Dunia Generasi Baru

Dunia Generasi Baru ialah sebuah siri drama televisyen berorientasikan belia Malaysia 2015 arahan Johan Bahar dengan skrip oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, diinspirasikan dari siri TV, Dunia Baru. Ia bersiaran dari 16 April 2015 hingga 9 Julai 2015 di Slot Aurora TV9.

SinopsisSunting

Mengisahkan enam remaja Norelle, Zuhal, Zahra, Rik, Siska dan Aman yang mempu­nyai pelbagai perangai dan kerenah. Segalanya disatukan dan disulam dengan nilai persahabatan yang pasti membuatkan penonton terhibur.[1] Norelle (Kaka Azraff) seorang gadis lincah dan keanak-anakan yang senang bergaul dan sering menjadi pendengar serta penasihat yang baik.

Disebabkan itu kadangkala Norelle terpaksa menghabiskan banyak masanya untuk menyelesaikan masalah orang di sekelilingnya. Aman (Erwin Dawson) pula sentiasa cuba berlagak ‘cool’ walaupun tindak-tanduknya selalu membuatkan orang lain salah faham. Seorang yang lucu dan gemar‚ mengadakan perbualannya dengan cara ‘rap’. Aman sebilik dengan Zuhal (Ben Amir) seorang jejaka tampan dan dimanjakan dengan kemewahan keluarganya. Walaupun Zuhal mudah marah, kedua-duanya adalah rakan karib. Rik (Fadlan Hazim) juga mempunyai kisahnya yang tersendiri dan agak misteri.

Zahra (Zahirah Macwilson), gadis manis dari keluarga yang sederhana. Dia mulanya bermusuh dengan Norelle, namun kemudian mereka berkawan baik. Begitu juga Siska (Natasha Elyzza) anak bintang rock yang cuba lari daripada perhatian ramai dan enggan menggunakan ayahnya sebagai kelebihan yang ada. Penuh dengan cabaran, enam remaja ini terpaksa berhadapan dengan masalah masing-masing dalam menempuh alam universiti dan mempertahankan persahabatan mereka. Namun tiada jalan mudah kerana semakin banyak konflik menimpa mereka.[2]

Disebalik sikap rakan-rakan perempuan yang penuh ragam, Norelle juga berdepan dengan rakan lelaki yang turut mempunyai masalah mereka tersendiri. Mereka terdiri daripada Aman yang licik dan gemar menipu ibu bapanya. Zuhal, anak orang berada yang ego dan  hidup bergantung dengan duit. Manakala Rik pula seorang kasanova hobinya suka bermain cinta. Sementara itu Zuhal telah membuat taruhan dengan Rik untuk memikat Zahra. Sekiranya Rik berjaya membuatkan Zahra jatuh cinta maka Rik akan dapat memiliki vespanya.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

