Hoore! Hoore! (filem)

Hoore! Hoore! merupakan sebuah filem Malaysia 2012 bergenre fiksyen, muzikal dan percintaan arahan Saw Teong Hin terbitan Astro Shaw dan Real Films. Filem ini ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 24 Mei 2012 dibintangi oleh Akim Ahmad, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Fauziah Nawi, Adibah Noor dan Harun Salim Bachik. Tajuk filem ini diambil daripada tajuk lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad dengan judul sama.

Hoore! Hoore!
HH.jpeg
Poster tayangan pawagam
PengarahSaw Teong Hin
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Saw Teong Hin
PenulisSaw Teong Hin
Dibintangi olehAkim AF7
Fauziah Nawi
Harun Salim Bachik
Farah Nazirah
Syarikat
penerbitan
Astro Shaw Sdn. Bhd. Real Pictures Sdn Bhd
PengedarTayangan Unggul
Mula ditayangkan
24 Mei 2012
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM350,000[1]

Filem ini diterbitkan bagi memberi penghargaan kepada Penghibur No. 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad atas sumbangannya kepada industri muzik Malaysia.[2] Treler rasmi filem ini telah dimuat naik oleh Tayangan Unggul di akaun YouTube rasmi mereka pada 16 Mac 2012.

SinopsisSunting

Hoore! Hoore! mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tetapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai dua orang sahabat baik, Lana dan Azadan. Mereka ialah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka.

Di sekolah, Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam, Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa mencari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja daripada musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Filem Hoore! Hoore! diterbitkan khas bagi memperingati perjuangan seni selepas pemergian 2 dekad (20 tahun) Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.

Menurut Saw Teong Hin, idea untuk mengarahkan filem ini timbul apabila beliau menonton filem High School Musical dan juga Mamma Mia!.[3] Selepas menonton kedua-dua filem itu, Teong Hin memikirkan mengapa Malaysia tidak menghasilkan filem sedemikian.[3] Pengalaman pernah ditolak oleh beberapa penerbit filem tidak menghalang semangat beliau untuk terus melaksanakan hasratnya mengarah sebuah filem berbentuk muzikal. Menyedari risiko besar yang dihadapinya terutama bajet yang tinggi diperlukan untuk membikin sebuah filem muzikal, pengarah yang pernah mengarah filem Puteri Gunung Ledang itu kekal optimis.[3]

"Lagu-lagu nyanyian Sudirman memang begitu banyak dan saya fikir mengapa tidak untuk membikin sebuah filem yang diinspirasikan daripadanya,"[4]

— Teong Hin mengulas mengenai filem ketiga arahannya semasa majlis tahlil Allahyarham Sudirman di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.[4]

Teong Hin yang berpengalaman mengarahkan muzik video dan iklan komersial berkata Hoore! Hoore! bukanlah sebuah filem yang mengisahkan kehidupan Sudirman[4] tetapi ia mengambil falsafah penghibur ternama itu untuk menjadi dorongan kepada generasi muda.[4] Sebanyak 12 buah lagu Allahyarham Sudirman yang dirakamkan semula dalam filem ini. Kesemua lagu yang diambil bagi melatari filem ini ialah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini. Antara lagu yang dipilih ialah; Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung serta lagu baru IDOLA nyanyian Azlan dan Typewriter. Kesemua lagu-lagu ini digubah semula oleh penggubah Audi Mok yang turut menghasilkan sebuah lagu tema bagi filem ini. Penggambaran filem ini dijalankan di Janda Baik, Pahang dan menelan kos sebanyak RM 2.1 juta.

Gaya dan temaSunting

Lambakan filem pelbagai genre yang meniti pasaran Malaysia masa kini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan pada rakyat Malaysia.[5] Namun, kehadiran Hoore! Hoore! pasti memberi kelainan yang boleh dibanggakan. Hoore! Hoore! menyuntik elemen yang menarik buat penonton. Mesej-mesej serta nilai-nilai murni disampaikan secara ringkas dan mudah difahami.[5] Koreografi yang kemas seiring dengan jalan cerita yang disajikan membuatkan penonton terbuai melalui susunan lagu-lagu yang begitu mengasyikkan & membuai perasaan. Di samping menonton filem, jalan cerita yang diselang-seli dengan lagu-lagu popular dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad bagi mengubat kerinduan terhadap karya agung beliau.[5]

Pada pandangan mata kasar, genre muzikal dan drama seumpama ini masih asing bagi kalangan penonton filem Melayu tetapi pembaharuan yang cuba disampaikan itu pastinya mampu mencatat nilai tersendiri untuk khazanah filem kita. Bermain di antara ruang, muzik dan dialog yang jitu, Hoore! Hoore! tidak hanya menghiburkan, malah sarat dengan mesej dan nilai-nilai positif yang boleh menjadi inspirasi kepada sesiapa juga yang menonton. Seperkara yang paling utuh mengenai filem ketiga arahan Saw Teong Hin yang berasal dari Pulau Pinang ini ialah keberkesanan skrip tulisan Shariman Wahap yang berjaya diterjemahkan dengan baik. Elemen-elemen nyanyian dan tarian yang mengetengahkan 11 lagu popular penghibur legenda Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dalam filem ini pasti janggal untuk diterima bagi segelintir pihak.[6]

Keluaran dan sambutanSunting

Hoore! Hoore! ditayangkan pada 24 Mei 2012, iaitu sehari sebelum ulang tahun kelahiran Allahyarham Sudirman ke-58. Ia juga ditayangkan serentak dengan filem Aku Ada, Kau Ada???. Filem ini meraih kutipan sebanyak RM350,000 semasa tayangannya.

Runut bunyiSunting

Album runut bunyi bagi filem ‘‘Hoore! Hoore!’’ menampilkan nyanyian pelbagai artis termasuk Akim, Nurfarah Nazirah, Adibah Noor, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.[7] Album ini merupakan terbitan bersama daripada pihak Warner Music (Malaysia) dan Astro. Selain itu, album ini juga memuatkan 13 buah lagu yang diambil daripada filem muzikal tersebut dengan menggunakan rangkaian lagu-lagu popular oleh Sudirman Haji Arshad. Sebuah lagu baru yang berjudul ‘Idola’ telah dicipta khas oleh Audi Mok dan dinyanyikan oleh kumpulan Azlan & The Typewriter. Lagu-lagu dalam album ini juga telah digubah semula dengan penglibatan penggubah lagu, Audi Mok. Album ini telah dikeluarkan pada tahun 2012.[8]

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2012 Festival Filem Malaysia ke-25 Saw Teong Hin Pengarah Terbaik Tercalon
Nurfarah Nazirah Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Fauziah Nawi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
AddAudio Ex Sdn. Bhd. Penyunting Terbaik Tercalon
Mohd Noor Mohd Kassim Sinematografi Terbaik Tercalon
Audi Mok Skor Muzik Asal Terbaik Tercalon
Daniel Tang Penataan Bunyi Terbaik Tercalon
Akim Ahmad Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Tercalon
Nurfarah Nazirah Pelakon Harapan Wanita Terbaik Tercalon
"Idola" - Azlan & The Typewriter Lagu Tema Terbaik Tercalon

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting