Fragmen
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada 30 Jun 2014 (Fizikal) [1]
14 Julai 2014 (Digital)[2] [nota 1]
Dirakam pada Disember 2013 - Jun 2014
Genre Pop, R&B
Masa 35:11
Syarikat Siti Nurhaliza Productions
Universal Music Sdn Bhd
Penerbit Siti Nurhaliza (Eksekutif), Mujahid Abdul Wahab (Eksekutif), Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Mike Chan, Ade Govinda
Kronologi Siti Nurhaliza
All Your Love
(2011)
Fragmen
(2014)
Unplugged
(2015)
Single daripada album Fragmen
  1. "Lebih Indah"
    Dikeluarkan pada: 31 Ogos 2013
  2. "Jaga Dia Untukku"
    Dikeluarkan pada: 4 Mei 2014
  3. "Terbaik Bagimu"
    Dikeluarkan pada: 15 Oktober 2014
  4. "Seluruh Cinta"
    Dikeluarkan pada: 21 Oktober 2014

Fragmen ialah album studio ke-16 dan album bahasa Melayu ke-15 oleh penyanyi wanita Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan pada 30 Jun 2014 secara fizikal oleh Universal Music Malaysia dengan kerjasama syarikat milknya, Siti Nurhaliza Productions. Secara liriknya, kebanyakan lagu dalam album ini adalah berdasarkan kehidupan dan pengalamannya. Pembikinan album ini telah menyaksikan kerjasama antara penggubah, penulis lirik dan penerbit dari Malaysia dan Indonesia.

Fragmen mempertaruhkan empat single untuk pasaran Malaysia, "Lebih Indah", "Jaga Dia Untukku", "Terbaik Bagimu" dan "Seluruh Cinta". Pada 2014, “Lebih Indah” menerima dua pencalonan di 2014 World Music Awards menerusi kategori Lagu Terbaik Dunia dan Video Muzik Terbaik Dunia. Pada 17 Oktober 2014, “Lebih Indah” melayakkan Siti memenangi kategori Artis Terbaik (Wanita) dan Lagu Terbaik (Malaysia) di Anugerah Planet Muzik 2014. Pada 21 Oktober, Fragmen dan single-singlenya telah dicalonkan dalam enam kategori berlainan di Anugerah Industri Muzik. Pada 6 Disember, “Lebih Indah” dan Fragmen juga melayakkan beliau memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Album Terbaik di anugerah yang sama. Kemenangannya untuk “Lebih Indah” menandakan kali ke-12 Siti memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).[4]

Album Fragmen telah dilancarkan secara rasminya di Indonesia pada 21 Oktober 2014. Runut tambahan, sebuah lagu duet bersama Cakra Khan, “Seluruh Cinta” telah dilancarkan sebagai single pertama album ini untuk pasaran Indonesia pada hari yang sama.

Sehingga 27 Ogos 2014, album ini telah menerima pengiktirafan Platinum selepas dipasarkan sebanyak 10,000 salinan. Lebih kurang 3 bulan kemudian, Fragmen dianggarkan telah dijual sekitar 50,000 salinan.

Isi kandungan

Latar belakang dan rakamanSunting

   
Fragmen menyaksikan buat pertama kalinya Siti Nurhaliza bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Singapura dan Malaysia seperti Awi Rafael (kiri) dan Faizal Tahir (kanan).[5]

Fragmen ialah album pertama Siti Nurhaliza hasil kerjasama antara syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia sejak Julai 2011.[6] Penerbitan album ini bermula pada Oktober 2012 dengan pelancaran single "Galau" pada 11 Januari 2013.[7] Walaupun dilancarkan secara digital pada Januari 2013, Galau dipersembahkan semasa konsert Dato' Siti Nurhaliza - Live in Kuantan pada November 2012.[8] Bagaimanapun, apabila Fragmen dilancarkan pada 30 Jun 2014,[1] "Galau" telah digugurkan daripada senarai runut terakhir. Menurut pengurusannya, pelancaran "Galau" hanya untuk tujuan promosi untuk memperkenalkan usaha kerjasama antara Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Universal Music Malaysia kepada umum dan tidak sesuai dimuatkan dalam album ini kerana kelainan hala tuju muzik.[9]

Pada 15 Mei, [10] single pertama album ini, “Lebih Indah” telah dipersembahkan semasa rakaman rancangan khas 90 minit sempena Hari Raya Aidilfitri bersama TV2, Konsert Sanggar Lebaran Dato’ Siti Nurhaliza.[11] Rancangan ini disiarkan selepas itu, pada 8 Ogos.[12] Dirakamkan pada 2013, lagu ini dikatakan mencerminkan emosinya apabila menjaga suaminya yang terlibat dalam kemalangan motosikal di New Zealand pada Disember 2012.[13]

Proses untuk mengumpulkan lagu mengambil masa tiga bulan. Saya dapat lebih kurang dalam 40 buah lagu. Selepas semua lagu menjalani proses penilaian bersama dengan saya, Universal Music dan pihak Siti Nurhaliza Productions sendiri, sembilan lagu dipilih untuk dimuatkan dalam ‘Fragmen’.

