Amin Idris

Amin Idris (lahir 4 April 1981) merupakan seorang pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas Malaysia.[3] Beliau terkenal dengan mengacarakan rancangan televisyen keagamaan. Selain itu, beliau juga telah mengarang beberapa buku yang kebanyakkannya berkonsepkan perihal kepemimpinan remaja.

Amin Idris
Kelahiran (1981-04-04) 4 April 1981 (umur 41)
Nama lain
PendidikanDiploma Syariah dan Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPendakwah bebas, pengacara, penulis, perunding motivasi, personaliti media
Tahun aktif2002–kini
BapaDatuk Idris Abdullah @ Das Murthy

Kehidupan awalSunting

Amin Idris dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Ayahnya berbangsa India campur Iban, dan ibunya pula berbangsa Siam dan Cina. Beliau merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling di universiti sama.[4]

KerjayaSunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai penulis skrip dan kandungan di TV Pendidikan di TV2 pada tahun 2005 hingga 2007, mengacara siaran langsung Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2007, 2008 dan 2009, juga penyampai rancangan Motivasi Pagi di Radio IKIM dan klip motivasi bahasa Inggeris di TraXX FM.

Sebagai pengacara televisyen, beliau telah mengacarakan beberapa rancangan TV di TV AlHijrah termasuk Assalamualaikum, Pentas Dakwah, Bicara, Apakah Maqasid Syariah? dan Zakat Berbakti sejak 2010 hingga 2016. Kemudian mengacara rancangan Salam Duha di Astro Oasis. Amin mula dikenali umum semasa mengacarakan rancangan Tazkirah Malam Jumaat yang bersiaran di Astro Oasis sejak 2016 hingga kini. Beliau menerima pencalonan bagi kategori Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019. Selain itu, Amin juga mengemudi rancangan TV khas siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Borak Dulu Baru Buka sejak 2021.

Amin juga berjinak-jinak dalam kerjaya nyanyian apabila merakamkan semula lagu "Fikirkan Boleh", nyanyian asal kumpulan Metropolitan dengan diberi nafas baharu.[5]

Kehidupan peribadiSunting

Amin mempunyai minat mendalam terhadap watak adiwira Marvel, Iron Man dan telah mengumpul koleksi istimewa Iron Man termasuk koleksi peribadi sut lengkap.[6]

KontroversiSunting

Sekitar April 2020, berlaku konflik antara Amin dan Ustaz Abu Syafiq apabila beliau memuatnaik status di media sosial yang melibatkan isu dengan penceramah bebas, Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan maruah Abu Syafiq sehingga beliau mengambil tindakan.[7][8] Beliau dilaporkan enggan minta maaf dan enggan membayar ganti rugi RM1 juta kepada Abu Syafiq.[9][10]

FilemografiSunting

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 Kembarku Robot Pengacara Majlis Astro Ceria Penampilan khas

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Hos MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ "Amin Idris a.k.a. Abid Abdullah". PTS Media Group. Dicapai pada 22 Januari 2020.
  2. ^ Norhayati Nordin (8 Mac 2018). "Itu semua penghargaan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mac 2018 – melalui KLIK.
  3. ^ Mohd Nasif Badruddin (14 Ogos 2016). "Pegang visi pengacara berilmu". Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2018.
  4. ^ Norhayati Nordin (18 Mac 2018). "Mahu tinggal nama baik". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  5. ^ Mohd Al-Faizal Abd Karim (27 Januari 2018). "Amin Idris terjun bidang nyanyian". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2018. Dicapai pada 27 Januari 2018.
  6. ^ Norhayati Nordin (6 Mac 2018). "Digelar Iron Man Malaysia pun OK". Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2018.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Jun 2020). "Cakap kosong saja ke..." Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  8. ^ "Surat terbuka kepada Amin Idris". Harakah Daily. 10 September 2020. Dicapai pada 10 September 2020.
  9. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 April 2018). ""Saya takkan minta maaf dan takkan bayar RM1 juta" - Amin". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mei 2020.
  10. ^ Budiey (29 April 2020). "Amin Idris lawan saman RM1 juta Abu Syaffiq di mahkamah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 April 2021.

Pautan luarSunting