'Cik PA Tuan Ash' ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Shuhaimi Lua, dibintangi oleh Dini Schatzmann, Janna Nick dan Alvin Chong. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Sakura, TV3 bermula 18 Mei 2023 menggantikan Kampung Mat Saleh. [1]

Cik PA Tuan Ash
GenreKomedi romantik
Ditulis olehZyza Backy
PengarahShuhaimi Lua
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Di Sana Di Sini"- Sissy Iman
Lagu penutup"Di Sana Di Sini"- Sissy Iman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Sakura)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal20 Julai 2023 – 27 September 2023
Kronologi
MengikutiKampung Mat Saleh
Diikuti olehDara & The Gang

Sinopsis sunting

Tuan Ash (Dini Schatzmann) seorang yang berkerjaya dan hebat dalam urusan kerjanya. Kehebatannya dalam menguruskan syarikat tidak mencerminkan kehebatannya dalam memilih calon isteri. Tuan Ash menghadapi kesukaran dalam mencari kekasih untuk dikahwininya. Sering diperli oleh rakan-rakan seumurnya, Tuan Ash bertekad untuk mencari cintanya sebelum berumur 31 tahun. Adakah Tuan Ash berjaya mencapai sasarannya seperti dia berjaya menguruskan syarikat?

Oleh kerana kerap gagal dalam usahanya untuk mengenali seseorang, Tuan Ash telah mengambil Husna (Janna Nick) sebagai pembantu peribadinya. Husna bukan sahaja membantu Tuan Ash dalam urusan kerja, malah Husna juga berperanan untuk membantunya untuk mengenali wanita - wanita yang ingin dijadikan calon isteri. Setiap tindakan Tuan Ash ketika berurusan dengan calon kekasihnya dijalankan melalui nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna.

Namun, Tuan Ash juga seorang bos yang sangat mementingkan kesempurnaan dan meletakkan kepercayaan penuh pada Husna tidak kira urusan rasmi atau peribadi. Oleh yang demikian, Husna terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga dia langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Konflik memuncak apabila Husna meletakkan jawatan sebelum Tuan Ash mencapai sasarannya untuk berkahwin. Keputusan itu dilakukan oleh Husna kerana dia terlalu sibuk dengan urusan percintaan Tuan Ash sehingga dia pula menyisihkan kekasihnya, Sam (Alvin Chong). Mampukah Tuan Ash mencari pasangan hidupnya tanpa bantuan Husna? Adakah Husna dapat mengejar cintanya kembali?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Alvin Chong sebagai Sam
  • Raja Azura sebagai Puan Diana
  • Jaafar Onn sebagai Khalid
  • Hisham Zainal sebagai Nasri
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Zarul
  • Kween Keela sebagai Jojo
  • Sharifah Husna sebagai Zetty
  • Camelia Natasya sebagai Lola
  • Dayang Areeda sebagai Elina
  • Zalfa Zin sebagai Adriana
  • Ferth Jasni sebagai Faizul
  • Ariel Izz sebagai Arman
  • Zahir Deck sebagai Ikhmal
  • Faiez Affandi sebagai Mus

Pelakon tambahan sunting

  • Sood sebagai Lelaki Misteri
  • Alynn Tencen sebagai Puan Shima
  • Adriana Bani sebagai Lily
  • Aina Adlina sebagai Pekerja Nursery
  • Linda Affendy sebagai Pekerja Dobi
  • Rezzal Rahman sebagai Encik Azly
  • Amer Hassan sebagai Johan
  • Fhairul Fizzi sebagai Eddie
  • Rolef sebagai Rasyid
  • Aishah Dad sebagai Mona
  • Saiful Arzuan sebagai Khairi
  • Rashimah Bee sebagai Mak Adrianna
  • Fadzil sebagai Ayag Adrianna
  • Hakim Azlan sebagai Kawan Sam
  • Nasir Asri sebagai Kawan Sam
  • Eyda Rahman sebagai Kawan Sam
  • Ab. Muhaimin sebagai Pelayan Restoran
  • Shawn Ooi sebagai Pembantu Jurugambar
  • Haqeem Farhan sebagai Jurugambar
  • Nur Anis Alia sebagai Staff Pejabat
  • Siti Nur Najihah sebagai Staff Pejabat
  • Syazwan Noh sebagai Staff Pejabat
  • Akmal Hafizin sebagai Staff Pejabat
  • Nur Laily Balqis sebagai Staff Pejabat
  • Dayangku Zaharah sebagai Staff Pejabat
  • Hafizah Fifie sebagai Staff Pejabat
  • Hadif Husairi sebagai Staff Pejabat
  • Nadiana Syakilla sebagai Calon Temuduga
  • Amynanie Ismail sebagai Calon Temuduga
  • Amirul Asyraf Bakri sebagai Pelanggan
  • Ainaa Amirah sebagai Pelanggan
  • Armiezawati Abdullah sebagai Pelanggan
  • Sabela Hamzah sebagai Pelanggan
  • Nasir Asri sebagai Pelanggan
  • Mohd Ashraff Ani sebagai Pelanggan
  • Suhada Baharuddin sebagai Pelanggan
  • Ainnie Ondoko sebagai Pelanggan
  • Saiful Zuhairy Sebagai Pelanggan
  • Zilhelmi Alif Kamari sebagai Pelanggan
  • Amirul Rizal sebagai Pelanggan
  • Yogesshamini Mohanan sebagai Pelanggan

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Cik Tuan PA Ash". MyInfotaip. 27 Julai 2023. Dicapai pada 6 Ogos 2023.