Mimifly

Penyanyi wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Mimi Fly)

Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali dengan nama pentas Mimifly (kadangkala dikreditkan sebagai Mimi Fly; lahir 15 Disember 1986) merupakan seorang penyanyi, rapper, penulis lirik, penggubah lagu, pereka tari, dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai ahli kumpulan One Nation Emcees.[1][2]

Mimifly
Kelahiran
Shamimi Amalina binti Norhisham

(1986-12-15) 15 Disember 1986 (umur 35)
Nama lainMimi, Mimi ONE
PekerjaanPenyanyi, rapper, penulis lirik, penggubah lagu, pereka tari, pelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganMohd Firdaus Hajar (2015–2017; bercerai)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Pengkarya berkait

KerjayaSunting

Mimi mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air ketika beliau memenangi tempat pertama di sebuah rancangan realiti TV peringkat Asia Tenggara yang disiarkan di TV3 iaitu Gang Starz musim kedua pada tahun 2008 bersama kumpulannya One Nation Emcees. Setelah 8 tahun bersama kumpulan itu, Mimi mula mengorak langkah sebagai artis solo bermula pada tahun 2015.

Mimi kemudiannya dipilih untuk mewakili Malaysia bersama Shiha Zikir untuk bertanding di D'Academy Asia musim pertama. D'Academy Asia merupakan sebuah rancangan TV realiti di Indonesia yang amat popular.

Pada tahun 2019, Mimi dan One Nation Emcees dipanggil untuk menyertai Gegar Vaganza 6. Gegar Vaganza merupakan sebuah rancangan pertandingan nyanyian terbitan ASTRO yang mengetengahkan artis-artis veteran Malaysia yang hebat-hebat. Rancangan ini merupakan antara rancangan TV di Malaysia yang mendapat liputan meluas di seluruh negara. Setelah hampir 11 minggu berjuang didalam GV6, Mimi dan kumpulannya dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima.

Setelah 8 tahun bersama One Nation Emcees, Mimi mula mengorak langkah sebagai artis solo bermula pada tahun 2015.

Pada tahun yang sama juga Mimi mengeluarkan single pertama sebagai artis solo yang berjudul "Enigma", yang merupakan sebuah lagu tema untuk filem Girlfriend Kontrak terbitan Grand Brilliance. Sejak dari itu Mimi tidak pernah putus berkarya. Beliau telah bekerjasama bersama ramai artis dan komposer ternama seperti Altimet, Malique, Audi Mok, Omar K, Ezra Kong, Benzooloo, Caprice, Kaka Azraff, Ryan Sufiyan, Baby Shima dan ramai lagi. Lagu "Pura-pura Bujang" nyanyian Baby Shima hasil ciptaan bersama Mimifly dan Ezra Kong telah mendapat lebih 22 juta tontonan di YouTube.

Pada tahun 2020, Mimi telah mengeluarkan sebuah lagi lagu tema untuk filem Bisikan yang berjudul "Hujan" hasil kolaborasi bersama Altimet. Lagu ini berkisahkan tentang pergolakkan minda yang negatif terutamanya di dalam diri seseorang yang mempunya gangguan mental seperti kemurungan, gelisah, skizofrenia dan pelbagai lagi.[3] Lagu hasil nukilan bersama Khairafik Khairudin ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dikalangan rakyat Malaysia.[4]

Selain "Enigma" dan "Hujan", empat lagi lagu Mimi telah dijadikan sebagai lagu tema untuk filem antaranya ialah "On It" untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Redfilms dan "Psiko", "Syukur Kau Yang Satu" serta "Jika" (bersama Lah Ahmad) nyanyian One Nation Emcees sebagai lagu tema untuk filem Klip 3GP terbitan Grand Brilliance yang juga menampilkan Mimifly sebagai salah seorang pelakon untuk filem.

Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem aksi erotik Klip 3GP yang dikeluarkan pada 2011, dibintangi oleh Tasha Shilla, Faralyna Idris dan Zahiril Adzim. Mimifly juga membintangi drama kepolisan Gerak Khas dengan membuat penampilan khas sebagai Inspektor Adira dalam musim ke-15.