EpisodSunting

Sinopsis
1. Masing-masing mula mendaftar ke kolej dan berkenalan sesama bakal rakan yang jadi teman mereka untuk 3-4 tahun akan datang. Ada diantara mereka mula memulakan kehidupan berdikari jauh dari keluarga masing-masing. Zahari, bapa Zuhal terkejut apabila bertemu dengan bekas isterinya Zulaikha semasa pendaftaran pelajar.
2. Para pelajar diagihkan kepada grup2 masing, ada yang mendapat mentor kaki propa, ada kaki MLM jual kopi oleh senior kumpulan orientasi Norelle,Rik,Aman dan Marina iaitu Fikri. Mereka menjadi downline setelah ditawarkan borang kemasukan rm50 tetapi untung rm 800. Seperkara lagi, Kopi Tajul digunakan ini sama nama dengan watak Tajul dalam Dunia Baru (siri TV) seorang usahawan dan opportunis. Siska dan Zahra pula menghidu niat buruk Maha yang mengeksploitasi freshies dengan sering menangkap gambar dan memuatnaik ke instagram.
3. Selepas mendaftar modul kelas para pelajar mula runsing kerana memerlukan wang banyak untuk membeli buku rujukan lebih-lebih lagi Norelle. Nama Zuhal pula menjadi bahan jenaka kolej kerana nama planet Jupiter. Rik pula mula memikat mana-mana gadis kolej baik senior mahupun freshie. Tetapi dia seakan-akan tidak mahu memberi komitmen serius dengan Marina. Norelle dan Zahra diterima bekerja separuh masa 4jam sehari di Kafe Opie, nama kafe ini diambil sempena watak Opie dalam Dunia Baru (siri TV) lakonan Elyana Emrizal.
4. Zuhal dan Rik yang mula kamceng kerana masing-masing menggilai wanita, mereka berasa jelek dengan kerenah Aman yang sentiasa mahukan kesempurnaan dan remeh temeh seperti tidak suka memandu laju, mengingatkan mereka tentang kepentingan memakai tali pinggan keledar, tidak suka mereka membuat bising di dalam bilik. Jadi mereka berpakat untuk mengenakan Aman dan Norelle. Rik pula berusaha untuk memikat Zahra tetapi tidak kesampaian kerana dia tidak mudah dijinakkan. Perang keji antara Rik,Zuhal vs Aman semakin menjadi jadi. Siska pula semakin tertekan dengan perangai bapanya yang kebudak-budakan.
5. Siska cuba sedaya upaya merahsiakan latar belakang keluarganya dengan mereka reka cerita dia miskin,bapanya bekerja mengutip tin dan pekerja tapak pelupusan sampah. dan berasal dari kampung. Supaya rakan-rakannya tidak tahu dia anak pemuzik popular. Kesan dari perbuatannya tu menyusahkan dia di kemudian hari. Norelle & Zahra mula syak wasangka kerana Siska sering memberikan alasan tidak munasabah. Zuhal bermulut jahat menuduh Zahra pengotor menyebabkan dia marah dengan Rik sekaligus menjadi punca mereka bermusuh. Aman pula cuba mengasah bakat muziknya walaupun dikritik teruk di alam maya.
6. Untuk berkawan dengan Zahra, Rik telah membuat profail palsu Aaron Musa di facebook supaya dia dapat mendekati Zahra secara rahsia. Aman yang kini dikenali sebagai King Aman rapper viral di blahtube menjadi bahan jenaka di kampus. Aman mula berkawan baik dengan Rik bagaimana untuk menjadi lelaki macho,maskulin. Siska pula tertekan bekerja dibawah Puan Mahani kerana lebih banyak melayan kerenah anak perempuannya, Kobi berbanding membuat kajian.
7. Zuhal yang mempunyai kekasih bernama Seri, belajar di luar negara sering berhubung dari lewat malam hingga awal pagi, menganggu waktu tidur nya hingga terlelap di dalam kelas. Norelle yang kesempitan wang mencuri wang Siska untuk melangsaikan hutangnya pada bos kafe Opie. Siska tanpa usul periksa mengesyaki Lani telah mencuri duitnya.Hingga satu kampus berfikir buruk tentang Lani.
8. Norelle dan Lani teruja apabila kumpulan Horizon bakal mengadakan konsert reunion di KL. Norelle dan Zahra pula mengumpat tentang perangai Lani yang kerap melepak di bilik mereka. Aman pula bertemu kaunselor Miss Hani kerana rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Zahari, bapa Zuhal mula mengesyaki Zahra adalah anaknya dengan isteri dari perkahwinan pertamanya dulu. Lalu dia bertemu dengan Zulaikha, ibu Zahra untuk merungkai semua persoalan ( ini mirip kisah Opie dan Suzanna dalam siri asal dimana mereka menjadi adik beradik tiri kerana ibu Opie berkahwin dengan bapa Suzanna )

Setelah menyiasat Siska, Norelle terkejut Rio dari kumpulan Horizon itu adalah bapanya.

