Rona Roni Makaroni

Rona Roni Makaroni ialah merupakan sebuah drama arahan pengarah Shahrulezad Mohameddin yang disiarkan sebanyak 11 episod pada tahun 2008. Dibintangi oleh Sharifah Amani, Bront Palarae, Wan Sharmila, Isma Yusoof, Dira Abu Zahar dan ramai lagi. Drama ini ditayangkan bermula pada 27 November 2008, setiap hari Khamis, jam 9 malam di Astro Ria.

Rona Roni Makaroni
GenreDrama
Cinta
Komedi
Ditulis olehEenaz Mokhtar
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Sharifah Amani
Bront Palarae
Wan Sharmila
Isma Yusoof
Dira Abu Zahar
Lagu pembukaan"Akan Tiba" nyanyian Alif Satar
Lagu penutup"Akan Tiba" nyanyian Alif Satar
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran40 minit per episod
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal27 November 2008 – 05 Februari 2009

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Rona yang merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari Pak Jalil, iaitu ayah kandungnya. Setibanya dia di Kuala Lumpur, dia kemudian bertemu dengan Roni, iaitu seorang pengurus restoran Itali. Rona kemudian diambil bekerja di restoran tersebut. Manakala Roni membuka restoran Itali tersebut semata-mata demi kekasihnya, Gia iaitu seorang pelakon yang cukup popular. Namun hubungan mereka sering mengalami krisis apabila Gia lebih mengutamakan karier lakonannya daripada memberikan perhatian kepada Roni.

Ben, yang merupakan pengurus artis kepada Gia juga dalam diam menyimpan perasaan terhadap Gia. Disebabkan itu dia selalu menghasut Gia dengan harapan agar hubungan Roni dan Gia bakal berakhir. Roni berasa pelik jika dia dalam keadaan jatuh cinta, masakannya akan menjadi sedap dan ramai pelanggan akan berkunjung ke restorannya. Namun, jika dia sedang bermasalah dengan Gia, masakannya akan menjadi tidak sedap. Hal itu dialami dengan Rona, jika dia sedang bersenang hati, maka masakannya akan menjadi enak dan lazat. Namun, jika dia sedang gementar, maka kesemua masakannya akan menjadi tidak enak. Apakah kesudahan kisah cinta Roni dan Gia? Berjayakah Rona menemui semula ayah kandungnya?

Pelakon sunting

  • Sharifah Amani sebagai Rona, Seorang perempuan kampung yang datang ke Kuala Lumpur selepas melarikan diri daripada bapa tiri yang cuba kahwinkan dengan pengutip hutang kemudian Rona berjumpa Roni dan Jess dalam satu insiden.
  • Bront Palarae sebagai Azroni 'Roni', Pemilik restoran makanan Perancis dan abang kepada Jess, teman lelaki Gia kemudian mencintai Rona
  • Wan Sharmila sebagai Jess, Adik kepada Azroni
  • Isma Yusoof sebagai Ben, Pengurus Gia yang kerap menghisap rokok
  • Dira Abu Zahar sebagai Gia, Teman wanita Azroni kini seorang pelakon

Pelakon pembantu

  • Shukrey Hashim sebagai Dato Jalil, Ayah Azroni, Jess
  • Amerul Affendi sebagai Amerul, Pembantu Dato Sam
  • Hairul Azreen sebagai Boy
  • Chew Kin Wah sebagai Dato Sam
  • Achong Sweetchild sebagai rakan sekerja Gia
  • Nadia Kesuma sebagai Leha, Ibu Rona,Isteri Jalil
  • Roslan Salleh sebagai Pak Jalil,Drebar teksi yang membawa Rona ke Kuala Lumpur dan ayah kandung Rona
  • Ramli Saleh sebagai Ayah Tiri Rona
  • Bob Kuman sebagai pengutip hutang

Rujukan sunting