Halim Munan merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 13 September 2012 di Malaysia.

Halim Munan
PengarahHashim Rejab
Dihasilkan olehRoslina Rohani
Dibintangi
Tarikh tayangan
  • 13 September 2012 (2012-09-13) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.49 juta

Sinopsis

sunting

Mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik.

Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai ‘halimunan’ dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai tuduhan itu. Sebagai ibu, Munah yakin dengan Halim.

Keasyikan seorang bomoh, Wak Mali melayan irama tiupan seruling kesayangannya di serambi rumah mistik di kelilingi kolam ikan, terhenti seketika. Matanya tiba-tiba menjadi liar.

Sebaik menjawab salam dihulur, wajahnya berkerut-kerut bingung kerana tidak nampak atau melihat sesiapa memberi salam di depannya. Ketika masih tercari-cari dan mengamati dari mana datang suara itu, dia pengsan apabila mendapati suara salam datangnya dari seorang anak muda yang dianggap penduduk kampung banyak memberi masalah.

Halim muncul di depan rumah Wak Mali sebagai ‘halimunan’ selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum pun sempat Halim datang menyerahkan separuh kain kafan seperti diminta Wak Mali sebagai syarat ‘minta ilmu’, dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.

Bagaimanapun, kain kafan kubur dibawa Halim tidak menepati apa diminta Wak Mali. Halim yang memiliki karakter lurus bendul dan suka berangan menjadi halimunan sejak kecil, bukannya membawa kain kafan wanita mati malam Jumaat seperti diminta, tetapi kain kafan seorang pawang hitam baru meninggal dunia.

Keadaan menyebabkan Halim resah kerana menyedari dirinya tidak lagi dapat dilihat orang lain. Pada masa sama, penduduk yang mencarinya bersama ibunya, melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya bertukar menjadi pocong mengacau ketenteraman selepas insiden mencuri kain kafan di tanah kubur.

Keinginan Halim bermakna dia mencapai hajat menjadi halimunan dan kebetulan bertepatan dengan namanya, Halim Munan. Pada masa sama, Halim berhasrat jadi halimunan kerana mahu membalas perbuatan buli dan ejekan tiga budak nakal, Ajak bersama Pawi dan Kimi yang menuduhnya suka mengganggu anak dara orang.  

Pelakon

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting