Gemilang (lagu Jaclyn Victor)

"Gemilang" ialah tajuk single pertama yang dirakam oleh Jaclyn Victor setelah menjuarai musim pertama Malaysian Idol pada tahun 2004.

"Gemilang"
Single oleh Jaclyn Victor
daripada album Gemilang
Dilancarkan pada2004
PenulisAubrey Suwito, Azmin Mudin
Kronologi single Jaclyn Victor
""In a Dream"
(2002)"
"Gemilang" ""Di Bawah Pohon Asmara"
(2005)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada malam persembahan Grand Finalé Malaysian Idol, lagu gubahan Aubrey Suwito dan lirik oleh Azmin Mudin ini diperkenalkan dan diduga oleh kedua-dua orang finalis yang berentap, dimulakan dengan Dina Nadzir diikuti Jac. Oleh sebab Jac memenangi Malaysian Idol maka beliaulah yang berpeluang merakamkan lagu ini dalam album sulung beliau di bawah naungan Sony BMG, yang juga bertajuk Gemilang. Lagu ini dikatakan amat sinonim dengan Jac, kerana beliau sering membawakan lagu ini di pentas acara dan pertandingan lain, seperti Shanghai Asia Music Festival Ke-8 (2005), Ikon Malaysia, Ikon ASEAN dan Asian Idol pada pertengahan dekad 2000-an.

Pada tahun 2006, lagu Gemilang dinobatkan sebagai "Juara Lagu" yang ke-20 sepanjang sejarah pertandingan lagu tahunan anjuran TV3 itu. Pada tahun yang sama, meraih anugerah "Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu" di Anugerah Industri Muzik ke-13, di samping album berkenaan dinobatkan sebagai "Album Terbaik" dan "Album Pop Terbaik" pada malam anugerah yang sama.

Kedudukan carta sunting

Carta Tertinggi
Xfresh 10 #1 (2005)
Carta Era #2 (2005)
Muzik Muzik TV3 #1 (2005)

Anugerah dan pencapaian sunting