— Siti Nurhaliza semasa merakamkan album "Fragmen".[14]

Pada bulan Julai, Pengarah A&R Universal Music Malaysia, Mujahid Abd Wahab mendedahkan bahawa kos penerbitan keseluruhan yang telah dibelanjakan Universal untuk album ini mencecah hampir RM 200,000.[15] Menurut Mujahid, "Kerjasama yang dijalin Universal Music Malaysia bersama Siti tidak melihat dari sudut perolehan semata-mata sebaliknya ia lebih daripada itu. Pihak Universal Music Malaysia sanggup mengeluarkan belanja besar untuk pembikinan album terbaru Siti memandangkan dia [i]alah aset negara. Sebagai penyanyi terbaik, sudah tentu albumnya harus setaraf dengan statusnya."[16] RM 200,000 dikatakan hanya meliputi kos pengeluaran album sahaja.[17]

Dalam proses penciptaan album, album itu menyaksikan kerjasama pemuzik, penggubah dan juruteknik dari pelbagai negara. Proses 'mastering' album ini dilakukan oleh Sterling Sound Studio di New York.[17] Ade Govinda, penggubah muzik dari Indonesia yang menyumbang "Terbaik Bagimu", juga salah satu penerbit untuk album.[18]

Daripada sembilan lagu yang dimuatkan dalam album ini, tiga daripadanya ("Mula dan Akhir", "Sanubari" dan "Membunuh Benci")[18] [nota 2] yang dipilih daripada kerjasama beliau dengan Bengkel Cipta Ekspres Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan Malaysia pada 25 April 2013. [14] Semasa bengkel itu diadakan, 10 pencipta lagu dan penulis lirik 10 yang dipilih diberi tiga hari untuk mencipta 10 lagu, sebelum mereka dibentangkan kepada Siti agar beliau menilai kesesuaian lagu-lagu tersebut untuk dimuatkan dalam albumnya.[14] Bengkel ini menandakan kali kedua Siti bekerjasama dengan MACP untuk mencari bahan-bahan baru untuk album sejak album tradisional terakhir, Lentera Timur.[14]

Asalnya dimuatkan sebagai runut kesepuluh untuk album ini, "Seluruh Cinta", duet dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan tidak dimasukkan dalam suntingan akhir album. Lagu yang dirakamkan dalam tempoh tiga jam pada 29 Mei 2014 di My Music, Jakarta Selatan, Indonesia [20][21]kemudian didedahkan oleh pengurusan Siti sebagai penjadian sebuah projek yang berlainan, walaupun kemungkinan kemasukannya sebenarnya dipertimbangkan. Lagu ini akhirnya dimasukkan ke dalam versi Indonesia bagi album Fragmen apabila ia dilancarkan dan dikeluarkan secara rasmi pada 21 Oktober 2014.[22]

Karya seni dan tajukSunting

 
Siti Nurhaliza pada 13 Januari 2013, dua hari selepas ulang tahun kelahirannya ke-34 pada 11 Januari, apabila membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya,[23] imej baru yang mencerminkan karya seni dan sisipan album Fragmen.[24]

Dirakamkan oleh Bustamam Mokhtar,[25] kulit album menggambarkan Siti menggayakan busana hitam. Beliau menjelaskan busana hitam pilihan beliau sebagai "Selain hasil perbincangan bersama pihak yang terbabit dalam penghasilan kulit album, Siti memilih hitam kerana ia warna kesukaan Siti dan amat sesuai dengan gaya elegan yang Siti kehendaki." [5] Album ini juga menandakan kulit album pertama beliau di mana beliau mengenakan tudung.[24] Beliau menjelaskan:"Ini kali pertama kulit album yang merakam saya berhijab. Walaupun berhijab, saya inginkan kelainan dan dalam masa yang sama imej yang ditampilkan itu sesuai dengan elemen pop yang ada dalam album ini. Sebab itu, saya sengaja memilih warna hitam sepenuhnya untuk pakaian kerana hitam nampak elegan." [24]

Dipilih oleh kakak iparnya, Rozi Abdul Razak,[24] menurut Siti, tajuk album ini dikatakan "menggambarkan sebahagian daripada kisah, cerita dan peristiwa hidup sehari-hari."[5]

Pelancaran dan promosiSunting

Sebelum pelancaran rasminya pada 21 Julai, album itu dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan digital pada dua tarikh yang berasingan. Salinan fizikal album ini dikeluarkan pada 30 Jun,[1] manakala versi digital album ini dikeluarkan pada 14 Julai 2013.[2] Album beliau telah dilancarkan secara rasmi di Le Méridien, Kuala Lumpur pada 21 Julai.[26] Selain pelbagai persembahan lagu-lagu beliau untuk beberapa kali, beliau juga mengadakan beberapa sesi perjumpaan untuk mempromosikan Fragmen untuk kedua-dua peminat Malaysia dan Singapura pada 24 Ogos (Pavilion Kuala Lumpur),[27] 25 September (Universiti Teknologi Malaysia)[28] dan 17 Oktober 2014 (Tampines Mall),[29]Singapura.

