Tiada Arah Jodoh Kita

Tiada Arah Jodoh Kita ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Aprena Manrose, Shukri Yahaya, Hafeez Mikhail, Azar Azmi dan Erwin Dawson.[1] Diadaptasi dari novel 2016 dengan tajuk yang sama karya Ezza Mysara, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 13 Februari 2018 hingga 26 Mac 2018 menggantikan Kekasih Paksa Rela.

Tiada Arah Jodoh Kita
Genre
Berdasarkan daripada
Tiada Arah Jodoh Kita
karya Ezza Mysara
Ditulis olehSyed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kau Takdirku" oleh Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Rahsia Tuhan" oleh Ippo Hafiz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifHemanathan Paul
PenerbitZafran Aziz
Fadhil Hamdan
PenyuntingHerman Shah Abd Hamid
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal13 Februari 2018 – 26 Mac 2018
Kronologi
MengikutiKekasih Paksa Rela
Diikuti olehZahir Tak Terucap

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Mengisahkan percintaan Afia Awliya dalam mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Afia Awliya bercinta dengan Fayyad Syakir. Namun Fayyad Syakir tiba-tiba meminang Afia Awliya untuk sahabatnya, Megat Wakeel yang sakit. Afia kecewa kerana Fayyad mahu menjudikan cinta mereka begitu. Namun Afia kemudiannya bersetuju untuk mengahwini Wakeel kerana sifat penyayangnya.

Pada masa yang sama, abang kepada Wakeel, Megat Aathif yang turut mengejar cinta Afia menghalang cadangan Wakeel untuk mengahwini Afia. Namun Aathif redha dengan keputusan itu. Afia mengahwini Wakeel yang menghidap kanser buah pinggang. Sejak itu, Bermulalah kehidupannya berhadapan dengan Aathif yang tidak dapat menerima Afia sebagai adik iparnya. Namun, ketelusan yang ditonjolkan Afia berjaya membuktikan mereka bahagia.

Pemergian Wakeel menyebabkan Afia mengalami kemurungan. Dia kini berhadapan dengan Fayyad yang kembali menagih cintanya. Namun Afia memilih untuk berkahwin dengan Aathif, abang Wakeel yang sememangnya menaruh perasaan pada Afia sejak mula. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain. Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3) My Infotaip (11 Februari 2018). Dicapai pada 28 Februari 2018.
  2. ^ Tiada Arah Jodoh Kita (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Khamis , 6:58 petang
Sebelumnya Tiada Arah Jodoh Kita Berikutnya
Kekasih Paksa Rela Zahir Tak Terucap