Sharifah Husna
Sharifah Husna Syed Faisal merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali selepas mula membintangi drama Imaan dan beberapa drama popular seperti Raisha 2, Seribu Rindu, Puteri Yang Ditukar dan Suri Katriana.[2] Beliau pernah merangkul gelaran juara dalam pertandingan Gadis Panca MyBeauty 2018 anjuran Mingguan Malaysia dimana telah membawa pulang wang tunai RM 10,000, percutian ke Balkan dan kontrak lakonan bersama A. Aida Production.[3][4][5]
Sharifah Husna | |
---|---|
Kelahiran | Sharifah Husna binti Syed Faisal 1993 (umur 27–28) |
Pendidikan | Perubatan |
Pusat pendidikan | Perdana University-Royal College of Surgeons Ireland |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2016–kini |
KerjayaSunting
Biarpun penglibatannya dalam bidang lakonan mendapat tentangan daripada ibu bapanya yang berpendapat bidang seni tiada jaminan masa depan dan mahu beliau menjadi doktor,[4] Sharifah Husna ingin buktikan kepada keluarganya yang beliau mampu berjaya dalam dunia lakonan.[4]
Kerjaya hiburan Husna bermula selepas beliau dinobatkan sebagai juara Gadis Panca MyBeauty 2018 anjuran Mingguan Malaysia, akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, sekali gus menewaskan sembilan peserta lain dalam pertandingan akhir.[6]
Kerjaya lakonan beliau bermula menerusi drama Seribu Rindu, kemudian diikuti oleh Raisha 2, yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Sejak itu, beliau banyak bergiat aktif dalam drama dan telefilem.[7]
Kehidupan peribadiSunting
Sharifah Husna dilahirkan di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau ialah graduan dalam bidang perubatan di Perdana University-Royal College of Surgeons Ireland di Serdang, Selangor.[8][9]
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Judul | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2018 | Seribu Rindu | TV3 | |
Raisha 2 | Diya | TV3 | |
2019 | Imaan | Astro Ria | |
Aku Yang Kau Tinggalkan | TV1 | ||
Puteri Yang Ditukar | Sarimah | Astro Prima | |
Suri Katriana | Myra | Astro Prima | |
2020 | Kasih Tak Terungkap | TV1 | |
Seadanya Aku | Eliza | TV3 | |
Bila Cupid Jatuh Cinta | Sarah | ||
Ryan Aralyn | Doweena |
TelefilemSunting
Tahun | Judul | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2019 | Tragedi Balik Kampung |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Nona | Dirinya sendiri | TV3 | Tetamu jemputan |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | [10] |
RujukanSunting
- ^ "Actress Sharifah Husna won't be typecast" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 24 Oktober 2020. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ "Perbezaan terkini Sharifah Husna". XTRA. 16 Januari 2019. Dicapai pada 17 Januari 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Mac 2020). "'Lakonan jiwa saya': Sharifah Husna". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2020.
- ^ a b c "Sharifah Husna lupakan 'doktor' demi seni". Berita Harian. 8 Mac 2020. Dicapai pada 10 Julai 2020 – melalui PressReader.
- ^ Nadia Azam (14 Disember 2018). "Pelajar perubatan juara Gadis Panca 2018". Malaysiakini. Dicapai pada 10 Julai 2019.
- ^ Ifqdar Rahman (15 Disember 2018). "Bakal doktor juara Gadis Panca". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 18 Disember 2018. Dicapai pada 22 Julai 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Julai 2020). ""Saya nak buktikan!"". Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2020.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (16 Disember 2018). "Bagaikan bermimpi". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 19 Disember 2018. Dicapai pada 17 Disember 2018.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (23 Disember 2018). "Dari kerana mata..." Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 26 Disember 2018. Dicapai pada 18 Januari 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (23 Oktober 2020). "Sharifah Husna elak dituduh 'jual' muka". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2020.