Bandar raya Cape Town (Afrikaans: Kaapstad, ˈkɑːpstat; bahasa Xhosa: iKapa) ialah salah satu ibu-ibu kota Afrika Selatan yang terletak di dalam wilayah Cape Barat, 60 km barat-daya dari Pretoria. Ia merupakan ibu negara perundangan di Afrika Selatan, serta ibu negeri wilayah Cape Barat dan mempunyai kepadatan pendudukan terbesar di negara ini. Antara tempat pelancongannya yang terkenal ialah Table Mountain suatu pergunungan yang rata di bahagian atasnya seperti sebuah meja yang besar. Selain itu, tempat ini masyhur kerana penjaranya di Pulau Robben yang telah menjadi penjara tahanan politik seperti Nelson Mandela.

Cape Town
Kaapstad, iKapa
Pemandangan pelabuhan di Cape Town
Pemandangan pelabuhan di Cape Town
Cogan kata: Spes Bona
Latin: Harapan yang Baik
Lokasi Cape Town di Negeri Cape Barat
Lokasi Cape Town di Negeri Cape Barat
NegaraAfrika SelatanAfrika Selatan
NegeriCape Barat
Penubuhan1652
Kerajaan
 • Datuk BandarDan Plato
Penduduk
 (2019)
 • Jumlah3,433,441
Zon waktuUTC+2 (SAST)
Postal code
8000
Kod kawasan+27 (0)21
Min waktu suriaUTC+06:46:48
Laman sesawanghttp://www.capetown.gov.za/

Geografi sunting

Cape Town terletak di kawasan barat daya Afrika Selatan, iaitu di tepi Table Bay, Lautan Atlantik. Berdekatan Table Bay ialah Table Mountain (Tafelberg), suatu gunung berpuncak rata berketinggian 1,084.6 meter dari paras laut, dan lazim menjadi tarikan pelancongan. Pusat bandar Cape Town terletak di kawasan utara Semenanjung Cape yang meruncing ke arah selatan dan berakhir dengan Tanjung Harapan.

Taraf biokepelbagaian kawasan Cape Town adalah pada tahap-tahap tertinggi dunia sesama kawasan-kawasan lain seluasnya.[1] Sesetengah spesies tumbuhan di Table Mountain adalah endemik, dan oleh itu, tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain secara global. Cape Town memiliki sebuah kawasan lindungan alam, Kawasan Flora Cape yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia.[2]

Cape Town memiliki iklim Meditterranean lembap (Csb mengikut pengelasan iklim Köppen),[3][4] dengan musim panas kering dan hangat, dan musim sejuk ringan dan berlembapan sederhana. Secara purata, Cape Town menerima 3,100 jam cahaya matahari setahun.[5]

Pentadbiran sunting

Sistem perundangan Cape Town adalah berdasarkan sistem majlis dengan 231 buah kerusi. 116 kerusi diisi oleh calon dipilih rakyat daripada setiap wad (pembahagian pentadbiran berdasarkan majlis perundangan). Kerusi-kerusi selebihnya diisi oleh ahli parti-parti politik berdasarkan jumlah undian yang diperoleh sesebuah parti.[6][7]

Hubungan antarabangsa sunting

Cape Town memiliki 18 buah bandar kembar secara rasmi seperti di bawah:[8]

Demografi sunting

Berdasarkan bancia rasmi negara pada 2011, jumlah penduduk rasmi kawasan metropolitan Cape Town ialah 3,740,026 orang yang menghuni dalam 1,068,573 buah isi rumah.[9] Bahasa Afrikaans dituturi oleh 35.7% penduduk, diikuti dengan Xhosa (29.8%) dan Inggeris (24.8%).[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Brochures, booklets and posters". Capetown.gov.za. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2012. Dicapai pada 1 Oktober 2011.
  2. ^ A.G. Rebelo, C. Boucher, N. Helme, L. Mucina, M.C. Rutherford et al. 2006. Fynbos Biome, in: L. Mucina & M.C. Rutherford (eds). The Vegetation of South Africa, Lesotho and Swaziland.
  3. ^ Robinson, Peter J.; Henderson-Sellers, Ann (1999). Contemporary Climatology. Harlow: Pearson Education Limited. m/s. 123. ISBN 9780582276314.
  4. ^ Rohli, Robert V.; Vega, Anthony J. (2011). Climatology. Sudbury, MA: Jones & Bartlett Learning. m/s. 250. ISBN 9781449649548. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2016. Dicapai pada 27 Januari 2016.
  5. ^ "Cape Town/DF Malan Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada April 8, 2013.
  6. ^ Piombo, J. (2009-08-03). Institutions, Ethnicity, and Political Mobilization in South Africa (dalam bahasa Inggeris). Springer. ISBN 978-0-230-62382-8.
  7. ^ Anciano, Fiona; Piper, Laurence (2018-10-03). Democracy Disconnected: Participation and Governance in a City of the South (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-0-429-79429-2.
  8. ^ "Sister cities partnership agreements" (dalam bahasa Inggeris). City of Cape Town. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  9. ^ "City of Cape Town – 2011 Census – Cape Town" (PDF). City of Cape Town. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 23 Julai 2014.
  10. ^ Census 2011 Municipal report: Western Cape (PDF). Statistics South Africa. 2012. ISBN 978-0-621-41459-2. Dicapai pada 30 November 2016.[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting