Buka menu utama

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana atau nama ringkasnya SMK Bandar Damai Perdana, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Damai Perdana 2, Cheras (Hulu Langat).

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaDatin Norliza Binti Kamaruddin
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Arpah Binti Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Wardah Binti Hamzah
Penolong Kanan KokurikulumPuan Noorezana Binti Awang
Pengerusi PIBGDatuk Mastor Bin Mohd Ariff
Kod sekolahBEA4629[1]
Lokasi Malaysia Jalan Damai Perdana 2, Cheras (Hulu Langat) KUALA LUMPUR, Selangor, Malaysia
Nama singkatanSMKBDP
Laman sesawangSekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana
Telefon391012514
Faks391021605


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana memiliki 1239 pelajar lelaki dan 1192 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2431 orang. Ia mempunyai seramai 144 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Cheras, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini mula beroperasi pada 02 Januari 2003 secara menumpang di Sekolah Kebangsaan Alam Damai, Kuala Lumpur.

Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana ini mula dibina pada 27 Mac 2001 di atas tanah seluas 10.2 ekar dan mula digunakan pada 11 Mei 2003. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana diberi bersempena dengan lokasinya iaitu di Bandar Damai Perdana. Terdapat 7 buah blok bangunan yang dinamakan dengan Damai Abadi, Damai Budi, Damai Cekal, Damai Perdana, Damai Ehsan, Damai Fitrah dan Damai Gigih. Di samping itu, terdapat sebuah kantin dan sebuah surau. Di blok–blok itulah terletaknya pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik-bilik darjah, bilik mesyuarat, pusat sumber sekolah, makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup dan bilik-bilik khas.

Murid-murid yang memasuki sekolah ini pada masa itu datang dari Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri seramai 267 orang. Mereka menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2005, dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007.

Pengetua yang pertama ialah Puan Hajah Maimun binti Ahmad. Beliau dibantu oleh En Manian a/l Ramasamy (PK 1), Pn. Umi Kalthom binti Lope Salleh (PK HEM) dan En. Md Yusop bin Hamid (PK Kokurikulum) serta 16 orang guru .

Lagu SekolahSunting

SMK B D Perdana
Sekolahku indah tercinta
Ilmu amal dan takwa
Panduan kami semua

Berusaha berketerampilan
Dinamik dan berdedikasi
Maju dan berwawasan
Tempuh era globalisasi

Bervisi bermisi
Menuju kejayaan
Budaya cemerlang
Tetap diutamakan

Kami warga yang setia
Ingin berbakti dan berjasa
Mengharumkan namamu
SMK B Damai Perdana
SMK B Damai Perdana

Ciptaan: Md Said Bin Bidin.
Lirik: Puan Hjh. Maimun Ahmad.

PencapaianSunting

Sekolah ini terletak di atas bukit yang bersudut 60°. Sekolah ini mencapai rekod Malaysia dengan menduduki ditangga ke-1 sekolah yang paling berbukit. Muridnya sebanyak 63% pelajar melayu, 26% pelajar cina dan 11% pelajar india.

VisiSunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MisiSunting

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana
Jalan Damai Perdana 2,
56000 Cheras (Hulu Langat)
Selangor, Malaysia
Telefon = 391012514
Fax = 391021605

RujukanSunting

Pautan luarSunting