Datin Ghairah merupakan sebuah filem bergenre komedi romantik yang mula ditayangkan di pawagam pada 8 Disember 2011. Filem arahan Sabree Fadzil ini menampilkan Aaron Aziz, Maria Farida, dan Faizal Hussein sebagai pelakon utama filem ini.Aaron Aziz melakonkan dua watak dalam filem ini.

Datin Ghairah
Poster promosi Datin Ghairah
PengarahSabree Fadzil
PenulisSabree Fadzil
Lakon layarSabree Fadzil
Dihasilkan olehZalina binti Mohd Zain
DibintangiAaron Aziz
Maria Farida
Faizal Hussein
Yank Kassim
Hairie Othman
Disunting olehMohd Nazim B. Md Shah
Syarikat
penerbitan
De Baron Production
Tarikh tayangan
  • 8 Disember 2011 (2011-12-08) (Malaysia)
Negara Malaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.20 juta[1]
Pecah panggungRM 0.35 juta

Datin Ghairieyah atau lebih dikenali sebagai Datin Ghairah adalah balu kepada arwah Dato' Mahfuz seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. Emelia dan Emelda adalah hasil perkongsian hidupnya selama hamper 20 tahun bersama Dato' Mahfuz. Walaupun hidup dalam serba kemewahan, mereka berdua amat lemah dalam pelajarannya terutamanya mata pelajaran matematik,ini membuatkan Datin Ghairieyah mengarahkan setiausaha kerjanya Melissa mencari seorang guru yang boleh mengajar mata pelajaran matematik melalui internet dan iklan dalam akbar tempatan.

Selama hampir dua tahun status janda yang disandang oleh Datin Ghairieyah sedikit pun tidak melemahkan dirinya untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya Dato Mahfuz,dia semakin ghairah untuk memperluaskan empayer perniagaan dengan bantuan Kepten (B) Loqman seorang bekas pegawai TLDM yang berpengalaman serta mendapat sokongan daripada Cik Melisa sebagai setiausaha kerjanya,Encik Faizal dan Encik Hairie penyelia di syarikatnya.Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan anak-anaknya bertambah terjamin dengan adanya seorang pegawal peribadi yang bernama Badri atau lebih dikenali sebagai Bob. Sufian seorang ahli perniagaan,dia juga merupakan rakan karib arwah Dato' Mahfuz. Sufian sedaya upaya cuba untuk memikat Datin Ghairieyah demi kepentingan perniagaannya.

Akhirnya hubungan antara Datin Ghairieyah dengan Sufian semakin intim. Perbuatan dan sikap sufian yang licik tidak sedikit pun menimbulkan curiga dihati Datin Ghairieyah walaupun hakikatnya Kepten (B) Loqman mula rasa curiga,dia cuba untuk menasihati Datin Ghairieyah supaya berwaspada tetapi nasihat dan pandangannya tidak diambil peduli oleh Datin Ghairieyah. Derus Lee terbaca satu iklan mencari guru matematik untuk mengajar anak-anak Datin Ghairieyah yang menjanjikan habuan yang sungguh lumayan. Derus Lee segera pulang kerumah memberitahu kepada rakan serumahnya Zack yang masih menganggur. Derus Lee agak terkilan kerana Zack menolak cadangannya itu dengan alasan ia tidak akan di terima kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dipinta.