Pada 21 Oktober 2014, versi Indonesia album Fragmen telah dilancarkan secara rasmi dan dikeluarkan di Artotel, Jakarta Tengah dengan runut tambahan, duet dengan Cakra Khan, "Seluruh Cinta".[22] Semasa lawatan beliau untuk mempromosikan album beliau, Siti muncul beberapa hari berturut-turut dalam pelbagai program berasaskan hiburan Indonesia seperti program-program radio dan saluran televisyen termasuk "Persembahan Cinta 23" di (MNCTV),[30] "DahSyat"[31] dan "Superstars"[32] di RCTI, "Inbox"[33] di SCTV, "Ada Ada Aja"[34] di Global TV dan "Sarah Sechan" di NET..[35]

Persembahan secara langsungSunting

"Lebih Indah" ialah single rasmi daripada album ini yang pertama dilancarkan sebagai pelancaran digital di ITunes pada 31 Ogos 2013.[36] Sebelum pelancaran rasminya, lagu ini dipersembahkan semasa rakaman rancangan televisyen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2013, Konsert Sanggar Lebaran Dato’ Siti Nurhaliza pada 15 Mei. [10][11] Kemudian, ia dipersembahkan sekali lagi semasa konsert Siti Nurhaliza dalam Simfoni pada 5-7 Julai di Dewan Filharmonik Petronas. [37] Pada bulan Ogos, sekali lagi sempena Aidilfitri, beliau menyanyikan lagu Lebih Indah versi ‘unplugged’ dalam satu rancangan televisyen khas sempena Hari Raya, “Stailista Unplugged” yang bersiaran pada 8 Ogos di TV9. [38] Pada 5 Disember, beliau menyanyikan lagu ini semasa Anugerah Televisyen Asia 2013 di Resorts World Sentosa, Singapura. [39] Pada 14 Disember, sebagai artis yang mengadakan persembahan, beliau memperdendangkan Lebih Indah sempena Anugerah Industri Muzik ke-20.[40] Seminggu kemudian, pada 20 dan 21 Disember, beliau menyanyikan lagu ini selama dua hari berturut-turut semasa konsert amal, “Konsert Destini” yang dianjurkan oleh Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).[41] Pada 4 Januari 2014, [42] sebagai salah seorang artis semasa pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, beliau menyanyikan lagunya diikuti oleh sebuah lagu duet bersama Hafiz Suip dengan lagu bertajuk “Muara Hati”. Lagu ini juga dipersembahkan semasa persembahan Minggu Setiausaha selama 2 hari, “Lebih Indah Bersama Siti Nurhaliza” pada 15 dan 16 April.[43]

Jaga Dia Untukku” ialah single kedua album Fragmen yang dilancarkan pada 4 Mei 2014. [44][45][nota 3] Lagu ini dipersembahkan semasa konsert amal beliau selama dua hari, Dato’ Siti Nurhaliza Live In Concert - Where The Heart Is di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Februari.[46] Untuk pelancaran di radio, Hot FM menjadi stesen radio pertama di Malaysia yang menyiarkan lagu ini secara eksklusif untuk pendengar Malaysia pada 2 Mei. [47][48]Ia juga dipersembahkan semasa Anugerah Planet Muzik 2014. [49]

Terbaik Bagimu” ialah single ketiga album ini yang telah dipersembahkan semasa konsert Dato’ Siti Nurhaliza Live In Singapore pada 12 April 2014. [50] Ia juga dipersembahkan beberapa kali semasa lawatannya ke Indonesia untuk mempromosikan album Fragmen versi Indonesia termasuk - “Persembahan Cinta 23” (MNCTV) pada 12 Oktober 2014,[30] “dahSyat” [31] dan “Superstars” di RCTI[32] (21 Oktober), “Inbox” di SCTV (22 Oktober)[33] dan “Sarah Sechan” di NET..[35]

Seluruh Cinta” telah dipersembahkan secara langsung oleh Siti dan Cakra semasa rancangan khas MNCTV sempena ulang tahunnya ke-23, “Persembahan Cinta 23” pada 20 Oktober 2014.[30][51] Lagu yang sama dipersembahkan selama beberapa hari berturut-turut di beberapa rancangan hiburan dan saluran televisyen Indonesia, termasuk “dahSyat” di RCTI (21 Oktober) [31][51] dan “Ada Ada Aja” di Global TV (22 Oktober).[51][34] Seluruh Cinta juga dipersembahkan secara langsung semasa rakaman rancangan bual bicara satu jam oleh Sarah Sechan di saluran NET. yang bersiaran pada 1 November 2014.[35][52]

