Kekasihku Puyu ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2011 dibintangi oleh Fazren Rafi dan Intan Ladyana. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 29 Ogos 2011 hingga 29 September 2011 menggantikan Laila Manja dan digantikan oleh siaran ulangan Nenek Kebaya.[1]

Kekasihku Puyu
GenreDrama, fantasi
PenciptaMusa Daud
Ditulis olehAzmi Mohd Ariff
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jauh Di Mata" oleh Min Yasmin
Lagu penutup"Jauh Di Mata" oleh Min Yasmin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifFazee Harun
PenerbitAhmad Al-Husna Abu Hassan
Penyunting
  • Ahmad Farhan Osman
  • Mohd Najib Rahim
SinematografiFadzil Mat Jani
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
HNJ Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 Ogos 2011 – 29 September 2011

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

SinopsisSunting

Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah (Mak Jah), bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.

Sesudah 23 tahun berlalu, Fahmi (Mohd Fazren Mohd Rafi) yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. Walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu pada keesokan harinya. Selepas memasukkan ikan itu ke dalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik, hanya boleh dilihat Fahmi seorang.

Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari (Intan Ladyana) dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek (Hafizuddin) berkahwin dengan Suriati (Zarina Zainuddin) yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuan Malek.

Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib (Rizal Ayub), rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu, Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.

Bagaimanakah kesudahan nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon kanak-kanakSunting

  • Syahhira sebagai Bidasari kecil
  • Mohd Izwan Fikri sebagai Aiman

Runut bunyiSunting

  • "Suatu Ketika Dahulu" - Rizal Ayob
  • "Jauh Di Mata" - Min Yasmin
  • "Masih Di Sini" - Niskala

RujukanSunting

  1. ^ "Kekasihku Puyu berakhir, Nenek Kebaya diulang tayang kembali". edTV. 29 September 2011. Dicapai pada 28 April 2013.
  2. ^ Kekasihku Puyu (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 14 Mei 2019.
  3. ^ Mohd Al Qayum Azizi (28 Julai 2013). "Sambutan Suram Sebagai Penyanyi Paksa Rizal (AF) Jadi Pelakon". mStar Online. Dicapai pada 28 April 2013.

Pautan luarSunting