Ikon suapan RSS, yang biasanya digunakan sebagai suapan kepada podcast

Siniar [si-ni-ar, Bahasa Inggeris: podcast[1]] merupakan sejenis media digital yang mengandungi episod bersiri fail-fail komputer sama ada audio[2] (audio siar, audio podcast) atau video[2] (video siar, video podcast) yang boleh dilanggan dan dimuat turun melalui suapan sesawang. Kandungan media sebegini boleh disediakan oleh pihak tertentu baik secara berkumpulan - daripada stesen radio atau laman web sumber pembelajaran - mahupun secara individu oleh orang berkebolehan (dipanggil jurusiniar, podcaster).

PeristilahanSunting

Pengungkapan pertama mengenai konsep penyampaian ini, "podcasting" pertama kali muncul dalam sebuah karangan nukilan Ben Hammersley di akhbar The Guardian pada Februari 2004[3] gabungan kata podplayable on demand ("dimainkan atas permintaan") yang kelak digunakan Apple Computer (sekarang Apple) untuk pemain media mudah alih iPod keluaran mereka — dan broadcasting ("penyiaran").[4] Penamaan sebegitu dilihat sesentengah pihak sebagai boleh mengelirukan kerana media suapan dapat dimainkan dengan sebarang peranti umum yang dapat memainkan sebarang fail media.[5] Ada beberapa orang yang mewujudkan istilah "netcast" sebagai kata pengganti "podcast"- untuk menghindari keterkaitannya dengan nama khas gajet "iPod".[6]

Istilah "siniar" sebagai merupakan padanan pertama kepada kata asal dalam alam penutur bahasa Melayu - ia dicipta di Indonesia pada tahun 2011 melalui penyisipan imbuhan dalaman -in- ke dalam kata kerja siar oleh bahasawan Ivan Lanin[1] lalu digunakan secara tidak rasmi tapi meluas di negara tersebut. Istilah "audio siar" juga wujud digunakan sebagai padanan, namun pengunaan ini kurang lazim se-Nusantara.

Gambaran umumSunting

Penghasilan (podcasting - penyiniaran)Sunting

Siniar lazim boleh dihasilkan tanpa memakan modal atau kos yang tinggi, semudah-mudahnya memadai sahaja memakai kelengkapan berikut:

Jurusiniar yang menghasilkan kandungan diingini sering berinteraksi bersama para pendengar mereka,[8] malah ada juga yang menyumbang bersama menghasilkan kandungan siniar tersendiri.[8][9] Meskipun siniar semakin lama menjadi medium yang digemari ramai, bidang persiniaran ini tidak begitu dapat meraih pendapatan yang banyak daripada yang dijangkakan[10] sehingga ada juga yang menerima danaan orang ramai ataupun tajaan syarikat tertentu yang diselitkan dalam kandungan mereka.

Pengedaran kandunganSunting

Penerbitan dan pengedaran siniar diperhatikan berbeza berbanding penyampaian media lain – seperti pemuatturunan langsung atau penyiaran web beralir (web streaming) – untuk memperoleh fail media melalui Internet. Semua fail audio atau video yang berkaitan dengan rentetan atau siri (series) tertentu dirumahkan secara terpusat pada pelayan pengedar (distributor's server) sebagai suatu sambungan web.

Fail-fail yang terumah ini akan dicari mealui perisian khusus (podcatcher) yang bersambungan dalam talian agar sebarang kemasukan kandungan baru boleh diperiksa para pendengar atau penonton sebelum dimuat turun; tindakan ini dapat diatur agar dapat berjalan dengan sendirinya. Fail termuat turun ini disimpan secara setempat pada peranti pengguna siap untuk dimain di luar talian: ia memudahkan capaian-masuk (access) yang mudah dan senang bagi isi kandungan yang diterbitkan sekali-sekala.[11][12]

Jenis fail audio yang umum digunakan dalam media siniar mencakupi format yang popular seperti Ogg Vorbis dan MP3.[13]

Sejarah pembangunanSunting

Suatu sistem awalan yang membenarkan pemilihan, pemuatturunan automatik dan penyimpanan audio siaran bersiri pada komputer persendirian mula dilancarkan pada September 2000[14] oleh syarikat elektronik i2Go.[15] i2Go melancarkan suatu lelaman a digital perkhidmatan audio berita dan hiburan MyAudio2Go.com yang membolehkan pengguna memuat turun siaran berita, sukan, hiburan dan sebagainya dalam format audio dan memainkannya pada pemain MP3 mereka.

KegunaanSunting

Syarikat-syarikat tertentu seperti IBM dan EMC menggunakan teknologi siniar sebagai suatu saluran atau medium mengajar dan komunikasi.[16][17]

Media penerbitan lama seperti majalah (misalnya The Atlantic[18]) ataupun surat khabar (termasuk New York Times dan Berita Harian Singapura) sudah mula menggunakan siniar sebagai suatu sambungan lanjut (extension) kepada kandungan sedia ada yang telah terbit adakalanya kerana kekangan mengemaskini maklumat semasa ataupun ketidakmampuan memuatkan butiran penting dalam ruang cetakan yang terhad. Badan penyiaran seperti BBC ataupun Astro turut memanfaatkan media ini.

RujukanSunting

  1. ^ a b Ivan Lanin. "Sisipan". Dicapai pada 30 Mei 2011. ...Mungkin kita dapat menurunkan kata siniar dari siar sebagai padanan podcast...
  2. ^ a b Aman (8 Mei 2020). "Spotify Dilaporkan Menguji Podcast Berbentuk Video". Amanz. Dicapai pada 29 Mei 2020.
  3. ^ Ben Hammersley: "Audible revolution", The Guardian, 12 February 2004.
  4. ^ "Definition of podcast in English". OxfordDictionaries.com. Diarkib daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 15 November 2017.
  5. ^ "What is PodCasting?". PCReview.co.uk. 9 Jun 2005. Dicapai pada 8 Februari 2010.
  6. ^ "A Cast By Any Other Name..." TWiT.tv. 22 September 2006. Dicapai pada 8 Februari 2010.
  7. ^ How To Start A Video Podcast di YouTube
  8. ^ a b Smith, Steve (22 November 2016). "Podcasts: Can They Hear Us Now". EContent. Jil. 39 no. 8. Information Today, Inc. m/s. 9. Diarkib daripada yang asal pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 15 November 2017.
  9. ^ Heffernan, Virginia (22 Julai 2005). "The Podcast as a New Podium". The New York Times. Dicapai pada 16 November 2012.
  10. ^ Gerry Smith (22 Februari 2019). "Everybody Makes Podcasts. Can Anyone Make Them Profitable?". Bloomberg Businessweek. Bloomberg L.P. Diarkib daripada yang asal pada 22 Oktober 2019. Dicapai pada 20 Disember 2019.
  11. ^ "Podcast Production". President and Fellows of Harvard College. Dicapai pada 21 Ogos 2009. Teks ""episodes of a particular podcast"" diendahkan (bantuan)
  12. ^ "Oxford University Press | Podcast". Oup.com. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  13. ^ Gil de Zúñiga, H., Veenstra, A., Vraga, E., and Shah, D. (2010) 'Digital Democracy: Reimagining Pathways to Political Participation', Journal of Information Technology & Politics, 7: 1, 36 - 51
  14. ^ http://www.mp3newswire.net/stories/2000/ego.html
  15. ^ Credeur, Mary Jane (September 10, 2001). "2Go is gone after burning through $7 million". Atlanta Business Chronicle.
  16. ^ Gronstedt, Anders (June 2007). "Employees Get an Earful". Harvard Business Review. Dicapai pada 15 November 2017.
  17. ^ Gronstedt, Anders (3 Mei 2007). Basics of Podcasting (PDF). ASTD. ISBN 1-56286-488-2. Dicapai pada 15 November 2017.
  18. ^ "Radio Atlantic: The Atlantic's flagship podcast". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Disember 2017.