SingleSunting

  • Single pertama album ini, “Lebih Indah” dilancarkan pada 31 Ogos 2013.[36] Lagu ini diceritakan oleh Siti sebagai ‘mengabadikan semangat dan berkongsi perasaan saat menjaga suaminya’ yang beliau terpaksa hadapi apabila menjaga suaminya yang terlibat dalam kemalangan motosikal di New Zealand pada November 2012.[13][53] Dibintangi oleh Zain Saidin, Chacha Maembong dan Ari, video muziknya dipilih sebagai komersial untuk produk “eau de toilettes” beliau daripada rangkaian kosmetik SimplySiti.[54] Video muzik lagu ini telah dimuat naik di YouTube pada 30 Mei, dua minggu selepas sesi ‘sneak peek’ semasa jelajah promosi pertama produk “eau de toilettes” pada 11 Mei. [54]“Lebih Indah” melayakkan Siti memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa - Artis Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik 2014 dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) di Anugerah Industri Muzik.[55][56] Lagu ini juga menerima pencalonan di 2014 World Music Awards menerusi kategori Lagu Terbaik Dunia dan Video Muzik Terbaik Dunia.[57]
  • Single kedua, “Jaga Dia Untukku” dilancarkan pada 4 Mei 2014. [44][45] Lagu ini diinspirasikan oleh pengalamannya mendengar berita mengenai nahas motosikal suaminya dan kebimbangannya apabila menjaganya. [58] Video muziknya menjalani penggambaran di Puncak Pass, Cisauran, Kabupaten Bogor, Indonesia. [59] Video muzik lagu ini dipertontonkan kepada media semasa pelancaran albumnya pada 21 Julai. Ia dipersembahkan secara langsung beberapa kali termasuk dalam rancangan “Apa Saja FBI” di TV9.[60]
  • Single ketiga, “Terbaik Bagimu” telah dilancarkan pada 15 Oktober 2014. [61] Ia dipersembahkan secara langsung semasa konsert Dato’ Siti Nurhaliza - Live In Singapore pada 12 April 2014.[50] Ia juga dipersembahkan beberapa kali semasa lawatannya ke Indonesia bagi mempromosikan album Fragmen versi Indonesia termasuk - “Persembahan Cinta 23” (MNCTV) pada 20 Oktober,[30] “dahSyat” [31] dan “Superstars” [32] (RCTI) pada 21 Oktober, “Inbox” [33](SCTV) pada 22 Oktober dan “Sarah Sechan” di NET..[35]
  • Single Indonesia pertamanya, “Seluruh Cinta” telah dipersembahkan secara langsung oleh Siti dan Cakra semasa rancangan khas MNCTV sempena ulang tahunnya ke-23 pada 20 Oktober 2014. [30][51]Ia dilancarkan secara rasminya pada 21 Oktober 2014 dengan pelancaran album Fragmen versi Indonesia pada hari yang sama.[22] Lagu yang sama dipersembahkan secara langsung dalam beberapa rancangan hiburan dan saluran televisyen Indonesia, termasuk “dahSyat” di RCTI (21 Oktober)[31][51] dan “Ada-Ada Aja” di Global TV (22 Oktober).[51][34] “Seluruh Cinta” juga dpersembahkan secara langsung semasa rakaman rancangan bual bicara sejam oleh Sarah Sechan di NET. yang bersiaran pada 1 November 2014.[35][52]

Persembahan komersialSunting

Dalam masa seminggu selepas ia dilancarkan, Fragmen telah dijual sebanyak 5,000 salinan, dan menjadikannya penerima pensijilan Emas. [18][26] Sehingga 27 Ogos, album ini telah menerima pensijilan Platinum selepas ia dipasarkan sebanyak 10,000 salinan.[62] Lebih kurang tiga bulan kemudian, pada 20 November, difahamkan bahawa album ini telah terjual dalam anggaran 50,000 salinan.[63]

Senarai runutSunting

No. Tajuk Penulis Penerbit Masa
1. "Aku"   Faizal Tahir, Mike Chan Faizal Tahir, Mike Chan 3:44
2. "Jaga Dia Untukku"   Aubrey Suwito, Rozisangdewi (Rozi Abdul Razak) Aubrey Suwito 3:25
3. "Mula Dan Akhir"   Awi Rafael, Tinta Aubrey Suwito 4:14
4. "Kau Sangat Bererti"   Hamid Mufari Aubrey Suwito 4:19
5. "Sanubari"   Adi Priyo, Ce’Kem Aubrey Suwito, Mujahid Abdul Wahab 3:33
6. "Terbaik Bagimu"   Ade Govinda, Jeje Govinda Ade Govinda 4:09
7. "Warna Dunia"   Lin Li Zhen, Rozisangdewi Aubrey Suwito 4:13
8. "Membunuh Benci"   Acap, Hairul Anuar Harun Aubrey Suwito 3:44
9. "Lebih Indah"   Aubrey Suwito, Ad Samad Aubrey Suwito 3:54
Jumlah masa:
35:11

Kredit albumSunting

Kredit diperoleh dari sisipan buku kecil album Fragmen.[25][65]

