Hanya Padamu (drama)
Hanya Padamu merupakan siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Faisal Ishak terbitan Filmscape. Dibintangi oleh Nazeera Sardi, Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim, ia bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 28 Disember 2012 sehingga 22 Mac 2013 menggantikan Runtun Qalbu.[1]
Hanya Padamu | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Maizurah Ederis |
Pengarah | Faisal Ishak |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Aku Yang Berdosa" oleh Shahir Zawawi |
Lagu penutup | "Aku Yang Berdosa" oleh Shahir Zawawi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 39 minit |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 28 Disember 2012 – 22 Mac 2013 |
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang perit liku seorang gadis berhadapan qada’ dan qadar yang telah ditentukan Maha Esa namun masih cekal sebelum dilanda dilema perasaan. Kisah bermula apabila seorang kanak-kanak bernama Adawiyah (Nazeera Sardi), anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya iaitu Sabariah dan Omar namun dia dibenci oleh Sabariah atas sebab yang tidak diketahui.
Suatu hari, Omar diserang strok dan tidak lama kemudian, dia meninggal dunia. Sejak itu, Sabariah menyeksa Adawiyah dan juga memberhentikan Adawiyah dari sekolah. Cikgu kecewa kerana Adawiyah merupakan antara pelajar terbaik dan calon harapan sekolah untuk mendapat 5A. Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril Adzim) cuba menegur sikap ibunya tetapi tidak diendah oleh Sabariah. Pada masa yang sama, Bukhari mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dua tahun kemudian, Bukhari berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Perikanan. Selepas pemergian Bukhari, Sabariah menghantar Adawiyah ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, Adawiyah dibuli oleh Sari yang dengki terhadapnya. Bukan itu sahaja, Adawiyah turut diugut oleh seorang pekerja kantin di rumah berkenaan. Sejak itu, Adawiyah hidup dalam ketakutan.
Lapan tahun kemudian, Arman (Beto Kusyairy), berusia 35 tahun, kelihatan sangat tertekan dan tidak terurus wajahnya bertembung dengan Adawiyah, yang sudah berusia 21 tahun, kelihatan ayu, sopan, lembut di tepi pantai. Adawiyah kemudiannya ke sebuah banglo untuk memulakan hari pertama sebagai guru kepada anak tuan punya banglo. Sebaik sahaja tiba, Adawiyah terkejut melihat Arman, tuan rumah di banglo tersebut.
Pada mulanya, Arman tidak yakin akan kemampuan Adawiyah untuk mendidik anaknya, Liliyana, sehinggalah Arman melihat sendiri perubahan pada anaknya yang sukar menerima orang baharu sebagai guru. Arman kemudiannya teringat, dia pernah menghadiahkan gelang kayu tasbih kepada kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Gelang itu masih dipakai oleh Adawiyah sehingga kini. Maka, terjalinlah hubungan antara Adawiyah dan Arman demi Liliyana.
Bukhari yang pulang dari Jepun mula menternak ikan dalam sangkar di kampung halamannya, Kampung Kuala Kubu. Ketika dia dan Adawiyah sedang berbual di telefon, muncul seseorang menjerut leher Adawiyah. Di kampung, Bukhari mendengar kekecohan itu melalui telefon, dia yakin Adawiyah dalam bahaya.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Nazeera Sardi sebagai Adawiyah
- Beto Kusyairy sebagai Arman
- Zahiril Adzim sebagai Bukhari
Pelakon pembantu
sunting- Emelda Rosmila sebagai Ungku Laila
- Zulin Aziz sebagai Rockie
- Kay Maria sebagai Sabariah
- Khayrisyah Kemal sebagai Lilliyana
- Nor Amisah Abdullah sebagai Kak Nam
- A. Wahab sebagai Pak Long Omar
Pelakon kanak-kanak
sunting- Alis Maryam sebagai Adawiyah kecil
Penampilan khas
sunting- Rahhim Omar sebagai Ungku Isa
Rujukan
sunting- ^ Budiey (22 Disember 2012). Drama bersiri Hanya Padamu di TV3 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Mei 2013.