Fedi Nuril

Pelakon lelaki Indonesia

Fedrian Nuril, juga dikenali sebagai Fedi Nuril (lahir 1 Julai 1982) ialah seorang peragawan, pemuzik dan pelakon Indonesia dan ahli kumpulan Garasi. Beliau dikenali sejak membintangi filem Garasi (2006) yang dibintangi oleh kumpulannya dan sebagai Fahri dalam filem adaptasi novel Ayat-Ayat Cinta (2008).

Fedi Nuril
Kelahiran
Fedrian Nuril

(1982-07-01) 1 Julai 1982 (umur 41)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, Peragawan, Pemuzik
PasanganCalysta Vanny Widyasasti (berkahwin 2016)
Kerjaya muzik
GenreRock alternatif
InstrumenKeyboard, Gitar
Syarikat rakaman
Trinity Optima Production
Pengkarya berkait
Garasi

Biografi sunting

Fedi Nuril memulakan kerjayanya sebagai model. Selain menjadi model catwalk, Fedi Nuril juga sering tampil sebagai penghias halaman depan majalah atau bintang iklan. Merupakan lulusan D3 dalam bidang Perakaunan di Universiti Indonesia, beliau kemudian mendapat tawaran dari Rudi Soedjarwo untuk membintangi filem Mengejar Matahari (2004). Setelah itu, Fedi Nuril seringkali beraksi untuk layar lebar, seperti Apa Artinya Cinta? (2005) dan Janji Joni (2005). Hingga pada 2006, Mira Lesmana menawarkannya membintangi filem Garasi (2006) bersama Ayu Ratna dan Aries Budiman. Dalam filem itu, mereka bertiga diceritakan sebagai anggota kumpulan Garasi. Meskipun filem ini sudah tamat tayangannya di pawagam, Garasi tetap berdiri teguh.[1]

Nama Fedi Nuril kembali menjadi bualan pada 2007, ketika Hanung Bramantyo mengarahkan filem adaptasi novel karya Habiburrahman El Shirazy, Ayat-Ayat Cinta. Pemilihan beliau sebagai Fahri mengundang kontroversi di kalangan pembaca fanatik novel asal kerana filem terdahulu, Fedi Nuril menampilkan beliau bercium dengan perempuan bukan muhrim.[2][3]

Beliau berkahwin pada Januari 2016 dengan pasangannya Vanny Widyasasti setelah melalui proses Taaruf sejak April 2014.[4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Sebagai pelakon sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Mengejar Matahari Nino
2005 Janji Joni Jeffrey
Inikah Rasanya Cinta? Ryan
2006 Garasi Aga
2007 Tentang Cinta Ray
2008 Ayat-Ayat Cinta Fahri bin Abdillah
2009 Perempuan Berkalung Sorban Fahri
2010 Menebus Impian Dian
Aku atau Dia? Rama
2011 Get Married 3 Rendy
2012 5 cm Genta
2013 Moga Bunda Disayang Allah Karang
2014 Supernova: Ksatria, Putri, & Bintang Jatuh Arwin
2015 Doea Tanda Cinta Bagus
Surga yang Tak Dirindukan Prasetya
Ayah Menyayangi Tanpa Akhir Juna
2016 Shy Shy Cat Otoy
Barakati Abdul Manan
2017 Surga yang Tak Dirindukan 2 Prasetya
The Guys Karyawan ganteng
Ayat-Ayat Cinta 2 Fahri bin Abdillah
2018 DOA (Doyok-Otoy-Ali Oncom): Cari Jodoh Doyok
2019 Mendadak Kaya
2021 Surga yang Tak Dirindukan 3 Prasetya
2022 Satria Dewa: Gatotkaca Aswatama
48 Jam untuk Indah Jono
2023 Air Mata di Ujung Sajadah Arif
Rumah Masa Depan Sukri
Kapan Hamil? Alan

Diskografi sunting

Bersama Garasi

  • Ost. Garasi (2006)
  • Garasi 2 (2008)
  • Kembali (2011)

Iklan sunting

  • Citra
  • Gudang Garam Merah
  • Espresso
  • Surga 12 Premium
  • Carvill
  • Mentar

Rujukan sunting

  1. ^ Garasi Band, Debut Pertama di Film Sekaligus Musik, KapanLagi.com, diakses 2 Februari 2008
  2. ^ KISAH DIBALIK FILM AYAT-AYAT CINTA.....!!!!, diakses 28 Februari 2008
  3. ^ Fedi Nuril Ciuman Jomblo, diakses 28 Februari 2008
  4. ^ "Kisah Cinta Ta`aruf Fedi Nuril dan Vanny". dream.co.id. 17 Januari 2017. Dicapai pada 22 Januari 2017.

Pautan luar sunting