Mior Ahmat Zaudi

Pelakon lelaki Malaysia

Mior Ahmat Zaudi bin Mior Ali[1] (28 November 1962 – 1 Januari 2019) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang membintangi ratusan drama dan puluhan filem.

Mior Ahmat Zaudi
Kelahiran
Mior Ahmat Zaudi bin Mior Ali

(1962-11-28)28 November 1962
Meninggal dunia1 Januari 2019(2019-01-01) (umur 56)
Sebab kematianMasalah jantung dan pendarahan otak akibat demam panas
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1973–2018
Pasangan2
Anak-anak9

Dilahirkan di Parit, Perak,[2] beliau mula berlakon pada 1973 dan pernah bertugas sebagai eksekutif bahagian operasi di Pos Malaysia sebelum pencen. Selepas bersara, beliau menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan sistem bunyi untuk majlis perkahwinan. Sepanjang hayatnya Mior telah membintangi pelbagai drama antaranya drama bersiri Spektra dan drama purba Kota Setia terbitan HVD Home Video (M) Sdn Bhd pada pertengahan 1990-an.[3]

Beliau telah meninggal dunia pada pukul 5:40 pagi,[4] 1 Januari 2019 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat masalah jantung dan pendarahan otak.[5] Beliau dimasukkan ke hospital sejak 28 Disember 2018 akibat demam panas.[6] Jenazah beliau diuruskan di Masjid Nurul Ihsan, Cheras, Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana pada kira-kira pukul 11 pagi. Beliau meninggalkan sembilan anak daripada dua perkahwinannya.[7]

RujukanSunting

  1. ^ "Senarai Keahlian". www.seniman.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-11. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  2. ^ Zaidi Mohamad (1 Januari 2019). "Pelakon drama bersiri Spektra meninggal dunia". BH Online. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (1 Januari 2019). "Pelakon siri Spektra meninggal dunia". myMetro. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  4. ^ Mohd Al Qayum Azizi (1 Januari 2019). "Pelakon era 1990-an, Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia". mSTAR Online. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  5. ^ Aznan Bakar (1 Januari 2019). "Pelakon Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia". Utusan Online. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  6. ^ "Pelakon Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia". Astro Awani. 1 Januari 2019. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  7. ^ Nor Eryani Yusup (1 Januari 2019). "Pelakon Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia". Kosmo! Online. Dicapai pada 1 Januari 2019.

Pautan luarSunting