Radio IKIM
Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Radio IKIM (dahulu dikenali sebagai IKIM.fm)[1] merupakan sebuah stesen radio di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Radio IKIM merupakan stesen radio berunsur Islam pertama di Malaysia yang beroperasi selama 24 jam. Radio IKIM telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Kebanyakan program stesen radio ini adalah program berkaitan agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara Malaysia.
![]() | |
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia, Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Narathiwat dan Pattani) |
Slogan | Pilihan Utama Anda (sejak 6 Julai 2001 Inspirasi Inforia Islami (sejak 30 Januari 2019 ) | )
Frekuensi | Berbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi) |
Tarikh siaran pertama | 6 Julai 2001 |
Format | Radio keislaman |
Bahasa | Bahasa Melayu (utama) Bahasa Inggeris Bahasa Arab |
Pemilik | Institut Kefahaman Islam Malaysia |
Tapak web | https://www.ikim.my |
Radio IKIM dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. Radio IKIM juga boleh didengari di Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, dan Narathiwat). Frekuensi stesen radio ini dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang) pada awal tahun 2000. Radio IKIM juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi laman sesawangnya.
Pada tahun 2002, frekuensi Radio IKIM di Johor Bahru yang dipancar dari Gunung Pulai telah ditukar frekuensi daripada 107.9 MHz kepada 106.2 MHz.
Pada 2010-an, Radio IKIM memperluaskan siaran ke Miri pada FM 104.0MHz, Lahad Datu pada FM 107.3MHz dan Tawau pada FM 100.7MHz untuk menyasarkan pendengar Muslim di kawasan tersebut. Selain itu, Radio IKIM menambah satu pemancar di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 102.7MHz untuk meliputi kawasan barat daya Pulau Pinang dimana pemancar Gunung Jerai FM 89.0MHz tidak dapat diterima di kawasan tersebut.
Pada tahun 2016, frekuensi Radio IKIM di Kuching yang dipancar dari Bukit Djin telah ditukar frekuensi daripada 93.6 MHz kepada 93.7 MHz.
Sekitar 95% program Radio IKIM dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan bahawa sekitar 786,000 orang pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.
Pada Jun 2016, Radio IKIM menaik taraf pemancaran frekuensi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang FM 89.0MHz dengan memindah pemancar ke Upper Gunung Jerai, bagi meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang and Perak Utara yang membolehkan Pulau Pinang dan Perak Utara boleh menerima siaran Radio IKIM pada 89.0MHz dengan jelas. Sebelum ini, FM 89.0MHz tidak dapat diterima di Pulau Pinang dan Perak Utara, namun FM 89.0MHz pernah diganggu oleh stesen radio dari Thailand (Yala) di Pulau Pinang.
Penyampai RadioSunting
Penyampai terkiniSunting
- Luqman Hakim Malik
- Mohd Suffian Amrin
- Mazlina Ismail
- Norhayati Paradi
- Siti Rohani Surani
- Mona Jasman
- Syafiq Salleh
- Faiz Haji Othman
Penyampai terdahuluSunting
- Ahmad Nazri Mohd Yusof
- Erwan Johari
- Fairuz Haji Noordin
- Hazwan Syah (berpindah ke Zayan)
- Mahathir Shaharuddin
- Maslina Alias
- Mohd Erwan Johari
- Nik Hasnah Ismail
- Syafiq Zulakifli
- Tajdid Hadhari
SegmenSunting
Isnin - JumaatSunting
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Warna Pagi | Luqman Hakim & Suffian Amrin | 06:00 - 10:00 |
Aspirasi | Norhayati Paradi | 10:00 - 13:00 |
Siti Rohani Surani | 13:00 - 16:00 | |
Destinasi | Mona Jasman & Syafiq Salleh | 16:00 - 19:00 |
Renungan Hikmah | 19:00 - 20:00 | |
Ekpresi | Faiz Othman | 20:00 - 00:00 |
FrekuensiSunting
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar | Catatan |
---|---|---|---|
91.5 MHz | Lembah Klang, Pahang Barat & Perak Selatan | Gunung Ulu Kali | Frekuensi dahulu digunakan oleh RfM |
89.0 MHz | Perlis, Kedah dan Pulau Pinang | Gunung Jerai | |
Taiping, Perak | |||
Satun, Thailand | |||
102.7 MHz | Balik Pulau, Pulau Pinang | Bukit Genting | |
Langkawi, Kedah | |||
Ipoh, Perak | Gunung Kledang | ||
Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk | ||
89.5 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang | |
106.2 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai | Frekuensi dahulu 107.9 MHz |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | |||
89.6 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | |
100.2 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar | |
89.8 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau | Frekuensi dahulu 89.9 MHz kerana gangguan dengan Kelantan FM 90.0 Bukit Tangki Air |
93.7 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin | Frekuensi dahulu 93.6 MHz |
Kalimantan Barat, Indonesia | |||
104.0 MHz | Miri, Sarawak | Tanjung Lobang | |
93.9 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong | |
107.3 MHz | Lahad Datu & Semporna, Sabah | Gunung Silam | |
100.7 MHz | Tawau, Sabah | Gunung Andrassy |