 
Datin Ghairieyah (Maria Farida) dan Cikgu Zakaria (Aaron Aziz) sedang menari

Derus Lee mencadangkan supaya Zack menyamar sebagai lelaki berumur supaya diterima oleh Datin Ghairieyah dan akhirnya Zack bersetuju. Dalam Perjalanan ke rumah Datin Ghairieyah di Pulau Langkawi, Zack dan Derus Lee telah cuba menyelamatkan Datin Ghairieyah dari diculik dari kumpulan H1N1. Datin Ghairieyah agak terpegun apabila menatap wajah Zack yang saling tak tumpah seperti arwah suaminya, Dato' Mahfuz. Datin Ghairieyah mememperkenalkan dirinya, Derus Lee segera mengeluarkan keratan iklan dan memperkenalkan Zack sebagai guru matematik yang dicari oleh Datin. Datin rasa terhutang budi, Zack diterima sebagai guru matematik. Kehadiran Zack yang menyamar sebagai lelaki berumur membuatkan datin sering teringatkan arwah suaminya,dia mula tertarik pada Zack. Pada masa yang sama,Emelia juga ada menyimpan perasaan pada Zack kerana ketampanan wajah Zack yang asal.Hubungan antara Datin dan Sufian mula renggang, Datin kini lebih menumpukan perhatian terhadap Zack. Ini membuatkan Sufian berasa rancangannya untuk membolot harta dan perniagaan Datin tidak kesampaian.

Dia mula merancang untuk menculik Datin.Dalam satu majlis hari jadi Emelia, Datin Ghairieyah telah diculik oleh konco-konco H1N1 yang diketuai oleh Sufian. Sufian meminta wang tebusan sejumlah US100 juta kepada Kepten (B) Loqman bagi membebaskan Datin Ghairieyah. Zack, Derus Lee dan pasukan Polis Diraja Malaysia telah berjaya membebaskan Datin Ghairieyah. Sufian dan konco-konconya dapat diberkas. Akhirnya Zack terpaksa menjelaskan kedudukannya bahawa dia adalah seorang pegawai polis cawangan siasatan jenayah INTERPOL yang sedang memburu Sufian yang mengetuai sindiket yang mengedar dadah dan senjata api yang terkenal di asia. Sufian gagal mempengaruhi Dato' Mahfuz kira-kira dua tahun lalu dan Sufian merancang untuk membunuh Dato' Mahfuz dengan meletupkan bot mewah, ini membuatkan pihak polis tidak mengesyaki dia membunuh Dato' Mahfuz. Sufian mula mensasarkan Datin sebagai batu loncatannya.

Dia mula memperdaya Faizal dan Hairie bagi memenuhi cita-citanya,ternyata tindakannya berhasil. Zack memberitahu Datin,dia sangat berterima kasih kepada seseorang yang telah memberikan segala maklumat tentang kegiatan Sufian. Orang tersebut adalah Dato' Mahfuz lalu Zack menunjukkan arah seorang lelaki yang sedang berdiri dan itulah Dato' Mahfuz yang masih lagi hidup. Datin amat terkejut,dia segera berlari dan memeluk suaminya tersayang. Akhirnya Datin Ghairieyah sangat-sangat terhutang nyawa dan budi kepada Zack yang telah menyelamatkan diri dan keluarganya dari terjebak di dalam sindiket penyeludupan. Dia dan anaknya Emelia terpaksa akur dengan apa yang telah berlaku walaupun hati mereka terlalu sayang kepada Zack namun terpaksa juga merelakan pemergian Zack menjalankan tugasnya demi negara Malaysia tercinta.

Pelakon

sunting

Maklum Balas

sunting

Kutipan

sunting

Filem ini mendapat kutipan sebanyak RM 0.36 juta.

Ulasan

sunting

Kakiwayang.com memberikan 2/5 bintang untuk filem ini. Menurutnya, filem ini terlalu banyak perkara yang remeh yang diselitkan dalam filem ini. Penonjolan watak utama filem ini, Mari Farida, sebagai Datin Ghairieyah, dilihat berjaya, apabila berjaya membuatkan penonton tertarik dengan filem ini. Ada sesetengah babak dilihat sengaja dipanjang-panjangkan. Watak polis cawangan khas dibawa oleh Aaron Aziz dan Joey Exist dilihat baik. Lagu tema filem ini, Wanita Seluruh Dunia dendangan Projek Pistol diliohat bersesuaian dengan filem ini dan berjaya menenangkan penonton[2].

Rujukan

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting