Damasutra
Kumpulan Damasutra merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Damasutra | |
---|---|
Berasal dari | ![]() |
Genre | Rock, Slow Rock |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal/Band |
Tahun aktif | 1991-1996 2015 |
Syarikat rakaman | 1991 - 1993: Sinar Muzik Production 1996: BMG Music |
Kegiatan berkaitan | Awang BPR, S. Amin Shahab |
Ahli | Baggio - Vokal Amran - Bass Alok - Gitar Assu - Dram |
SejarahSunting
Kumpulan ini diasaskan oleh pemain bassnya, Amran bin Abu Sidek (Amran atau An) di mana beliau sendiri ingin membawa irama rock baharu dengan menampilkan satu keunikan yang tidak ada pada kumpulan muzik yang lain. Amran berjaya mengumpulkan 2 orang pemuzik berpengalaman iaitu Alok (Gitar) dan Assu (Dram) manakala vokalisnya, Bahagia bin Daharun atau lebih dikenali sebagai Baggio telah dipilih melalui satu rakaman demo yang diterima oleh Amran sendiri. Mereka kemudiannya bernaung di bawah syarikat rakaman Sinar Muzik Production.
Kemunculan Damasutra di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOW, Blackrose, Kris dan Laksamana. Gitaris kumpulan Bumiputra Rockers, Awang bertindak selaku penerbit album-album Damasutra kecuali album terakhir mereka.
Mereka kemudiannya membawa haluan masing-masing pada akhir dekad 90-an berikutan faktor kegawatan ekonomi yang turut melanda industri muzik Malaysia yang menyebabkan jualan album artis-artis tempatan jatuh merudum. Namun begitu, lagu-lagu mereka yang sangat unik dari segi lirik dan komposisi akan terus berada dalam lembar sejarah muzik tanahair. Sehingga kini, masih ada forum-forum yang membahaskan tentang lirik-lirik lagu mereka yang lebih bersifat spiritual dari kisah-kisah yang berkisar tentang cinta yang sehingga kini masih menjadi santapan telinga peminat-peminat tempatan.
KeahlianSunting
Kumpulan Damasutra terdiri daripada 4 orang anggota iaitu :
- Baggio - Vokal
- Amran - Bass
- Alok - Gitar Utama
- Assu - Dram
DiskografiSunting
Album studioSunting
Tahun | Tajuk | Jualan |
---|---|---|
1991 | Antara Sutra Dan Bulan
|
|
1992 | Asyik
|
|
1993 | Kurnia
|
|
1996 | Penawar
|
Album KompilasiSunting
- Eksklusif (1995)
- Terbaik & Terbaru (1997)
- Kompilasi Kenangan (1999)
- The Best Of / Bagio Damasutra (2000)
PencapaianSunting
Anugerah Juara LaguSunting
Tahun | Judul Lagu | Komposer | Penulis lirik | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1991 | Umpama Mimpi Dalam Mimpi | Awang BPR | S. Amin Shahab | Dicalonkan |
TriviaSunting
- Vokalis Damasutra, Baggio bukan hanya berbakat sebagai penyanyi malah turut menceburi bidang lakonan. Beliau pernah membintangi beberapa buah drama dan telefilem di luar waktu kerjanya bersama Damasutra.
- Amran merupakan pemain bass asal kumpulan Fotograf sebelum mengasaskan Damasutra pada tahun 1990.
- Damasutra merupakan satu-satunya kumpulan muzik yang tidak pernah menggunakan khidmat sifu muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang selalu digunakan oleh kumpulan-kumpulan muzik tanah air khususnya Search dan Wings.
- Satu persembahan istimewa telah diadakan di Hard Rock Cafe Melaka pada 31 Mei 2015 bersempena kemunculan semula (reunion) Damasutra.
RujukanSunting
Pautan luarSunting
- Cikgu Meera, Slash, Baggio Damasutra bergabung dalam Jom Chat malam ini., Utusan Online, 13 Disember 2017.
- Damasutra kembali semula
- Reunion Damasutra Baggio harap ada pihak sudi taja album baru.
- Baggio terharu Damasutra ada peminat fanatik
- Damasutra adakan konsert mini untuk dana Rohingya, 17 Dis ini