Degup Cinta
Degup Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan bersama Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida Mohd Radzali, dibintangi oleh Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evans dan Mathni Razak. siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 27 April 2020 menggantikan Chandelier. [1]
Degup Cinta | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Dendam Konflik |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Drama Turki Ruzgarin Kalbi |
Ditulis oleh | Maizura Mohd Ederis |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Syarikat penerbitan | Threeline Media |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 27 April 2020 – 23 Jun 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Chandelier |
Diikuti oleh | Pelindung Seorang Puteri |
Rancangan berkaitan | Ruzgarin Kalbi (2016) |
Ini merupakan projek TV kedua yang dijayakan bersama oleh Josiah Hogan dan Juliana Evans sejak Mimpi Sabrina (2019).
Premis
suntingPertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal bersama gadis lain. Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana.
Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal. Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Josiah Hogan[2] sebagai Reza
- Shiqin Kamal[3] sebagai Zahlia
- Mathni Razak sebagai Haikal
- Juliana Evans sebagai Jasmin
Pelakon pembantu
sunting- Zarynn Min sebagai Ana
- Zalif Sidek sebagai Amran
- Shuhanty Hanafiah sebagai Amira
- Faez Nick sebagai Chef Umar
- Hanif Safuan sebagai Firdaus
- Sahronizam Noor sebagai Kamal (Paksu)
- Laila Nasir sebagai Mariani
- Cinta Deline sebagai Ayu
Penerbitan
suntingIdea untuk Degup Cinta mula dicetuskan oleh Astro pada pertengahan 2018.[4] Menurut Pengarah Eksekutif 3 Line Media, Harris Ahmad Shah, idea untuk membawa produk tempatan ke pasaran antarabangsa menjadi kenyataan selepas projek ini mendapat kerjasama daripada FOX Turki.[4] Dalam temuramah bersama Astro Gempak, beliau berkata: "Kita membeli format dari sana untuk drama bersiri, Ruzgarin Kalbi sebanyak RM100,000 sebelum menghasilkan versi tempatan. Mereka bagi skrip drama asal tersebut. Terpulang pada kita sama ada mahu olah balik atau nak ikut bulat-bulat. Sepatutnya, penerbitan drama ini mengikut standard antarabangsa daripada FOX tapi mereka faham dengan bajet yang kita buat,".[4] Degup Cinta turut mendapat bantuan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menerusi Geran Produksi.[4]
Rujukan
sunting- ^ "Drama Degup Cinta (Astro Ria)". My Infotaip. 27 April 2020. Dicapai pada 27 Mei 2020.
- ^ Georgie Joseph (14 Mei 2020). "Intai tahap 'luar biasa'". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mei 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 Mei 2020). "Teringin watak aksi". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mei 2020.
- ^ a b c d Elrafaei Sapi (13 Julai 2018). "Degup Cinta cipta sejarah bakal dipertontonkan di Turki dan Timur Tengah". Astro Gempak. Dicapai pada 27 Mei 2020.
Penala Luar
suntingAstro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Degup Cinta | Berikutnya |
Chandelier | Pelindung Seorang Puteri |