Dato' Ooi Eow Jin, DSPN (lahir 3 Jun 1938) ialah pemuzik Malaysia yang aktif pada sekitar tahun 70an.

Dato'
Ooi Eow Jin
Kelahiran (1938-06-03) 3 Jun 1938 (umur 85)
George Town, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
GenreKlasikal, Jazz, R&B
PekerjaanKomposer, penggubah lagu, penerbit rakaman
Tahun aktif1963–kini

Biografi sunting

Dato' Ooi Eow Jin telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Wellesley dan Sekolah Rendah Westlands. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran menengah di Penang Free School.

Setelah menamatkan alam persekolahan, beliau telah berkhidmat sebagai guru sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Li Tek, Pulau Pinang selama 2 tahun mulai tahun 1956. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai kerani di Jabatan Ukur Pulau Pinang.

Beliau belajar bermain piano klasik selama empat tahun sebelum berjinak-jinak dengan muzik pop. Beliau bermain muzik secara sambilan bersama kumpulannya di Pulau Pinang. Semasa bermain di Hotel E&O Pulau Pinang, Alfonso Soliano seorang pemuzik terkenal tertarik dengan bakatnya lalu menawarkannya untuk bermain dengan Orkestra RTM.

Beliau menyertai Orkestra RTM sebagai pemuzik pada tahun 1963 sehingga tahun 1967. Selepas itu, beliau berhijrah ke TV3 pada tahun 1986 hingga 1999.

Beliau banyak mencipta lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Sudirman, Dahlan Zainuddin, M. Nasir, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, Flora Santos, kumpulan Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.

Beliau juga pernah berkhidmat di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA), Asia-Pacific of Broadcasting, Yamaha Music School, International College of Music (ICOM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Karya Emas Ooi Eow Jin Jamilah - Keroncong Music