Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Ong.

Nicholas Ong Chong Quan atau lebih dikenali sebagai Point Blanc (lahir 14 Oktober 1979 di Ipoh, Perak, Malaysia) merupakan seorang rapper, penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan usahawan Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan hip hop, Poetic Ammo di mana beliau menerbitkan tiga album bersama kumpulan ini.[2][3] Selain itu, beliau juga pernah menjadi vokalis utama kedua Pop Shuvit di mana beliau hanya menerbitkan satu album bersama kumpulan ini.[4] Selepas Poetic Ammo dibubarkan, beliau bergerak secara solo dan menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Voyeur Records dan menerbitkan dua album solo–Straight To The Point (2007)[5] dan The Turning Point (2011). Beliau juga memiliki jenama pakaiannya, Voyeurizm.

Point Blanc
Nama lahirNicholas Ong Chong Quan
Kelahiran (1979-10-14) 14 Oktober 1979 (umur 40)
Ipoh, Perak, Malaysia
GenreHip hop, rap
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1998–kini
Syarikat rakaman
Voyeur Records
Pengkarya berkait
Poetic Ammo, Pop Shuvit, Jaclyn Victor, The Fabulous Cats

DiskografiSunting

Poetic AmmoSunting

Pop ShuvitSunting

Album soloSunting

RujukanSunting

  1. ^ Iris Lee (30 Jun 2015). Point Blanc: Blowing out from limelight but still cashing it in iMoney. Dicapai pada 4 November 2015.
  2. ^ "Poetic Ammo beridentitikan tempatan". Utusan Online. Dicapai pada 2016-10-05. (Malaysian)
  3. ^ Samat, Hafidah (July 25, 2000). "New " ammo" from Poetic". New Straits Times. Dicapai pada October 7, 2016 – melalui HighBeam Research.
  4. ^ Pop Shuvit takes it to the next level Free Malaysia Today (April 26 2012). Retrieved January 12, 2018.
  5. ^ Point Blanc solo album released Lowyat (9 Januari 2007). Dicapai pada 4 November 2009.

Pautan luarSunting