9. Zahra berasa rendah diri kerana Zuhal mendapat markah tinggi dalam kuiz. Norelle pula kerap bertanya soalan tentang Rio pada Siska menyebabkan dia resah dan rimas. Rik mula menjalin hubungan baik dengan Zahra apabila membantu mendapatkan kertas jawapan Zuhal untuknya.
10. Zahra mula mendesak Aaron Musa(pseudonym Rik) untuk berjumpa depan mata. Rik mengupah Zack untuk bertemu Zahra dan menyamar sebagai Aaron Musa. Aman mula obses dengan Siska selepas teruja apabila Norelle menceritakan rahsianya. Zuhal mula mengesyaki ada sesuatu yang tak kena antara bapa nya dan ibu Zahra. Rik pula memberontak tidak mahu menerima bapanya dalam hidupnya kerana penderaan, tidak bertanggungjawab bapanya dulu. Kini bapanya koma dan otaknya tidak lagi berfungsi.
11. Zuhal terkejut apabila mendengar pengakuan bapanya, rupa-rupanya dia dan Zahra adik beradik sebapa tapi berlainan ibu kandung. Zahra ibarat kakak kepadanya, yang cuma beza 2 bulan jarak umur tapi lahir di tahun sama. Membuatkan dia jadi tak keruan dan berkelakuan aneh. Norelle berkecil hati dengan Aman kerana meminggirkannya selepas mendapat tawaran dengan produser muzik.
12. Rik membuat keputusan untuk mematikan watak Aaron Musa lantas mengecewakan Zahra. Zuhal mahu menamatkan pertaruhan vespa nya dengan Rik sekaligus Rik kini bebas untuk meneruskan hubungan serius dengan Zahra. Aman mendapatkan nasihat kawan-kawannya tentang kontrak rakaman.
13. Kemunculan Andy yang gemar bersajak, membuatkan Zahra mula dapat pulih dari kehilangan Aaron Musa. Tindakan Rik mematikan watak Aaron akhirnya memakan diri kerana Andy kini pesaingnya. Rahsia Siska terbongkar dan dia marah pada Norelle dan Aman. Norelle pula dibebani hutang keluarganya dan memilih sama ada berhenti belajar atau bekerja. Zuhal akhirnya berterus terang pada Zahra, mereka adik beradik dan mereka mempunyai nama bapa yang sama. Mereka pergi memujuk Norelle supaya tidak berhenti.

MuzikSunting

  1. Kaka Azraff feat. Sleeq - Bukan Hal Aku (intro)
  2. Kaka Azraff feat Zizan Razak - Bawa Aku Pergi

TriviaSunting

  • Watak Zuhal lakonan Ben Amir sebenarnya memiliki nama sama dengan watak Uncle Zuhal lakonan Usop Wilcha dalam Dunia Baru musim pertama.
  • Lokasi yang menjadi tempat mereka melanjutkan pengajian ialah di IUMW (International University of Malaysia Wales). Sebuah universiti swasta yang menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaya dan lokasi kampusnya terletak di Jalan Tun Ismail di tengah kotaraya. Berhampiran dengan akses pengangkutan awam seperti Stesen KTM - Putra dan Stesen lrt STAR Sultan Ismail dan PWTC. Juga berjiran dengan OUM (Open University Malaysia).
  • Ikatan kekeluargaan - Zahra dan Zuhal boleh dianggap half sibling/half brother/half sister kerana mereka berasal dari bapa yang sama dan Ibu yang berlainan. Bapa Zuhal, Zahari menceraikan ibu Zahra semasa mengandungkan Zahra dan dia tidak tahu dia mengandung semasa menceraikannya. Kemudian berkahwin dengan ibu Zuhal. Ibu Zahra pula hanya menceritakan bapa nya sudah mati sebelum dia dilahirkan. Zahra memiliki lagi 2 adik beradik dari perkahwinan kedua ibunya.
  • Suzanna dalam siri asal Dunia Baru dilihat menipu status dengan mengatakan dia berasal dari keluarga kaya, hakikatnya dia datang dari keluarga miskin. Ini kontra dengan Siska yang berasal dari keluarga berkemampuan tetapi berbohong pada teman-teman dan warga kampus dia dari keluarga miskin.
  • Hampir setiap episod Rik akan mempunyai pasangan baru, Rik ini mirip Umarah lakonan Que Haidar dalam siri asal. Tetapi Rik tidak kedekut dan berkira tentang wang.
  • Tempat dimana Rik selalu dating ialah di Uncle Ron's Cafe, Kota Damansara.
  • Zack (episode 10) yang diupah oleh Rik untuk menyamar sebagai Aaron Musa adalah orang sama memegang watak Kodok dalam siri tv KAMI.
  • Nomi, adik Norelle hanya berhubung dengan Norelle melalui telefon tetapi wataknya tidak pernah ditampilkan.
  • Kaka Azraff dan Ben Zahid kembali berlakon bersama semula di dalam drama Inai Yang Hilang 2018 ntv7

RujukanSunting