Penyanyi dan pemuzik
  • Abe Ryu - dram (trek 3)
  • Aji - gitar (trek 3, 4)
  • Andy Amrullah - violin (trek 5)
  • Cakra Khan - vokal (trek 10)[65] [nota 4]
  • Damascus Panggah - cello (trek 5)
  • Dimawan Krisnowo Adji - piano (trek 5), cello (trek 5)
  • Eko Baloeng - violin (trek 5)
  • Eko Murdiatmanto - viola (trek 5)
  • Datuk Siti Nurhaliza - vokal, penyanyi latar (trek 2, 4, 7)
  • Evelyn Feroza - penyanyi latar (trek 1)
  • Faizal Tahir - penyanyi latar (trek 1), gitar (trek 1)
  • Ginda Bestari - gitar (trek 10)[65]
  • Junaidi - viola (trek 5)
  • Juwita Suwito - penyanyi latar (trek 2, 7)
  • Ken Chung - bass (trek 3)
  • Oscara Artunes - violin (trek 5)
  • Saptadi - violin (trek 5)
  • Widy - penyanyi latar (trek 7)
Krew teknikal
  • Acap - komposer (trek 8)
  • Ad Samad - lirik (trek 9)
  • Ade Govinda - penerbit rakaman, komposer (trek 6), lirik (trek 6)
  • Adi Priyo - komposer (trek 5)
  • Aida Farhah - penciptaan, rekabentuk
  • Annay H. - penggaya
  • Aubrey Suwito - penerbit rakaman, komposer (trek 2, 9), synth (trek 2-4, 9), produksi (trek 2-9), gubahan (trek 2-4, 7-9), piano (trek 3, 8-9), strings (trek 8)
  • Awi Rafael - komposer (trek 3)
  • Bustamam Mokhtar - fotografi
  • Ce’Kem - lirik (trek 5)
  • Datuk Siti Nurhaliza - penerbit eksekutif
  • Dimawan Krisnowo Adji - gubahan (trek 5)
  • Eko Sulistiyo - adunan (trek 6)
  • Emryl - unit promosi (Universal Music Group)
  • Faizal Tahir - penerbit rakaman, komposer (trek 1), lirik (trek 1), rakaman (trek 1), gubahan (trek 1)
  • Felix Voon - adunan (trek 1)
  • Ferry EFKA - strings (trek 6), keyboard (trek 6)
  • Galeri Ariani - busana
  • Hairul Anuar Harun - lirik (trek 8)
  • Hamid Mufari - komposer (trek 4), lirik (trek 4)
  • Ismael Arafat - adunan (trek 5)
  • Jay Franeo (Sterling Sound) - mastering
  • Jeje Govinda - produksi tambahan (trek 6)
  • Jonatahan Liang - busana
  • Kamal - unit promosi (Universal Music Group)
  • Krishna Balagita - lirik, komposer (trek 7)[65]
  • Lin Li Zhen - komposer (trek 7)
  • Mike Chan - komposer (trek 1), lirik (trek 1), rakaman (trek 1), synth (trek 1)
  • Mujahid Abdul Wahab - penerbit eksekutif, penerbit rakaman
  • Nino - A&R
  • Nizam Rahmat - penciptaan
  • Nurul Shukor (Nurul Shukor Touch) - solekan
  • Rozi Abdul Razak (Rozisangdewi) - unit promosi (Siti Nurhaliza Productions), lirik (trek 2, 7)
  • Sander Rino - unit promosi (Universal Music Group)
  • Shamiera - unit promosi (Universal Music Group)
  • Sunil Kumar - adunan (trek 2-4, 7-9)
  • Stephan Santoso - mastering, adunan (trek 10)[65]
  • Syaiful Baharim - busana
  • Tinta - lirik (trek 3)
  • Tito P. Soenardi - gubahan, gubahan string (trek 10)[65]
  • Tommy Utomo - rakaman (trek 10)[65]
  • Zack - unit promosi (Universal Music Group)

Anugerah dan penghargaanSunting

Pada 2014, Siti menerima lima pencalonan di World Music Awards, tiga untuk dirinya sendiri (Artis Wanita Terbaik Dunia, Persembahan Secara Langsung Terbaik Dunia, Penghibur Terbaik Dunia Sepanjang Tahun) dan dua untuk “Lebih Indah” (Lagu Terbaik Dunia dan Video Muzik Terbaik Dunia).[66] Pada 17 Oktober, beliau menerima dua anugerah daripada Anugerah Planet Muzik 2014 bagi kategori Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik (Malaysia) untuk “Lebih Indah” dalam majlis anugerah yang melibatkan karyawan muzik dan penyanyi dari Indonesia, Singapura dan Malaysia.[55]

Tahun Anugerah Penerima dan pencalon Kategori Keputusan Negara
2014 World Music Awards[57] "Lebih Indah" Lagu Terbaik Dunia Dicalonkan  
Monaco
Video Muzik Terbaik Dunia Dicalonkan
Anugerah Planet Muzik[55][67] "Lebih Indah" Lagu Terbaik (Malaysia) Menang  
Singapura
Artis Wanita Terbaik Menang
"Terbaik Bagimu" Kolaborasi Terbaik (Lagu) Dicalonkan
Anugerah Industri Muzik[56][68] Fragmen Rakaman Album Terbaik Dicalonkan  
Malaysia
Album Terbaik Menang
Kulit Album Terbaik Dicalonkan
"Lebih Indah" Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) Menang
Gubahan Muzik Terbaik Dalam Lagu Dicalonkan
"Jaga Dia Untukku" Lagu Pop Terbaik Dicalonkan
2015 Anugerah Meletop Era[69][70] "Jaga Dia Untukku" Penyanyi Meletop Menang  
Malaysia
Lagu Meletop Dicalonkan
Anugerah K-20 Karaoke Popular[71] "Jaga Dia Untukku" 10 Lagu Berbahasa Melayu Paling Popular 2014 Menang(Tempat ke-9)  
Malaysia
Anugerah Planet Muzik[72][73] "Jaga Dia Untukku" Lagu Popular Terbaik Dicalonkan  
Singapura
"Seluruh Cinta" Dicalonkan
Duo/Berkumpulan Terbaik Dicalonkan
Kolaborasi Terbaik (Artis) Menang

PensijilanSunting

Negara Pensijilan Jualan/Penghantaran
Malaysia[62] Platinum 50,000[63]

