Kau Perempuan Itu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Bade Hj. Azmi, dibintangi oleh Liyana Jasmay, Ariff Aziz, Mustaqim Bahadon dan Neera Azizi. Siri ini memulakan tayangan di Slot Widuri, TV1 bermula 25 Januari 2020 menggantikan I Love You Cikgu.

Kau Perempuan Itu
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Kau Perempuan Itu karya Sri Sarah
PengarahBade Hj. Azmi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanKisah Cinta Kita - Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitA. Aida
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
A.Aida Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Januari 2020 – 15 Februari 2020
Kronologi
MengikutiI Love You Cikgu
Diikuti olehRahsia Hati

Sinopsis

sunting

Mengisahkan seorang gadis yang menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Cabaran bermula apabila lelaki yang dicintainya berkahwin dengan gadis lain.

Persahabatan Sarah dan Tina pada mulanya baik dan akrab. Namun, akhir-akhir ini dia seolah dapat merasakan hubungan mereka semakin renggang. Apa yang terjadi sebenarnya?

Telefon Sarah rosak, siapa yang buat? Siapa yang betulkan? Ari dengan berlagak dan sombongnya, kenapa? Sarah ayah Tina di hospital, terserempak dengan siapa?

Mengenali Arif Shah membuatkan hati Sarah kembali berdebar kencang selepas putus cinta dengan Ikram. Tatkala hati mula terpaut dengan kehadiran lelaki itu, hati Sarah kembali sakit apabila mendapat berita bahawa Arif Shah akan bertunang dengan Marliana.

Atas nasihat Tuan Ramlee dan Encik Sulaiman, Sarah berkahwin dengan Ari Aqashah, seorang lelaki yang sombong, bongkak dan ego. Tanpa diduga, selepas perkahwinan Sarah dengan Ari Aqashah, keluarga Sarah meninggalkannya dalam keadaan sangat menyedihkan. Dibenci suami dan ahli keluarga sendiri menjadikan Sarah keseorangan. Tidak pasti dengan perasaan sendiri dan pesanan-pesanan Arwah Encik Sulaiman menjadikan Sarah keliru apa yang harus dia lakukan.

Kehadiran Haikal mengelirukan Sarah. Siapa sebenarnya Haikal? Apakah sebenarnya hubungan Haikal dengan Sarah? Kesabaran hati seorang isteri sekali lagi diduga dengan kehadiran Tasha yang mahu menuntut cinta Ari Aqashah. Adakah masih ada ruang kemaafan dalam hati Ari Aqashah untuk bekas teman wanitanya?

Adakah sikap keras Ari Aqashah akan dibalas dengan sikap keras kepala Sarah atau sebaliknya? Bagaimanakah Sarah menangani masalah rumah tangga yang tidak habis - habis menguji kesabarannya?

Pelakon

sunting