Sukan Malaysia 2013–2014

(Dilencongkan dari Sukan Malaysia 2014)

Dari tahun 2011 hingga tahun 2014, Sukan Malaysia telah diadakan setiap tahun dengan Majlis Sukan Negara menganjurkan temasya sukan setiap tahun ganjil di Kuala Lumpur, sementara negeri menganjurkan temasya sukan setiap tahun genap. Sukan Malaysia tahun ganjil menampilkan acara sukan pilihan sahaja sementara Sukan Malaysia tahun genap menampilkan acara sukan teras sahaja.

Sukan Malaysia ke-16
Bandar tuan rumahKuala Lumpur
Penyertaan pasukan14
Penyertaan atlet3618
Acara130 dalam 18 sukan
Upacara pembukaan28hb Jun
Upacara penutupan7hb Julai
Pembukaan dirasmikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Penutupan dirasmikan olehKhairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Stadium utamaStadium Nasional Bukit Jalil
Laman sesawangSukan Malaysia 2013
Sukan Malaysia ke-17
Sukma 2014.jpeg
Bandar tuan rumahPerlis
Cogan kataSeiring Menuju Kecemerlangan
Penyertaan pasukan15
Penyertaan atlet7815
Acara389 dalam 24 sukan
Upacara pembukaan26hb Mei
Upacara penutupan4hb Jun
Pembukaan dirasmikan olehSyed Putra
Raja Perlis
Penutupan dirasmikan olehNajib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Stadium utamaStadium Tuanku Syed Putra
Laman sesawangSukan Malaysia 2014

Sukan Malaysia 2013 atau ringkasnya Sukan Malaysia ke-16 adalah sebuah temasya sukan kebangsaan yang diadakan dari 28 Jun hingga 7 Julai 2013 dan menampilkan 130 acara dalam 18 sukan teras, manakala Sukan Malaysia 2014 atau ringkasnya Sukan Malaysia ke-17 adalah sebuah temasya sukan kebangsaan yang diadakan di Perlis dari 24 Mei hingga 4 Jun 2014 dan menampilkan 389 acara dalam 24 sukan teras.[1][2][3]

Pada 25hb Februari 2015, menteri sukan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa temasya Sukan Malaysia tahun ganjil telah dibatalkan kerana agenda sukan negeri yang padat dan kos tinggi majlis sukan negeri untuk membiayai Kontinjen Sukan Malaysia setiap tahun.[4][5]


Pembangunan dan persiapanSunting

TempatSunting

Sukan Malaysia ke-17 mempunyai 16 tempat, manakala Sukan Malaysia ke-16 mempunyai 11 tempat, 5 di Kuala Lumpur dan 6 di Selangor.[6]

Sukan Malaysia ke-17
Negeri Tempat Pertandingan Sukan
Perlis
Sungai Batu Pahat Menembak
Kompleks Sukan Perlis Aquatik, Badminton, Skuasy, Tennis, tinju, Wushu, Pencak Silat
Dewan 2020 Sepak Takraw
Dataran Kayangan Tenpin Bowling
IKBN Kuala Perlis Angkat Berat
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Memanah, ginastik
Kolej Matrikulasi Perlis Karate, Taekwando
Tasik Timah Tasoh Kanu, Perahu kayar
Sungai Batu Pahat Basikal (BMX), Golf
Kompleks Sukan Perlis Boling, Hoki, Olahraga, Petanque, Bola Sepak
SMK Kuala Perlis Hoki
Felda Chuping Basikal (Jalan Raya)
Pauh Basikal (bukit)
Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Bola Sepak
UiTM Perlis Bola Sepak
Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun Basikal
Sukan Malaysia ke-16[7]
Negeri Tempat pertandingan Sukan
Kuala Lumpur Plaza South City, Seri Kembangan Bina badan, Muay Thai
Kompleks Sukan Negara Bola baling, Bola tampar, Kabaddi, Lawan pedang, Polo air, Silambam
OCM Arena Sukan Dalam Dewan, Jalan Hang Jebat Judo, Ping pong
Kompleks Sukan Bukit Kiara Bola jaring
Stadium Bola Keranjang MABA Bola Keranjang
Selangor Dewan Bola Tampar MBSA Bola tempar
Selangor Turf Club Ekuestrian, Kriket
Gelanggang MDKL Pantai Morib Bola sepak pantai
Kinara Oval Kriket
Universiti Putra Malaysia Ragbi, Sofbol
Kompleks Sukan Matsushita Futsal