Kedudukan cartaSunting

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2013

Lebih Indah

- - 15 -
2014

Jaga Dia Untukku

- 1 1 -

Terbaik Bagimu

- 1 1 -

Seluruh Cinta

- 1 1 -

Ringkasan albumSunting

Rantau Tarikh pelancaran Format Label
Malaysia 30 Jun 2014[1] CD Universal Music Group (Malaysia)
Singapura
Brunei
Seluruh dunia 14 Julai 2014[2] Muat turun digital
Jepun 9 Ogos 2014[74] CD Universal Music Group
Indonesia 21 Oktober 2014[75] CD, Digital Universal Music Group (Indonesia)

Nota kakiSunting

  1. ^ Nota 1: Walaupun ia telah dilaporkan bahawa album ini dikeluarkan di iTunes pada 9 Julai, album itu sebenarnya dikeluarkan pada 14 Julai, seperti yang terbukti dalam pos promosi di akaun Facebook Universal Music Malaysia.[2] Album ini, bagaimanapun boleh didapati untuk penstriman pada 9 Julai di kedua-dua Deezer dan Spotify. [3]
  2. ^ Nota 2: Ada kemungkinan bahawa lagu "Terbaik Bagimu" telah tersilap dilaporkan hasil Bengkel Xpress Creation Badan Perlindungan Hakcipta Muzik (MACP) sejak lagu yang ditulis dan digubah oleh komposer dan penulis Indonesia. [18]Menurut laman rasmi MACP ini , "Membunuh Benci" adalah karya Acap dan Hairul Anuar Harun semasa bengkel 2014 pada bulan April 2014,[19] dan mungkin telah dimasukkan dalam album pada saat-saat terakhir.
  3. ^ Nota 3: Walaupun ia telah dilaporkan bahawa lagu "Jaga Dia Untukku" telah dikeluarkan di ITunes pada 4 April, lagu itu sebenarnya dikeluarkan pada 4 Mei, dua hari selepas beliau mempromosikan lagu itu di stesen radio.[44][45]
  4. ^ Nota 4: Trek 10 merujuk kepada lagu tambahan dalam versi Indonesia album Fragmen yang tidak terdapat dalam versi Malaysia, "Seluruh Cinta".

