Studio Sembang ialah siniar yang dihoskan oleh pelakon wanita Malaysia, Amelia Henderson.[1] Episod pertamanya dikeluarkan pada 20 Oktober 2022[2] dengan episod baharu dikeluarkan setiap Khamis, bersama-sama dengan versi video iringan di saluran YouTube ATHQ Media. Dalam setiap episod, Amelia menemubual tetamu undangan dengan pelbagai topik perbincangan dengan nuansa ceria dan ramah.[3][4] Sehingga Februari 2023, Studio Sembang telah meraih lebih 21,000 pengikut di YouTube.[5]

Studio Sembang
Persembahan
Dihoskan olehAmelia Henderson
Format
Bahasa
KemaskiniMingguan (Khamis)
Panjang35–155 minit
Penerbitan
Bil. episod28
Keluaran
Keluaran asal20 Oktober 2022 (2022-10-20) – kini
PenyediaATHQ Media
Laman webwww.audacy.com/podcast/studio-sembang-51c53

Penerbitan sunting

Studio Sembang diusahakan oleh Amelia bersama adiknya, Alex dengan bantuan rakan sepasukannya yang lain seperti Euwyn Tan, Kevin Tay, Benedict Tan dan Sunlee Khan. Selain itu, sebuah talian Whatsapp khas juga telah diwujudkan bagi membolehkan pendengar bertanya soalan di setiap siaran.[3]

Ditanya mengenai audio siar kendaliannya, Amelia berkata: "Saya merasakan selebriti dan peminat mempunyai jurang, jadi siniar ini saya wujudkan untuk membuatkan peminat dan rakan-rakan di dalam industri lebih akrab untuk saling mengenali".[3] Menurut beliau yang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif, Studio Sembang ialah platform untuk rakan-rakan artis berkongsi ruang dan peluang menyebarkan mesej yang positif kepada orang ramai juga kisah kehidupan dan pengalaman mereka dalam bidang yang diceburi.[6]

Kontroversi sunting

Studio Sembang menjadi subjek kontroversi dan kecaman apabila ia didakwa membuka aib tetamu undangannya dalam setiap episod yang disiarkan. Amelia dalam satu temubual bersama Kosmo! mendedahkan setiap kandungan yang dirakamkan menjalani proses suntingan bersama mereka yang terlibat termasuk artis atau tetamu jemputan.[4][6]

Tetamu jemputan siniar ini, Janna Nick menerima kecaman warganet kerana dikatakan telah memberikan pendapatnya yang agak mengguris hati orang ramai tentang isu keseimbangan kerja-kehidupan dalam salah satu episod siniar ini, "Everything Everywhere" yang disiarkan pada 30 Mac 2023. Dalam episod itu, Janna antara lain dikatakan membandingkan kejayaan dirinya dengan orang lain selain dilihat seolah-olah mempersendakan individu yang mahu mengamalkan kaedah itu. Amelia menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitternya, kemudian menjelaskan bahawa Janna tidak menggelakkan mana-mana pihak yang mahukan kaedah keseimbangan kerja-kehidupan. Menurutnya, Janna dikatakan hanya ketawa apabila teringat semula kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh dirinya untuk membolehkan pelakon itu mencapai keseimbangan tersebut.[7][8]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2022 Anugerah Podcast SYOK 2022 Favourite Independent Podcast Studio Sembang Menang [9]
[10]

Rujukan sunting

  1. ^ Ain Mahthir (3 Januari 2023). "Amelia Henderson Cerita Mengenai 'Studio Sembang', Idam Nak Jemput Neelofa, DSV Sebagai Tetamu". Syor. Dicapai pada 28 April 2023.
  2. ^ "Studio Sembang not an empty chat, Amelia wants to educate audience". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-26.
  3. ^ a b c Wafa Awla (30 Disember 2022). ""Saya Wujudkan Podcast Ini Sebab…" Banyak Komen Positif, Studio Sembang Menang Favourite Independent Podcast!". Getaran. Dicapai pada 28 April 2023.
  4. ^ a b Mohd Haikal Isa (20 Februari 2023). "Podcast buka aib orang? Ini jawapan padu Amelia Henderson". Kosmo!. Dicapai pada 28 April 2023.
  5. ^ "INI REAKSI AMELIA HENDERSON APABILA PODCAST DIDAKWA JADI MEDAN BUKA CERITA LAMA ARTIS". Hot FM. 21 Februari 2023. Dicapai pada 29 April 2023.
  6. ^ a b Nur Nabila (21 Februari 2023). "Podcast Studio Sembang Anggap 'Spill The Tea', Ini Respons Amelia Henderson". I Am Lejen. Dicapai pada 29 April 2023.
  7. ^ Farahin Fadzil (4 April 2023). "Janna Nick Dikecam Kerana Isu 'Work Life Balance', Amelia Henderson Tampil Beri Penjelasan". The Rakyat Post. Dicapai pada 29 April 2023.
  8. ^ ""She Made Us Wait For 4 Hours": Twitter User Accuses Janna Nick Of Having Diva Attitude?" (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. 6 April 2023. Dicapai pada 29 April 2023.
  9. ^ Budiey (31 Disember 2022). "Tahniah! Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Podcast SYOK 2022". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 April 2023.
  10. ^ "Best Of The Best! SYOK Honors Local Podcasters with 'Anugerah Podcast SYOK 2022'" (dalam bahasa Inggeris). SYOK. 30 Disember 2022. Dicapai pada 29 April 2023.

Pautan luar sunting