[8][9]

Negeri pesertaSunting

SukanSunting

Sukan Malaysia 2013
2014 Sukma Games

PemasaranSunting

Sunting

Logo Sukan Malaysia 2014 ialah sebuah imej singa yang mengandungi empat warna iaitu kuning, biru, merah dan putih. Kuning Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Biru Membawa makna keharmonian dan perpaduan dalam sukan. Merah Memaparkan semangat juang dan kegigihan serta keberanian menghadapi pelbagai cabaran, manakala Putih Membawa makna keluhuran dan suci jiwa serta ikhlas.

MaskotSunting

Maskot rasmi Sukan Malaysia 2014 ialah seekor singa yang bernama "Singa Utara". Walaupun singa tidak pernah wujud di Malaysia, namun singa diangkat sebagai ikon dan identiti Negeri Perlis. Pengambilannya sebagai maskot temasya adalah untuk melambangkan rakyat Perlis sendiri yang memiliki sifat dan jiwa seperti singa iaitu berani, pantas, cekap, suka hidup berkawan, pintar dan penyayang. Sementara itu, maskot Sukan Malaysia 2013 ialah seekor harimau yang bernama Harimau Muda, yang juga merupakan maskot Sukan Malaysia 2011.[10]

LaguSunting

Lagu tema Sukan Malaysia 2014 ialah 'Seiring Menuju Kecemerlangan'.

Temasya sukanSunting

Jadual pingatSunting

Petunjuk

  *   Tuan rumah (Wilayah Persekutuan)

Jadual pingat Sukan Malaysia 2013
Ked. Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Selangor (SEL) 23 17 30 70
2   Terengganu (TER) 19 13 13 45
3   Wilayah Persekutuan (WIL)* 15 20 27 62
4   Johor (JOH) 12 8 25 45
5   Negeri Sembilan (NSE) 11 13 15 39
6   Kedah (KED) 10 5 16 31
7   Pulau Pinang (PEN) 8 19 21 48
8   Pahang (PAH) 8 5 6 19
9   Perak (PRK) 6 5 13 24
10   Kelantan (KEL) 6 2 3 11
11   Sarawak (SAR) 4 9 5 18
12   Sabah (SAB) 4 6 8 18
13   Melaka (MEL) 4 5 8 17
14   Perlis (PER) 0 3 4 7
Jumlah (14 Negeri) 130 130 194 454
Sukan Malaysia 2014
Petunjuk

  *   Tuan rumah (Perlis)

Jadual pingat Sukan Malaysia 2014
 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Wilayah Persekutuan (WIL) 55 38 49 142
2   Terengganu (TER) 51 55 31 137
3   Sarawak (SAR) 48 32 35 115
4   Selangor (SEL) 36 49 71 156
5   Pahang (PAH) 33 27 33 93
6   Perak (PRK) 24 24 36 84
7   Pulau Pinang (PEN) 24 21 30 75
8   Johor (SEL) 23 32 40 95
9   Sabah (SAB) 21 31 44 96
10   Negeri Sembilan (NSE) 18 26 24 68
11   Melaka (MEL) 16 12 17 45
12   Kedah (KED) 15 17 23 55
13   Kelantan (KEL) 12 14 6 32
14   Perlis (PER)* 12 10 30 52
15   Brunei (BRU) 1 0 0 1
Jumlah (15 Negeri) 389 388 469 1246
Bergabung
Petunjuk

