Alvin Chong
Alvin Chong Chean Wah (Bahasa Cina: 钟瑾桦 ; pinyin: Zhōng Jǐnhuà; lahir 23 Januari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti nyanyian Astro Star Quest (ASQ). Alvin kini merupakan seorang penyanyi yang bernaung di bawah syarikat 360 milik Universal Music Malaysia.[3][4]
Alvin Chong 钟瑾桦 إيلۏين چوڠ | |
---|---|
Kelahiran | Alvin Chong Chean Wah 23 Januari 1991 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2007–kini |
Ketinggian | 177 cm (5 ka 10 in) |
Kehidupan awal Sunting
Alvin dilahirkan dan dibesarkan di George Town, Pulau Pinang. Beliau berketurunan Cina dan beragama Kristian.[5] Beliau fasih berbahasa Melayu, Hokkien, Mandarin dan Inggeris. Biarpun dibesarkan dengan Bahasa Mandarin dan Hokkien sebagai bahasa ibunda, Alvin fasih berbahasa Melayu. Namun, untuk menyertai industri hiburan tempatan dengan lebih persediaan, beliau mula memahirkan diri dengan Bahasa Melayu dan Inggeris setelah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2009.[6] Dalam satu temubual, Alvin turut mengakui persahabatannya dengan pelakon Fattah Amin banyak membantunya menguasai loghat Bahasa Melayu yang bersesuaian untuk kerjaya lakonannya atas bantuan dan dorongan teman rapatnya itu.
Kerjaya Sunting
Chong memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 2012 selepas mengambil bahagian dalam program realiti nyanyian Astro Star Quest (ASQ) dan mempunyai 10 buah lagu yang ditulis dalam bahasa Mandarin. Beliau melangkah ke layar lebar menerusi filem 3 Brothers yang ditayangkan pada tahun 2014, memegang watak sebagai Ah Por.[7]
Beliau seterusnya muncul dalam drama Dia Semanis Honey yang dibintangi oleh Siti Nordiana dan Alif Satar, ia merupakan drama Melayu pertama lakonannya. Chong paling dikenali melalui gandingannya bersama Erma Fatima dalam drama Mak Cun, memegang watak sebagai Thomas Loh.[8] Chong merakamkan single bahasa Inggeris pertamanya bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon menerusi lagu bertajuk "We Got This".[9]
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Ah Beng: Mission Impossible | Dirinya sendiri | Watak tambahan |
3 Brothers | Ah Por | ||
2015 | The Dream Boyz[10] | Wang Yi Hu | |
2016 | Huat The Fish[10] | Alvin Loh Sheng Yang | |
Mrs K | Robbers 1 | Filem Malaysia-Hong Kong | |
2020 | Good Wealth 2020 | Anak Bob | |
2022 | Seratus | Penampilan khas |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Dia Semanis Honey | Alvin | Astro Ria |
Suri Hati Mr. Pilot | Johan Chan King Wei | ||
2017 | Awak Suka Saya Tak? | Hilman Yong Abdullah / Damien Yong | |
Mak Cun | Thomas Loh Jing Xiang | TV3 | |
2019 | Dear Neighbours | Channel 8 (Singapore) | |
2020 | Tolong Sempurnakan Cerita Mami | Ku Harez Harith | Astro Ria |
Ben & Bella | Ben | TV3 | |
2021 | Takdir Yang Tertulis | Ean | |
2022 | Aku Pilih Bahagia | Dzikri Hafiy | TV1 |
She Was Pretty | Ashraff Yatim | Viu | |
Kids Nowadays | Eddy | Astro Ria | |
Kerana Cinta Itu Ada | Rayyan | TV3 | |
2023 | Journal Sara-haeyo | Han | Viu |
Cik PA Tuan Ash | Sam | TV3 |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Tangisan Kubur | Astro Citra | |
2018 | Hantu Judi |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 1) | ntv7 | Hos bersama Shuk Sahar |
Diskografi Sunting
Single Sunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2020 | "Sayangku Salmah" | |
"Girl Went Gone" | ||
"Tak Terganti" | ||
2019 | 等我回家 | |
被你宠爱 | ||
2018 | "Tajam" | |
"Mencintaimu 99%" | ||
"We Got This" | ||
2017 | "Mencintaimu" | |
"Aku Kamu" | ||
"Perfect?!" | ||
2016 | "Lagu Mu" | |
"Don't Ask Me Why" | ||
2015 | 与生俱来 |
Single Duet Sunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2022 | "Sepenuh Jiwa" | Kolaborasi bersama Yana |
2021 | "We Care" | Kolaborasi bersama Dolla, Nicole Lai, Jannine Weigel |
2020 | "#jangankeluar" | Kolaborasi bersama Artis Tempatan |
2019 | "Sayangmu Negaraku" | Kolaborasi bersama Artis Tempatan |
"Raya Nusantara" | Kolaborasi bersama Artis Tempatan | |
"Keep Flying" |
Rujukan Sunting
- ^ Tahir Alhamzah (13 Julai 2018). #Showbiz: Alvin Chong all set to flying high New Straits Times. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- ^ Izwan Mohd Isa (17 Februari 2018). "Alvin Chong mendaki tuah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-03. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (Pelatih UUM). "Alvin Chong Kini Penyanyi Bawah Universal Music" (23 November 2017). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 5 January 2018.
- ^ Kenneth Chaw. "Actor Alvin Chong's tale of hardship will bring you to tears". Star2 (4 September 2017). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-29. Dicapai pada 4 September 2017.
- ^ "Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya" (20 October 2016). Dicapai pada 5 January 2018.
- ^ "5 MINUTES WITH THE MULTI-TALENTED ALVIN CHONG". Mens Folio. 15 Mei 2017. Dicapai pada 5 January 2018.
- ^ "Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya" (11 December 2014). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05. Dicapai pada 5 January 2018.
- ^ Pui Fun (5 Julai 2018). "Meet Alvin Chong, the inspiring Malaysian artist who refused to conform to sterotypes". World of Buzz. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ "Alvin Chong records first English single with Filipino artiste Isabela Vinzon". Star2. 15 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-29. Dicapai pada 15 Julai 2018.
- ^ a b "Artiste Alvin Chong has unexpectedly piloted his way into the hearts of Malay TV audiences" (15 November 2014). Dicapai pada 5 January 2018.