Kehidupan peribadiSunting

Mimifly merupakan anak jati Selangor yang membesar dan menghabiskan zaman persekolahannya di Petaling Jaya. Mimifly merupakan bekas murid di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah 1 (1993-1998) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta (1999-2003) sebelum meneruskan pengajian di Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu, Sabah di dalam jurusan Sains Biologi.

Mimifly mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Mereka dibesarkan oleh ibu mereka, Puan Ramlah Jalee yang merupakan seorang ibu tunggal yang lahir tanpa sepasang kaki. Walaupun dilahirkan dengan kurang keupayaan tetapi Puan Ramlah Jalee tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya. Kepentingan pelajaran tinggi telah diterapkan dalam mendidik Mimifly dan adik-beradiknya kerana ibu Mimifly merupakan seorang pemegang Sarjana Komunikasi dari sebuah Universiti di Amerika Syarikat dan merupakan seorang yang berpangkat tinggi sebelum beliau bersara. Berikutan kecekalannya itu, beliau diberikan Anugerah Ibu Gemilang bagi Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018.[5][6]

Bapa Mimi, Norhisham Nasir meninggal dunia pada 28 Mei 2015 akibat kanser hati dan pendarahan di perut.[7]

Beliau berkahwin dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015.[8][9] Pasangan ini memfailkan perceraian pada November 2017.[10]

Mimi juga ialah peminat setia penyanyi Yuna dalam satu temubual di Harian Metro: "Siapa yang tidak mahu menjadi seperti dia dan saya tidak setakat mengagumi Yuna, malah menjadi peminatnya. Walaupun usia kami sebaya, namun saya berbangga untuk mengakui bahawa saya adalah peminat setia Yuna".[11]

DiskografiSunting

SingleSunting

  • "Hujan" (2020) - with Altimet - OST for Bisikan
  • "Buaya" (2020) - with Ratu Balqis
  • "Ayuh Kita Merdeka" (2020) - with Aiman Tino, Qhall B, Spectre F, Mya dan HPG
  • "Nyalakan" (2019) - with Benzooloo
  • "On It" (2018) - OST for Gol & Gincu 2
  • "Superfly Remix" (2018)
  • "Superfly" (2018)
  • "Gila" (2018) - with Ryan Sufiyan
  • "Goyang Fly" (2016)
  • "Jujur" (2016) - featuring Erie Suzan
  • "Enigma" (2015) - OST Girlfriend Kontrak

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Klip 3GP Maya Filem pertama

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Gerak Khas (Musim 15) Inspektor Adira TV2 Pelakon undangan
2022 PolkaDot Datin Aleeza Suke TV

RujukanSunting

  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (13 Januari 2020). "Mimi tinggalkan One Nation Emcees". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  2. ^ Nor Eryani Yusop (2 Januari 2018). "Mimi Fly mahu jadikan 2018 tahun aktif". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05. Dicapai pada 26 Mac 2018.
  3. ^ Aida Rismariza Kamrudin (14 Oktober 2020). "Mimi Fly atasi tempoh depresi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  4. ^ Mohd Haikal Isa (16 Oktober 2020). "Hujan sarat emosi Mimifly, Altimet". Kosmo!. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  5. ^ Hamizatul Maizan Mohamed (18 November 2019). "Walau ibu Mimi Fly lahir tanpa sepasang kaki, tetap menang di hati anak-anak". Nona. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  6. ^ "#Showbiz: With disability since birth, mama has stepped much further, says Mimifly". New Straits Times. 21 November 2019. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  7. ^ "Soseh Soseh: Bapa Mimi One Nation Emcees meninggal dunia". Harian Metro. 30 Mei 2015. Dicapai pada 16 Oktober 2015.
  8. ^ Georgie Joseph (14 Mei 2015). "Mimi nak nikah". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2015.
  9. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 Julai 2015). "Saya sudah nikah 16 Mei lalu". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2015.
  10. ^ Najiy Jefri (26 Disember 2017). "Mahligai Mimi terlerai sudah". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  11. ^ Ardini Sophia Sina (11 Disember 2016). "Mimi ingin jejaki Yuna". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2017.

Pautan luarSunting