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Editorial MH (30 Jun 2014). Album Terbaru Dato' Siti Nurhaliza 'Fragmen' Dijual Hari Ini MediaHiburan.Karangkraf.com. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  2. ^ a b c d Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (15 Julai 2014). Fragmen's First Promo on Universal Music Malaysia (Domestic)'s Facebook Account Dicapai pada 2 Ogos 2014.
  3. ^ Universal Music Malaysia (Domestic)’s Admin (10 Julai 2014). Fragmen Available for Streaming on Deezer and Spotify Dicapai pada 2 Ogos 2014.
  4. ^ Kakitangan RotiKaya (7 Disember 2014). Siti Nurhaliza Rangkul Vokal Terbaik AIM Buat Kali Ke-12 RotiKaya.com. Dicapai pada 8 Disember 2014.
  5. ^ a b c Berita Harian Staff (30 Jun 2014). "Fragmen muatkan kisah hidup Siti Nurhaliza". Berita Harian. Dicapai pada 2014-08-02. 
  6. ^ Budiey (12 Ogos 2011). "Siti Nurhaliza Kini Bersama Universal Music Malaysia". Budiey.com. Dicapai pada 2014-08-02. 
  7. ^ "Galau – Single – Dato Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 11 Januari 2013. Dicapai pada 2014-06-14. 
  8. ^ Hafiz Hassim (11 November 2013). "Siti Nurhaliza Persembah Single Baru "Galau" Di Kuantan". Gua.com.my. Dicapai pada 2014-07-11. 
  9. ^ Ina Mohd (1 Julai 2014). "Album "Fragmen" Siti Laris!". Era FM. Dicapai pada 2014-07-11. 
  10. ^ a b Rakaman Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza (Motion Picture). Malaysia: RTM1. 2013. 
  11. ^ a b Norliza Mohd Ali (Director) & Mohd Yusni Mohamed Ali (Producer) (2013). Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza (Motion Picture). Malaysia: RTM1. 
  12. ^ Budiey (29 Julai 2013). "Konsert Dato Siti Nurhaliza di Lebaran Syawal". Budiey.com. Dicapai pada 2014-07-21. 
  13. ^ a b Amirah Amaly Syafaat (14 Julai 2013). "Pengaruh Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2014-01-27. 
  14. ^ a b c d Syed Musaddad Syed Mahdi (28 April 2013). "Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2014-07-31. 
  15. ^ "Berkos RM200,000, Album Siti Nurhaliza Setaraf Album Beyonce, Mariah Carey". MalaysianDigest.com. Dicapai pada 2014-07-21. 
  16. ^ Rudy Imran Samsudin (17 Ogos 2013). "Berbelanja besar demi Siti". Harian Metro. Dicapai pada 2014-07-21. 
  17. ^ a b Utusan Malaysia Staff (25 Julai 2013). "Cecah RM200,000". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2014-07-21. 
  18. ^ a b c d Kamaruddin Razal (23 Julai 2014). "Kisah Datuk K Dalam Album Dato'Siti Nurhaliza". Gua.com.my. Dicapai pada 2014-07-31. 
  19. ^ Music Author's Copyright Protection Admin (2014). "Music Author's Copyright Protection 2014 News and Events: Cipta Ekspres 2014". Dicapai pada 2014-08-06. 
  20. ^ KapanLagi Staff. "Siti Nurhaliza Pertama Kali Duet dengan Penyanyi Pria". KapanLagi.com. Dicapai pada 2014-07-31. 
  21. ^ Edi Hardian. "Duet Bareng Siti Nurhaliza, Cakra Khan Cuma Butuh 3 Jam". Music.Okezone.com. Dicapai pada 2014-07-31. 
  22. ^ a b c Agustinus Shindu Alpito. "Siti Nurhaliza Rilis Album di Indonesia". MetroTV. Dicapai pada 2014-10-22. 
  23. ^ Hizreen Kamal (22 Mac 2013). "A loyal sweetheart". New Straits Times. Dicapai pada 2014-08-05. 
  24. ^ a b c d Kosmo! Staff (23 Julai 2014). "Siti kongsi kisah hidup dalam album Fragmen". Kosmo!. Dicapai pada 2014-08-02. 
  25. ^ a b Fragmen (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). 2014. 
  26. ^ a b Azzyati Ahmad (23 Julai 2014). "Siti Nurhaliza dedikasi lagu 'Jaga Dia Untukku' untuk MH17 dan Gaza". Astro Awani. Dicapai pada 2014-08-02. 
  27. ^ Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (24 Ogos 2014). "Fragmen's Meet & Greet on Universal Music Malaysia (Domestic)'s Facebook Account". Dicapai pada 2014-08-10. 
  28. ^ Siti Nurhaliza Tarudin Official Admin (25 September 2014). "Fragmen's Meet & Greet on Siti Nurhaliza Tarudin Official Facebook Account". Dicapai pada 2014-12-16. 
  29. ^ Universal Music Singapore Admin (16 Oktober 2014). "Fragmen's Meet & Greet on Universal Music Singapore Facebook Account". Dicapai pada 2014-10-18. 
  30. ^ a b c d e Hannie Susanti (Producer) & Gerryndra Danurwendo (Producer) (20 Oktober 2014). Persembahan Cinta 23 (Motion Picture). Indonesia: MNCTV. 
  31. ^ a b c d e Armen E. Basauli (Producer) (21 Oktober 2014). dahSyat (Motion Picture). Indonesia: RCTI. 
  32. ^ a b c Dini Putri (Director), Tiruma Imelda (Producer) & Jahja I. Rianto (Executive Producer) (21 Oktober 2014). Inbox (Motion Picture). Indonesia: SCTV. 
  33. ^ a b c Harsiwi Achmad (Director), Eddy Rohendy (Producer) & Renoningtyas (Producer) (22 Oktober 2014). Inbox (Motion Picture). Indonesia: SCTV. 
  34. ^ a b c Pramudito Joedojo (Producer) (22 Oktober 2014). Ada Ada Aja (Motion Picture). Indonesia: Global TV. 
  35. ^ a b c d e Wishnutama (Director) (1 November 2014). Sarah Sechan (Motion Picture). Indonesia: NET. 
  36. ^ a b "Lebih Indah - Single - Dato Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 31 Ogos 2013. Dicapai pada 2014-08-05. 
  37. ^ Bissme S. (12 Julai 2013). "A symphony of sweet notes". The Sun. Dicapai pada 2014-08-05. 
  38. ^ Amirul Haswendy Ashari (4 Ogos 2013). "Empat Penyanyi bergabung". Metro Ahad. Dicapai pada 2014-06-25. 