  *   Tuan rumah (Wilayah Persekutuan dan Perlis)

 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Terengganu (TER) 70 68 44 182
2   Wilayah Persekutuan (WIL)* 70 58 76 204
3   Selangor (SEL) 59 66 101 226
4   Sarawak (SAR) 52 41 40 133
5   Pahang (PAH) 41 32 39 112
6   Johor (JOH) 35 40 65 140
7   Pulau Pinang (PEN) 32 40 51 123
8   Perak (PRK) 30 29 49 108
9   Negeri Sembilan (NSE) 29 39 39 107
10   Sabah (SAB) 25 37 52 114
11   Kedah (KED) 25 22 39 86
12   Melaka (MEL) 20 17 25 62
13   Kelantan (KEL) 18 16 9 43
14   Perlis (PER)* 12 13 34 59
15   Brunei (BRU) 1 0 0 1
Jumlah (15 Negeri) 519 518 663 1700

Keprihatinan dan KontroversiSunting

  • Pada 29hb Mei 2014, baru sahaja beberapa acara akuatik dilangsungkan sempena Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 Perlis, bumbung di pusat akuatik itu terkoyak. Sebelum ini pusat akuatik berkenaan mengundang kontroversi kerana ia lambat disiapkan sehingga ia menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah turun padang melihat sendiri pusat berkenaan bagi melihat masalah-masalah yang dihadapi untuk menyiapkannya. Bumbung kanvas tersebut diturunkan sebelum acara renang diteruskan.[11]
  • Dalam acara tenpin bowling, Semua kontinjen sudah dimaklumkan sejak awal mengenai kekurangan kemudahan infrastruktur yang baik. Sejak awal lagi semua kontinjen telah dimaklumkan bahawa pusat boling hanya mempunyai 24 lorong sahaja. Mereka juga telah dimaklumkan akan berlaku kelewatan dan jadual pertandingan yang memakan masa lama. Acara tenpin boling di Pusat Boling Perlis yang terletak di Kayangan Mall di sini terpaksa ditangguhkan selama lebih tiga jam pada hari pertama acara itu membuka gelanggang pada 27 Mei lepas akibat gangguan bekalan elektrik dan yang terbaharu pada Isnin lepas, acara berpasukan terpaksa dijalankan hingga awal pagi akibat kerosakan lorong('lane'). [12]
  • Pada 31 Mei, kebocoran air berlaku di sesetengah penjuru dewan gelanggang badminton yang baru dibina disebabkan ketangguhan pembinaan sebelum ini. Akan tetapi, Perlawanan badminton masih dijalankan dengan lancar.[13]

RujukanSunting

  1. ^ "Sarawak weightlifter Jelinie crowned Sukma XVII sportswoman". The Borneo Post. June 6, 2014. Dicapai pada September 17, 2015.
  2. ^ "Pembukaan Sukma Ala James Bond".
  3. ^ "Pembukaan Sukma 2013".
  4. ^ "Sports Bodies Can Hold Their Own (Competition) After Sukma Cancelled". The Star. February 25, 2015. Dicapai pada September 17, 2015.
  5. ^ "Pembatalan Sukma 2015 turut kecewakan MSNS". Borneo Post.
  6. ^ "Sukan Malaysia 2013 Tutup". Sinar Harian. Dicapai pada November 10, 2015.
  7. ^ "Jadual Dan Venue Pertandingan SUKMA 2013". Perak State Sports Council.(Melayu)
  8. ^ "Raja Perlis launches logo, song, mascot and official website". Selliyal.
  9. ^ "100 Day Sukma Countdown". Brunei Times.
  10. ^ "Mascot at the official website of the games". Diarkib daripada yang asal pada 19 August 2011. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  11. ^ "SUKMA Perlis: Bumbung Pusat Akuatik Terkoyak".
  12. ^ "Penganjuran SUKMA Perlis berjaya - Khairy".
  13. ^ "Leaky Badminton Hall at 17th Perlis Sukma".