Ahmad Abdul Rahman
Datuk Ahmad Abdul Rahman adalah merupakan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah yang dilantik pada tahun 2018 lalu. Beliau telah dicalonkan oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.[1] Ahmad mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun sebagai peguambela dan peguamcara.
Datuk Ahmad Abdul Rahman PGDK (Sabah) | |
---|---|
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah | |
Memegang jawatan 8 Jun 2018 Berkhidmat dengan George Anthony Ginibun | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad bin Abdul Rahman Sabah |
Parti politik | Bebas |
Profesion | Peguam |
Dewan Undangan Negeri SabahSunting
Beliau telah hadir pada majlis angkat sumpah Bendahari DAP Sabah, Loh Ee Eng yang dilantik sebagai ADUN Lantikan oleh Ketua Menteri Sabah. Pelantikan tersebut dipertikaikan kerana Loh bukan anak kelahiran Sabah tetapi hanya Pemastautin Tetap. Menurut Shafie, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Sabah yang menghalang untuk melantik asalkan calon adalah warganegara Malaysia dan menetap di Sabah.[2]
RujukanSunting
Rencana tentang ahli politik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |