Chandelier (drama)

Chandelier ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2020 arahan Micheal Ang. Dibintangi oleh Ben Amir, dan Mimi Lana. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 10 Februari 2020 menggantikan Tolong Sempurnakan Cerita Mami.[1][2]

Chandelier
GenreRomantik
Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Chandelier karya Acik Lana
PenciptaAcik Lana
Ditulis olehBikash Nur Idris
Dayang Kartinah Said
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Mimi Lana
Ben Amir
Lagu pembukaanTanpa Mu - Dinie & Khai
Lagu penutupTanpa Mu - Dinie & Khai
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifFrancis Foo
Leng Lai
PenerbitMichael Ang
PenyuntingPaul Lee
Lan Bongkek
Hamidon Sulaiman
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal10 Februari 2020 – 19 Mac 2020
Kronologi
MengikutiTolong Sempurnakan Cerita Mami
Diikuti olehDegup Cinta

Sinopsis sunting

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Kiesha diserang sehingga berlakunya kecacatan dimukanya. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, ujian dan dugaan hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. Kaef disaman dalam perniagaannya dan Keisha meminta pertolongan dari Tan Sri Emran. Syarat memaksa dirinya meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Tan Sri Emran.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Runut bunyi sunting

  • Kekasih Hati -Muhammad Faizul
  • Niat - Affan
  • Rahsia - Luqman & Dayang
  • Tanpa Mu - Dinie & Khai
  • Ruang Mimpi - Neeta Manishaa
  • Luka Dan Bahagia - Han-byul
  • Sulit - Aman Aziz

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Chandelier (Astro Ria) My Info Taip. Dicapai pada 13 Februari 2020.
  2. ^ Mustazah GP (10 Februari 2020). Info drama Chandelier Iluminasi. Dicapai pada 13 Februari 2020.
  3. ^ Kamaruddin Razal (11 Februari 2020). "Episod Pertama Berjaya Bawa Masuk Ben Amir Ke Dalam Mimpiku" - Demam Drama Chandelier Bermula, Netizen Beri Respon Positif Astro Gempak. Dicapai pada 13 Februari 2020.
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam
Sebelumnya Chandelier Berikutnya
Tolong Sempurnakan Cerita Mami Degup Cinta