Buka menu utama


Firdaus (Fahrin Ahmad) mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus. Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahz Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta.

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.jpg
GenreDrama
Dibintangi oleh
Fahrin Ahmad
Tasha Shilla
Fauziah Gous
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod24 episod
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal25 September 2013
Kronologi
MengikutiSetia Hujung Nyawa
Diikuti olehSedetik Cinta

Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa Johari) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?


TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang
Sebelumnya Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Berikutnya
Setia Hujung Nyawa Sedetik Cinta

RujukanSunting