  39. ^ Tan Kee Yun (5 Disember 2013). "Award Winning Antics: 18th Asian Television Awards". The New Paper. Dicapai pada 2014-07-18. 
  40. ^ Bibi Nurshuhuhada Ramli & Faisal Asyraf (19 Disember 2013). "Thrice the Joy for Hafiz". New Straits Times. Dicapai pada 2014-06-23. 
  41. ^ Michelle Gun (23 Disember 2013). "Konsert Destini capai matlamat". Harian Metro. Dicapai pada 2014-06-26. 
  42. ^ Mohd Najib Mohd Nor (9 Januari 2014). "Selebriti meriahkan TMM 2014". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2014-06-26. 
  43. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (13 Mac 2014). "Siti to thrill Girls Friday". New Straits Times. Dicapai pada 2014-07-18. 
  44. ^ a b c Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (4 Mei 2014). "Jaga Dia Untukku First Promo on Universal Music Malaysia (Domestic)'s Facebook Account". Dicapai pada 2014-08-05. 
  45. ^ a b c Get Music Asia Staff (4 Mei 2014). "Dato' Siti Nurhaliza "Jaga Dia Untukku" Single Out Now!". getmusicasia.com. Dicapai pada 2014-08-05. 
  46. ^ Noraniza (11 Februari 2014). "Konsert Where The Heart Is Cerita Kisah Cinta Dato' Siti Nurhaliza". OhBulan.com. Dicapai pada 2014-08-06. 
  47. ^ Fatin Farhana Ariffin (26 April 2014). "Penangan Siti, Zizan". Berita Harian. Dicapai pada 2014-08-05. 
  48. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Mei 2014). "Siti perangi cetak rompak". Berita Harian. Dicapai pada 2014-08-05. 
  49. ^ Aura Shai (Producer) (17 Oktober 2014). Anugerah Planet Muzik 2014 (Motion Picture). Singapore: Astro Ria. 
  50. ^ a b Eddino Abdul Hadi (13 April 2014). "Concert review: Siti Nurhaliza thrills Singapore fans with first concert here in six years". The Straits Times. Dicapai pada 2014-11-15. 
  51. ^ a b c d e f Pikiran Rakyat Staff (22 Oktober 2014). "Siti Nurhaliza: Di Malaysia Banyak Yang Mirip". Pikiran Rakyat. Dicapai pada 2014-11-09. 
  52. ^ a b Zaidi Mohamad (29 Oktober 2014). "Siti Nurhaliza hilang suara gara-gara jadual kerja tanpa henti". Berita Harian. Dicapai pada 2014-11-09. 
  53. ^ Egie Gusman (13 Disember 2012). "Suami Kecelakaan, Siti Nurhaliza Batalkan Konser di Banjarmasin". Music.Okezone.com. Dicapai pada 2014-06-26. 
  54. ^ a b Haswari Ali (9 Mei 2013). "Demi Zain Saidin, Dato' Siti Caras Che Ta". Murai.com.my. Dicapai pada 2014-06-23. 
  55. ^ a b c Astro Awani Staff (18 Oktober 2014). "APM 2014: Siti Nurhaliza dinobat Penyanyi Wanita Terbaik". Astro Awani. Dicapai pada 2014-10-18. 
  56. ^ a b Norimy Aimi (7 Disember 2014). "Datuk Siti Nurhaliza Kuasai AIM 21". Mangga Online. Utusan Karya Sdn Bhd. Dicapai pada 2014-12-06. 
  57. ^ a b "Penyanyi Malaysia Tempa Nama Di World Music Awards". Media Hiburan Online. Karangkraf. Dicapai pada 2014-01-13. 
  58. ^ Zaidi Mohamad (15 Jun 2014). "Siti rakam klip video di Bogor". Berita Minggu. Dicapai pada 2014-08-06. 
  59. ^ Tomi Tresnady (29 Mei 2014). "Diam-diam, Siti Nurhaliza Syuting MV Terbaru di Bogor". Suara.com. Dicapai pada 2014-08-06. 
  60. ^ Mohd Jamira Ramli (Producer) (21 Oktober 2014). Apa Saja FB (Motion Picture). Malaysia: TV9. 
  61. ^ GilaMuzik Admin (15 Oktober 2014). "Siaran Media : Terbaik Bagimu – Dato' Siti Nurhaliza". GilaMuzik.com. Dicapai pada 2014-11-15. 
  62. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (27 Ogos 2014). "Hikmah sebalik musibah". Berita Minggu. Diarkibkan daripada original pada 3 September 2014. Dicapai pada 2014-08-28. 
  63. ^ a b Kenneth Shaw (20 November 2014). "Siti Nurhaliza talks about album sales, AIM nominations and her 20 years in show business". The Star. Dicapai pada 20 November 2014. 
  64. ^ "Siti Nurhaliza - Fragmen". iTunes Store (ID). Apple. 17 Oktober 2014. Dicapai pada 2014-10-21. 
  65. ^ a b c d e f g Fragmen (Versi Indonesia) (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Indonesia). 2014. 
  66. ^ Media Hiburan Staff (10 Januari 2014). "Penyanyi Malaysia Tempa Nama Di World Music Awards". mediahiburan.karangkraf.com. Dicapai pada 2014-06-21. 
  67. ^ Murai Staff (5 September 2014). "Senarai Pencalonan Akhir Anugerah Planet Muzik 2014". Murai.com.my. Dicapai pada 2014-09-05. 
  68. ^ Kosmo! Staff (21 Oktober 2014). "Siti raih pencalonan terbanyak AIM 21". Kosmo!. Dicapai pada 2014-10-21. 
  69. ^ Astro Gempak Staff. "Senarai Pencalonan Awal Anugerah MeleTOP Era 2015". AstroGempak.com.my. Dicapai pada 2015-01-29. 
  70. ^ Mohd Al Qayum Azizi. "Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015". mStar. Dicapai pada 2015-01-29. 
  71. ^ Rozaimi Zubaidi (23 April 2015). "'Romancinta' Nyanyian Mojo Lagu Paling Popular Di Red Box". mStar. Dicapai pada 23 April 2015. 
  72. ^ Zaidi Mohamad (26 Ogos 2015). "Siti Nurhaliza dapat enam pencalonan di APM 2015". Berita Harian. Dicapai pada 2015-08-28. 
  73. ^ Kamaruddin Razal (10 Oktober 2015). "Taufik Batisah Ungguli Anugerah Planet Muzik 2015". Murai.com.my. Dicapai pada 2015-10-10. 
  74. ^ "Fragmen". Tower Records Online. Tower Records Japan Inc. Dicapai pada 27 September 2014. 
  75. ^ "Rilis FRAGMEN, Siti Nurhaliza Siap Rebut Pasar Musik Indonesia". KapanLagi.com. Dicapai pada 2014-10-21. 

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting