The English Room (siri TV)

The English Room merupakan sebuah rancangan yang bertemakan pendidikan di Malaysia yang bersiaran melalui Astro TVIQ. Selain itu, ia merupakan sebuah medium bagi para pelajar untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris. Rancangan ini juga dihoskan oleh pelakon yang berbakat iaitu Amelia Thripura Henderson. Astro TVIQ telah diletakkan bersama-sama dengan saluran pembelajaran seperti Astro Xiao Tai Yang dan Chutti TV. Kesemua rancangan tersebut telah diserapkan di bawah bidang kuasa Kampus Astro, iaitu sebuah jenama penyiar satelit di dalam soal pendidikan. Kampus Astro juga menerima pakai pendekatan bersepadu dalam menyediakan peluang pembelajaran melalui empat bidang utama iaitu kemahiran akademik, pengetahuan dan kehidupan, peristiwa dan projek komuniti. Perkara ini juga adalah untuk memenuhi umur dan keperluan pembelajaran yang berbeza.

The English Room
GenrePendidikan
Dibintangi oleh
Amelia Thripura Henderson
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifVimala Siva Wilkinson
Tempoh siaran30 minit
Penyiaran
Saluran asalAstro TVIQ
Format gambar4:3 (480i)
Siaran asal10 Oktober 2009 – 12 Disember 2009

Rancangan ini juga disasarkan kepada pelajar sekolah menengah rendah (Tingkatan 1, 2, 3) serta matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis. Bagi setiap episod, Amelia akan meneroka kemahiran dan rahsia untuk menulis dengan bimbingan pakar-pakar di dalam industri yang tertentu. Amelia bersama pihak yang terlibat akan keluar ke lokasi yang tertentu untuk mendapatkan maklumat. Di samping itu, rancangan ini juga menceritakan tentang format, sama ada untuk artikel berita, surat, ringkasan atau esei.[1]

Amelia Henderson mengacarakan rancangan ini.

Episod sunting

Ringkasan siri sunting

Musim Episod Tarikh siaran di Astro TVIQ
Episod pertama Episod akhir
1 10 10 Oktober 2009 12 Disember 2009

Senarai Episod sunting

Tajuk Asal Run Pelakon Rangkaian
Episod 1: ??? 10 Oktober 2009 Amelia Thripura Henderson Astro TVIQ
Episod 2: ???
Episod 3: ???
Episod 4: ???

The English Room: Let's Talk! sunting

Musim Episod Tarikh siaran di Astro TVIQ
Episod pertama Episod akhir
1 10 2010 2010

Rujukan sunting

  1. ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-03. Dicapai pada 2021-09-07 – melalui Wayback Machine.