Emil Emilda ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2007 arahan, tulisan dan idea asal oleh Shahrulezad Mohameddin terbitan Radius One dan disiarkan menerusi Slot Samarinda TV3 dari 2 Mei 2007 hingga 27 Jun 2007.[1][2]

Emil Emilda
Poster promosi
GenreDrama, cinta, komedi
PenciptaShahrulezad Mohameddin (idea asal)
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Ingin Ku Miliki" oleh Dayang Nurfaizah
Lagu penutup"Ingin Ku Miliki" oleh Dayang Nurfaizah
PenggubahAudi Mok
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
Tempoh siaran23 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal2 Mei 2007 – 27 Jun 2007
Kronologi
MengikutiKaizer
Diikuti olehKasih Suci

Sinopsis sunting

Mengisahkan seorang gadis bernama Emilda yang bekerja sebagai seorang kerani fail di sebuah stesen televisyen tempatan. Di sebalik kekurangannya yang tidak menarik dan kelam-kabut, Emilda merupakan satu satunya pekerja yang amat disayangi oleh Tan Sri Nik Baseera, CEO stesyen televisyen Baseera Media Group kerana minat Emilda yang mendalam dunia penyiaran.

Pada suatu hari Tan Sri yang tidak mempunyai waris melainkan satu satunya anak saudara perempuannya yang tamak dan zalim telah mendapat khabar berita bahawa satu satunya anak kandungnya yang hilang disebabkan sebuah kemalangan jalan raya 20 tahun lalu telah pun ditemui. Justeru itu Tan Sri nekad mahu bertemu dengan anak kandungnya itu yang bernama Boboi itu. Malang sekali sewaktu dalam perjalanan untuk bertemu dengan anak tunggalnya (yang belum pun ditemui secara empat mata) helikopter yang dinaiki oleh Tan Sri telah meletop di udara dan Tan Sri terkorban.

Akibat daripada itu Stesyen televisyen Channel Twelve kehilangan CEO nya. Maka Darleena, satu satu anak saudaranya yang jahat merasakan dirinya adalah penganti yang paling tepat. Malang sekali Nazeem, peguam syarikat memberitahu semua ahli lembaga pengarah sebelum berlepas Tan Sri Baseera sempat berpesan sekiranya terjadi apa apa pada dirinya, dia mahu Emilda menjadi pengantinya sementara Boboi dicari.

Maka dalam sekelip mata dari seorang kerani fail yang sentiasa merendah diri, kelam-kabut dan nerda Emilda dinobatkan sebagai CEO baru Baseera Media Group. Namun begitu tidak semudah yang dijangkakan Emilda dikena kan syarat… dia harus mencari seorang suami dalam tempoh enam jam.

Itulah syarat yang telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah. Demi menyelamatkan Channel Twelve dari jatuh ke tangan wanita sejahat Darleena, Emilda sedar dia perlu menggalas harapan Tan Sri. Justeru itu dengan bantuan Nazeem, peguam syarikat yang setia, dan Mac dan EJ dua sahabat karibnya mereka bersama sama berganding bahu mempertahankan Channel Twelve. Masalahnya, macam mana Emilda terpaksa mencari bakal suaminya dalam tempoh enam jam? Di sini Emil pun muncul menyelamatkan keadaan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon undangan sunting

  • Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Nik Baseera
  • Fahrin Ahmad sebagai Luthfi
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Inspektor Zahim
  • Wan Sharmila sebagai Nisa
  • Suzana Mat Isa sebagai Puan Basariah
  • Doddie Mohd Hamdi sebagai Jack
  • Zulkarnain sebagai Pemandu
  • Kamal Fatah sebagai Konstabel Ali
  • Eifa Rahmat sebagai Maria
  • Azrul Hizar Zainal sebagai Andy
  • Shima sebagai Karen
  • Nik Nuzri sebagai Azhar
  • Zulkarnain Hussien sebagai B.O.D 1
  • Salleh Ahmad sebagai B.O.D 2
  • Ruzaini Hamidi sebagai Kahar
  • Fazli Baharom sebagai Wartawan BJ

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Nik Adam Daniel sebagai Amat
  • Nadia Safiah sebagai Aliya

Muzik dan runut bunyi sunting

Trivia sunting

  • Wan Sharmila berkhidmat sebagai pembantu akauntan untuk drama ini.
  • Laman web rasmi Emil Emilda diwujudkan bagi mempromosikan drama ini.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Ibrahim, Khadijah (2007). Emil Emilda bukan drama ciplak, Utusan Malaysia. diperolehi pada 2008-07-25.
  2. ^ Budiey (24 Januari 2007). Nantikan Siri Drama Emil Emilda Lakonan Aaron Aziz Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Mei 2009.
  3. ^ Budiey (12 Jun 2007). Laman Web Buat Peminat Drama Emil Emilda Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Mei 2009.

Pautan luar sunting