Tak masuk akal Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  5. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (20 Julai 2014). Inspektor Tisha jadi sandaran Kosmo!. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  6. ^ Aqmar Mustaza (23 Februari 2016). Gerak Khas lonjak nama Tisha Shamsir Sinar Harian. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  7. ^ Ramlah Zainal (10 September 2019). Dari pelawak ke hero romantis Harian Metro. Dicapai pada 27 November 2019.
  8. ^ a b Cinta lokasi ke jenjang pelamin Utusan Malaysia (16 Disember 2016). Dicapai pada 10 Jun 2017.
  9. ^ Ramlah Zainal (26 Ogos 2019). Tisha Shamsir keguguran kembar tiga Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2019.
  10. ^ Amri Hassan (26 Ogos 2019). "Kandungan luar rahim pecah…!" - Pelakon Villa Nabila, Tisha Shamsir keguguran kembar tiga Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2019.

Pautan luar sunting