Aku Ada, Kau Ada???
Aku Ada, Kau Ada??? merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 arahan Rahila Ali, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli. Filem ini ditayangkan pada 24 Mei 2012.[1]
Aku Ada, Kau Ada??? | |
---|---|
Pengarah | Rahila Ali |
Penulis | Rahila Ali |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Daven Raghavan |
Disunting oleh | Ahmad Mustadha Samingon |
Diedarkan oleh | Pencil Pictures |
Tarikh tayangan | 24 Mei 2012 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 1.21 juta |
Sinopsis
suntingMengisahkan Nordin Ahmad pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin jadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Tina pula pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor.
Pelakon
sunting- Shaheizy Sam sebagai Nordin Ahmad
- Yana Samsudin sebagai Kartina Dahari
- Kamal Adli sebagai Aziz Sattar
- Angah Raja Lawak sebagai Profesor Kus
- Siti Chubby sebagai Profesor Rubi
- Sheila Mambo sebagai Dr. Zida
- Wanna Ali sebagai Wanna
Penerbitan
suntingFilem ini ialah filem sulung arahan Rahila Ali. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Seoul, Korea Selatan pada 2011.[2] Hampir 90 peratus penggambaran telah dijalankan di beberapa lokasi menarik di Korea Selatan termasuk Seoul dan Pulau Jeju.[1]
Sebanyak empat lagu menjadi runut bunyi filem ini, lagu "Begini Caranya" nyanyian Shaheizy Sam dan Yana Samsudin menjadi lagu tema filem ini.[3]
Tetapan dan gaya
suntingAku Ada, Kau Ada??? berlatarkan di Korea Selatan dengan pengaruh muzik K-Pop. Penulis blog, Nisa Kay berpendapat bahawa unsur-unsur muzikal dalam jalan cerita filem ini disampaikan dengan cermat.[4]
Keluaran dan sambutan
suntingAku Ada, Kau Ada??? dikeluarkan pada 24 Mei 2012[5] di 60 pawagam seluruh Malaysia.[2] Filem ini telah dipasarkan sebagai "filem K-Pop Melayu pertama di Malaysia".[1]
Rujukan
sunting- ^ a b c Wartawan Sinar Harian (25 Mei 2012). "Aku Ada, Kau Ada, filem K-Pop Melayu pertama". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 25 Mac 2014.
- ^ a b Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (13 Mei 2012). "Aku Ada, Kau Ada??? masuk 60 pawagam". Berita Minggu. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ Budiey (4 Mac 2012). "Lirik lagu Begini Caranya nyanyian Shaeizy Sam dan Yana Samsudin". Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ "Filem - Aku Ada, Kau Ada lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin". Nisa Kay. 25 Mei 2012. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ "Pra-tonton filem Aku Ada, Kau Ada". Galaksi Media. 22 Mei 2012. Dicapai pada 18 September 2012.