Ally Iskandar
Ally Iskandar Mohd Mardzi (lahir 13 Januari 1976) merupakan seorang pengacara dan penerbit televisyen Malaysia dan merupakan salah seorang personaliti stesen TV swasta terkemuka negara, TV3 dan pengacara rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini.
Ally Iskandar | |
---|---|
![]() Ally pada 2004. | |
Kelahiran | Ally Iskandar bin Mohd Mardzi 13 Januari 1976 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda BI dan Pengajian Filem |
Pusat pendidikan | University of The Pacific |
Pekerjaan | Pengacara TV, penerbit |
Tahun aktif | 1997–kini |
Pasangan | Nurfarahin Romli (2012-16; bercerai) Marlina Ibrahim (berkahwin 2019) |
Anak | 1 |
Saudara | Ardi Herman (abang) |
Kehidupan awalSunting
Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1976 dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Ibu bapa beliau berasal dari Kuala Terengganu. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.
KerjayaSunting
Sebagai seorang personaliti TV dan pengacara yang berbakat, Ally Iskandar terkenal sebagai salah seorang pengacara rancangan bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini sejak beliau menjadi ahli keluarga TV3 pada 1997. Selain itu, beliau juga mengacara rancangan dan acara di TV3 seperti Anugerah Juara Lagu, Konsert Jom Heboh, Majalah Tiga Edisi perkahwinan Aidid Marcello dan Norzie Pa’ Wan Chik, program sensasi tiga episod Tiada Rahsia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Singgah Sahur, ResQ, dan peringkat akhir Pesona Nona. Beliau juga mempunyai rancangan sendiri, ALLY bermula 31 Disember 2008 setiap hari Rabu pukul 11.00 malam yang disiarkans ebanyak 26 episod. Mengacara program realiti Mentor mulai tahun 2009.
Kehidupan peribadiSunting
Berkahwin dengan seorang blogger, Nurfarahin binti Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012[1] dan bercerai pada 17 Ogos 2016.[2] Mereka dikurniakan seorang anak bernama Maream Esabel.
RujukanSunting
- ^ Ally Iskandar-Nurfarahin akhirnya bergelar suami isteri mStar Online (20 Januari 2012). Dicapai pada 6 Disember 2012.
- ^ Ally Iskandar sah bercerai mStar Online (19 Ogos 2016). Dicapai pada 6 Disember 2016.