Sabda Kekasih ialah sebuah filem drama keagamaan Malaysia 2021 arahan Azhari Zain, dibintangi oleh pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.[1] Filem ini ditayangkan pada 24 Jun 2021 di Astro First.[2]

Sabda Kekasih
PengarahAzhari Zain
PenulisAbban Namus
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHafiz Rashid
Disunting olehSafuan Rashid
Muzik olehDaqmie
Syarikat
penerbitan
Respected Citizen Production
Tarikh tayangan
24 Jun 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
88 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Di hari pertunangan Kasih Murni telah ditinggalkan bakal suaminya, Bukhary Muslim. Bukhary Muslim, merupakan seorang pemuzik jalanan yang yang berpura-pura cacat penglihatan. Namun selepas mengenali Hayla Sufiah, gadis yang baru pulang dari pengajian di Mesir, Bukhary mula berubah menjadi lelaki yang lebih baik dengan bimbingan daripada bapanya. Di luar pengetahuan Bukhary, Hayla yang bakal dikahwininya itu rupanya adalah sepupu kepada Kasih.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Sabda Kekasih ialah produksi sulung terbitan Respected Citizen Production milik Aeril dan Wawa yang turut berkhidmat sebagai penerbit.[3] Kos pemibikinan filem ini dianggarkan mencecah hampir RM1 juta dengan penggambaran dijalankan selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan. Kru penerbitan filem ini pada mulanya mahu menjalani penggambaran di luar negara termasuk Korea dan Switzerland, namun membatalkan perancangan itu susulan pandemik COVID-19.[3]

Filem ini menjadi lakonan pertama Wawa selepas kali terakhir berlakon ialah pada 2016.[4] Ia juga ialah penampilan sulung Sharifah Husna di layar lebar selepas berjaya mencipta nama sebagai pelakon drama.[3] Lagu tema filem ini yang juga bertajuk sama telah dipersembahkan oleh Daqmie, hasil nukilan Daqmie sendiri bersama Alfa Booty manakala liriknya ditulis oleh Aeril Zafrel dan Abban Namus.[5]

Tetapan sunting

Menurut OiJom, Sabda Kekasih membuktikan barisan pelakon yang minima juga mampu menjadikan sebuah karya lebih 'menjadi’. Biarpun hanya menampilkan lima watak utama, ia menjadikan filem ini lebih ‘fokus’ tanpa perlu menampilkan lambakan watak pembantu dan sampingan.[6]

Keluaran sunting

Sabda Kekasih dikeluarkan serentak dengan Chomel pada 24 Jun 2021 di Astro First. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya berada di kedudukan teratas di carta trending Twitter dalam tempoh kurang 24 jam selepas tayangan perdana rasmi.[7]

Filem ini mendapat ulasan positif daripada pengkritik filem. Portal web Getaran berpendapat bahawa jalan cerita Sabda Kekasih pada mulanya "indah" namun 'tergantung' seketika kerana "satu babak ke satu babak itu yang adakalanya tidak bersambung dan hanya menunjukkan apa yang berlaku seterusnya".[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Deel Anjer (24 Jun 2021). "Adegan peluk, berguling-guling, "orang tahu kami suami isteri" - Aeril Zafrel". Wilayahku. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  2. ^ "Sabda Kekasih paparan kisah konflik percintaaan yang mengundang air mata". Kopiplanet. 24 Jun 2021. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  3. ^ a b c Nur Asyikin Mayudin (27 Jun 2021). "Kos hampir RM1 juta, Sabda Kekasih penuh tangisan dan emosi - "Ikut perancangan nak buat di luar negara"". mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  4. ^ Fateen Ahmad (19 Jun 2021). "5 tahun 'menghilang', Sabda Kekasih kembalikan Wawa Zainal". Rotikaya. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  5. ^ Kevin Chong (9 Oktober 2020). "Daqmie releases his new single, "Sabda Kekasih" ft. Alfa and Rumie Booty - Presenting a romantic story, while preserving morals and values of Islam" (dalam bahasa Inggeris). KR8TIF Express. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  6. ^ "Adegan berpelukan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam Sabda Kekasih undang persoalan". OiJom. 24 Jun 2021. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Jun 2021). "Catat sejarah tersendiri". Harian Metro. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  8. ^ Bella Amanda (20 Julai 2021). "Definisi cinta Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dalam Sabda Kekasih". Getaran. Dicapai pada 25 Julai 2021.

Pautan luar sunting